Khamis, 25 April 2013

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di simunjan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2013 07:36 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di simunjan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Mar 2013 07:22 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SF Beauty Dewi Eruni: SF BEAUTY <b>DI SIMUNJAN</b>, <b>SARAWAK</b>

Posted: 19 Feb 2013 01:04 AM PST

Saya kini berada di Simunjan , Sarawak. Sekiranya berminat untuk membeli produk ini, jangan segan untuk menghubungi saya. Hanya untuk pembeli / pengguna yang serius sahaja !!!
Untuk mengetahui harga yang ditawarkan, terus bertanya melalui mesej ke nombor yang diberikan di dalam blog ini dan In Shaa Allah saya akan terus beri respon. Terima kasih.

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di betong sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Apr 2013 07:42 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Usaha pecah undi Parlimen <b>Betong</b> - The Borneo Post Online

Posted: 11 Apr 2013 06:15 PM PDT

Posted on April 12, 2013, Friday

KUCHING: Tajaan calon dijangka akan berlaku di kerusi Parlimen Betong bagi memecah undi di Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), pada 5 Mei depan.

Perkara ini dinyatakan oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Betong Noel Changgai Bucking ketika ditemui di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri di sini semalam.

Noel yang tidak menolak kemungkinan itu berkata Barisan Nasional (BN) antara yang berpotensi untuk memasang individu di Betong termasuk Parti Pekerja Sarawak (SWP) dengan tujuan memecah undi.

"Pertandingan satu lawan satu tidak mungkin akan berlaku di Betong kerana saya yakin BN akan memasang individu di Parlimen ini.

"Bukan sahaja BN tetapi saya juga menjangkakan SWP akan berbuat yang sama meskipun mereka bertegas hanya akan bertanding di enam kerusi yang disandang oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS).

"Tidak dinafikan saya lebih suka pertandingan satu lawan satu tetapi ia tidak mungkin akan berlaku di Betong pada pilihan raya ini," katanya.

Dalam pada itu, Noel yang merupakan seorang ahli perniagaan dan anak tempatan Betong tidak menafikan pernah menyokong BN sebelum ini namun sokongan tersebut telah berubah 10 tahun lepas selepas hilang keyakinan terhadap BN.

Katanya meskipun kerajaan BN telah menyalurkan kemudahan asas seperti air dan bekalan elektrik ke kawasan Betong namun BN gagal dalam membawa pembangunan ekonomi dan sosial di kalangan penduduk.

Sementara itu calon PKR Lubok Antu Nicholas Bawin yang ditemui di tempat yang sama semalam  berkata PKR mempunyai peluang yang baik di Lubok Antu pada PRU13 ini.

Katanya berdasarkan kepada sokongan yang diterima daripada penduduk dari hampir 300 rumah panjang di kawasan Parlimen ini PKR tidak berhadapan dengan masalah untuk meraih sokongan pengundi.

"Saya mempunyai strategi sendiri untuk mendapatkan sokongan rakyat dan pengundi yang mana pada saya adalah lebih berkesan berbanding pendekatan lain yang digunakan oleh pihak lawan.

"Apa yang saya lihat, angin politik telah bertukar arah di Lubok Antu dan saya yakin pengundi akan menerima PKR pada PRU13 ini," katanya.

Bawin, akan menentang calon SWP yang juga Presidennya Larry Sng serta calon BN-PRS William Nyalau Badak.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Isu luar kawasan tidak jejas sokongan pengundi <b>di Serian</b> - Berita <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2013 07:28 PM PDT

Posted on April 13, 2013, Saturday

SERIAN: Isu-isu luar ka­wasan yang dibawa pihak pembangkang tidak akan menjejaskan sokongan pen­gundi di kawasan Parlimen Se­rian kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Ri­chard Riot.Beliau berkata, sudah ban­yak program pembangunan dibawa oleh kerajaan BN kepada kawasan Serian dan rakyat sudah boleh menilai perkara tersebut.

