Sabtu, 13 April 2013

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di lawas sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2013 11:31 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di lawas sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2013 11:38 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kisah Sebenar Insiden Ketegangan <b>Di Lawas Sarawak</b>

Posted: 24 Sep 2012 10:59 PM PDT

September 25th, 2012
.
.MBSB 4/1/2013-4-2-2013 .. 1 bulan
.


Owh..ni kisah sebenar ketegangan di Lawas, baca laporan berikut oleh Borneo Post mengenai insiden ketegangan di Lawas Sarawak,..harap tiada perkara yang buruk berlaku:-

LAWAS:Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung mengingatkan penduduk di daerah ini termasuk anggota polis dan ketua masyarakat agar mengambil peranan masing-masing bagi memastikan tidak timbul insiden tegang berikutan kes pembunuhan kejam di sini malam Jumaat lepas.

Beliau berkata ketua masyarakat dan polis sudah diingatkan agar tidak lalai dengan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan keamanan dan keselamatan terus terjamin di daerah ini.

"Saya ada menghubungi polis dan ketua masyarakat agar mereka sama-sama mengambil peranan dan tanggungjawab untuk memastikan tahap keselamatan terus terjamin berikutan ada pihak yang tidak berpuas hati ekoran kes pembunuhan kejam baru-baru ini," katanya kepada Utusan Borneo ketika dihubungi semalam.

Henry menjelaskan bahawa tahap keselamatan di Lawas adalah stabil walaupun ada beberapa pihak cuba menimbulkan perasaan tegang dan tidak berpuas hati.

"Kita minta polis, ketua masyarakat dan orang awam sendiri mengambil tindakan wajar supaya insiden serupa tidak berulang dan tahap keselamatan di daerah ini sentiasa terjamin," tegasnya.

Residen Limbang Maria Hasman dalam pada itu memberitahu, satu mesyuarat akan diadakan esok (hari ini) bersama ketua masyarakat Lawas bagi membincangkan aspek ketenteraman di daerah Lawas.

"Isu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat ini bukan saja berkaitan dengan insiden pembunuhan tetapi juga usaha berterusan pihak kita dan ketua masyarakat lain dalam memastikan ketenteraman awam di bandar ini sentiasa terjamin," ujarnya.

Maria turut meminta orang ramai agar tidak mendengar sebarang maklumat yang tidak sahih selepas berlakunya insiden pembunuhan baru-baru ini.

"Biarkan pihak polis menjalankan kerja mereka (siasatan) untuk memastikan keselamatan terus terkawal," tegasnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Lawas DSP Fauzilan Abdul Aziz ketika dihubungi Utusan Borneo semalam memberitahu, seramai 11 suspek sudah ditahan sejak semalam bagi membantu siasatan.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu berkata polis masih meneruskan siasatan lanjut mengenai kejadian menggemparkan itu.

Pada malam Jumaat lepas, seorang remaja berusia 19 tahun dibunuh kejam dalam satu kes pergaduhan di bandar ini.

Dalam kejadian sekitar jam 7 malam itu, mangsa ditemui mati selepas dipercayai dipukul dengan objek keras di bahagian belakang kepala dan telah ditikam dengan pemutar skru hingga menembusi salah satu lubang telinganya.

Siasatan awal polis mendapati mangsa diserang lebih daripada seorang suspek di hadapan sebuah pusat kafe internet di bandar ini.

Polis juga mengesahkan mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital Lawas untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan punca pergaduhan dipercayai bermotifkan dendam.

Utusan Borneo difahamkan ia merupakan kejadian pergaduhan paling serius berlaku di daerah Lawas setakat ini.

VN:F [1.9.22_1171]

Rating: 8.6/10 (5 votes cast)

VN:F [1.9.22_1171]

Rating: +4 (from 4 votes)

Kisah Sebenar Insiden Ketegangan Di Lawas Sarawak, 8.6 out of 10 based on 5 ratings
 

&#39;Hospital&#39; sementara <b>Lawas</b> disewa RM80,000 sebulan <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2013 09:01 PM PDT

LAWAS 13 MAC: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai digesa menjelaskan status pembinaan hospital baru di Lawas, Sarawak yang gagal disiapkan sehingga kini.

lawasPengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, kerajaan pada April 2011 mengumumkan peruntukan RM121 juta untuk membina hospital berkenaan di atas tapak lama Hospital Lawas.