"Saya percaya isu luar ka­wasan atau isu nasional yang dibawa pihak pembangkang tidak akan mempengaruhi trend pengundi di Serian. Kita tidak terlalu yakin tetapi op­timis BN akan kekal menjadi pilihan penduduk di Serian.

"Rakyat di Serian boleh me­nilai sendiri program pemban­gunan yang telah dibawa oleh BN. Sebagai contoh projek bekalan air bersih berharga RM260 juta yang akan mem­beri kemudahan kepada lebih 70 peratus penduduk dijangka siap menjelang sambutan Hari Gawai nanti," katanya yang juga Timbalan Menteri Luar.

Beliau berkata demikian semasa hadir pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Kampung Tebedu Mawang, Tebedu di sini semalam.

Riot yang menyandang jawatan Anggota Parlimen Serian selama lima penggal turut yakin usaha gigih dalam membantu rakyat di situ sejak 1990 mampu membantu BN mengekalkan kerusi kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan BN sentiasa komited dalam membantu menyediakan kemudahan asas seperti elektrik, air dan jalan raya.

"Projek bekalan elektrik di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu telah disiapkan dan memberi manfaat kepada 18 buah kampung manakala satu lagi projek bekalan elektrik yang akan mem­beri kemudahan kepada lapan buah kampung di dalam DUN Kedup sudah dirancang dan bakal disiapkan selewat-lewatnya pada 2014.

"Kerajaan juga telah meluluskan pembinaan sebuah sekolah rendah yang mempunyai kemudahan as­rama di kawasan Tong Nibong yang bakal memberi kemudahan kepada penduduk di 14 kampung di sekitar kawasan tersebut," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Riot menang di Serian yang merupa­kan kawasan majorit kaum Bidayuh mengalahkan Sylvester Belayong Jayang dari Parti Kebangsaan Sarawak dengan majoriti 13,427 undi.

Dua kawasan DUN dalam kawasan itu iaitu Tebedu dan Kedup turut dimenangi BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011.

Mengikut senarai jumlah pemilih yang diwartakan pada 22 Februari lalu, Serian mempunyai 33,765 pen­gundi. — Bernama

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


Anda sedang membaca artikel tentang

Isu luar kawasan tidak jejas sokongan pengundi di Serian

Dengan url

http://beritatempatin.blogspot.com/2013/04/isu-luar-kawasan-tidak-jejas-sokongan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Isu luar kawasan tidak jejas sokongan pengundi di Serian

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Isu luar kawasan tidak jejas sokongan pengundi di Serian

sebagai sumbernya

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2013 10:01 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2013 03:56 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kelab Barisan Nasional <b>Sarawak</b>

Posted: 18 Mar 2013 02:59 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Terima kasih kepada semua pembaca i KBN Sarawak... :-) Jika anda mempunyai ... Beberapa pekerja memunggah baka sawit berkualiti di tapak semaian anak sawit milik Pertubuhan Peladang Kawasan Subis... (tiada tajuk) ...

BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Mar 2013 09:14 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pindahkan tapak pelupusan sampah | my <b>Sarawak</b> - News coverage <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 05:21 PM PST

MIRI: "Kami tidak mahu digelar sebagai penduduk sampah," keluh Sabak Isa tentang projek pelupusan sampah di Bekenu, di sini.

Menemui pemberita di sini semalam, Sabak, 65, meminta kerajaan segera memind­ahkan tapak pelupusan itu ke lokasi lain agar masalah bau dan pencemaran sungai dapat diatasi.

Berasal dari Kampung Keluru Jaya Sibuti, Sabak mendakwa masalah berk­enaan semakin serius sejak lima tahun lalu setelah long­gokan sampah harian dika­takan tidak diuruskan dengan sempurna.

"Setiap kali hujan lebat, air sampah ini mengalir ke sungai dan membawa bersama bau busuk," katanya sambil memberitahu bahawa sungai berbau busuk seperti Sungai Kejapil, Buaya, Keluru dan Maritam.

Sabak tidak mahu pence­maran bau dari projek itu akan memberi imej negatif terhadap cara hidup mereka di mata masyarakat lain, kerana mendiami kawasan berdeka­tan sampah sarap.

Beliau memberitahu, kam­pung paling terjejas ialah Kampung Subak yang terletak berhampiran pusat berkenaan termasuk beberapa kampung lain seperti Kampung Keluru Jaya, Satap, Keluru Tengah, Kejapil, Sepurau, Opak dan Beraya.

"Harapan kami agar kera­jaan akan meneliti permasala­han dan mengambil tindakan segera mengatasi masalah terbabit," jelasnya.

Masalah itu katanya, turut mendapat perhatian wakil-wakil rakyat serta Datuk Bandar Miri Lawrence Lai yang hadir menemui pen­duduk dan mengunjungi pusat berkenaan.

Menurutnya, aduan juga telah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Januari lalu.

Dalam pada itu, pusat berk­enaan yang beroperasi sejak 2003 menguruskan sampah dari kawasan di bawah tad­biran Majlis Bandaraya Miri (MBM), Majlis Daerah Subis (MDS) dan Bakong dengan purata sampah sebanyak 75 tan metrik sehari.

Kerajaan telah membina sebuah sel pelupusan sanitari yang baharu di tapak pelupu­san sisa pepejal di Kampung Subak, Bekenu bernilai RM24 juta dan siap pada penghujung Disember lalu untuk menam­pung tiga sel pelupusan yang hampir penuh.

Pembinaan sel keempat itu mampu menampung bilangan sampah sebanyak 200 tan metrik sehari dalam tempoh lima tahun.

Ia memiliki teknologi efis­ien seperti aplikasi sel pelu­pusan sanitari, kemudahan pengumpulan larut resapan atau air sampah (leachate) dan loji rawatan air sampah.

Teknologi ini diharap da­pat mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Subak dan kawasan sekitarnya yang sebelum ini mengadu bau busuk, lalat, air sampah yang masuk ke Sungai Nibong serta tumpahan air sampah di kawasan kampung mereka.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Ini gambar dari <b>Saratok</b>, <b>Sarawak</b> dan Herman Tino <b>di</b> <b>...</b> - betul ke ni?

Posted: 19 Apr 2013 07:37 PM PDT

PKR supporters gathering for nomination in Saratok.

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Mukah tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2013 10:38 PM PDT

MUKAH: Bandar Mukah akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1434H/2013M dari 16 hingga 19 April ini

Diadakan di Dewan Suarah Mesra Mukah, di sini, program keagamaan itu akan menampilkan 12 Qari dan 12 Qariah.

Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri(Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Sarawak, Datuk Haji Daud Abdul Rahman, ia adalah merupakan salah satu daripada perayaan-perayaan Islam dan upacara rasmi kerajaan negeri yang diadakan setiap tahun.

"Ia akan diadakan secara bergilir-gilir bagi semua bahagian di negeri ini. Pejabat Majlis Islam Sarawak telah diamanahkan oleh kerajaan negeri untuk mengetuai pengelolaan majlis sambutan ini bersama-sama Pejabat Resident Bahagian Mukah dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan seta pihak-pihak lain yang berkenaan," katanya pada sidang media yang diadakan di Menara Pehin setia Raja,
baru-baru ini.

TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin yang ditemani Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah dijangka akan merasmi Majlis Penyampaian Hadiah pada 19 April malam.

Mereka akan diiringi oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Adalah difahamkan bahawa Datuk Daud telah amanahkan untuk merasmikan upacara pembukaan pada 16 April.

Antara pengisian program empat hari itu ialah Persembahan Nasyid, Kuiz Al-Quran, Seminar Al-Quran, Lawatan ke beberapa tempat di Mukah dan pameran Mushaf Jualan Buku.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai di daerah dan bahagian Mukah amnya untuk bertandang ke dewan suarah untuk menyaksikan Majlis Tilawah Al Quran pada tahun ini," ujarnya.

Tema Majlis Tilawah Al-Quran pada tahun ini ialah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"

ads