Bagaimanapun, hospital baru itu belum disiapkan sepenuhnya manakala hospital sementara yang disewa kerajaan dengan bayaran RM80,000 sebulan juga gagal beroperasi.

Ekoran itu, kemudahan yang tidak mencukupi di hospital lama di Lawas menyebabkan penduduk mendapatkan rawatan di Hospital Miri yang jaraknya terlalu jauh.

"Ia ternyata menyusahkan mereka kerana jarak antara Lawas ke Miri mengambil masa selama 3 jam dan penerbangan untuk ke sana hanya beberapa kali dalam sehari. Jadi ini memberi risiko kepada pesakit yang memerlukan rawatan segera," tegasnya.

Umno BN sebelum ini berjanji membina hospital baru di Lawas bagi menggantikan hospital lama yang dibina pada 1969 dengan kapasiti 76 katil pesakit.

Pembinaan di tapak sama melibatkan kawasan 12 ekar itu dipersetujui dalam Rancangan Malaysia ke 8 dan dijangka siap dalam masa tiga tahun sejak pembinaannya pada 2011.

lawas iSumber memberitahu, bangunan hospital sementara bagi menampung pesakit pula disewa dari sebuah bangunan kedai empat tingkat dengan bayaran RM80,000 sebulan, sejak tahun yang sama.

Selain itu, pembinaan dan kemudahan di hospital sementara itu juga tidak dijalankan mengikut spesifikasi ditetapkan.

Dalam pada itu, Yahya turut mempersoal ke mana hilangnya peruntukan hingga menyebabkan terbantutnya pembinaan hospital baru di Lawas.

"Mengapa ia boleh tergendala, ke mana perginya peruntukan sebanyak RM121.6 juta itu? Apakah ia janji tinggal janji seperti kebiasaan dilakukan oleh mereka (Umno BN), hingga menyebabkan pesakit bertambah sakit," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47173

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Pelbagai isu <b>di Limbang</b> akan terus ditangani – BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2013 02:01 PM PST

Posted on March 10, 2013, Sunday

LIMBANG: Jawatankuasa Kebajikan Ketua Masyarakat/Ketua Kaum Islam yang berperanan sebagai tulang belakang masyarakat Islam di daerah ini akan terus berusaha menangani pelbagai isu termasuk perpaduan, kesihatan, kebajikan dan masalah sosial di sini.

Pengerusinya Pemanca Alie Jahar berkata, penubuhan jawatankuasa tersebut amat penting dalam memastikan kebajikan masyarakat Islam terus terpelihara ketika mendepani pelbagai isu mendatang.

Penubuhan jawatankuasa tersebut, menurutnya, juga penting agar perpaduan dan kerjasama dalam kalangan mereka terus kukuh bukan sahaja sesama masyarakat Islam, malah dengan agensi kerajaan lain.

"Bagi tahun ini, kita sudah bersedia untuk menangani isu dan cabaran yang dihadapi mereka termasuk isu kesihatan dengan menangani masalah denggi di setiap kampung.

"Ketua masyarakat dan ketua kaum sudah diarah agar mengemukakan laporan kepada jawatankuasa mengenai tahap kebersihan kawasan masing-masing bagi mengelak penularan penyakit denggi," katanya kepada Utusan Borneo selepas menyerahkan sumbangan kepada enam mangsa kebakaran di Kampung Pemukat semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Ketua Masyarakat/Ketua Kaum Islam Limbang Penghulu Abdullah Osman, Penghulu Dulaphi Bakir dan Ketua Kampung Pemukat Ahmad Salim.

Dalam insiden 25 Januari lepas, sebanyak 11 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas tujuh buah rumah mereka dijilat api dalam satu kebakaran di Kampung Pemukat.

Kejadian kali kedua itu menyebabkan mangsa terpaksa menumpang sementara di rumah saudara dan ada sebahagian daripada mereka menetap di asrama Dewan Suarah.

Insiden kebakaran awal pagi itu juga menyebabkan mangsa tidak sempat menyelamatkan beberapa dokumen penting yang turut ranap bersama kediaman mereka.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Karnival Jalur Lebar 1Malaysia <b>Di Limbang</b>, Sarawak – MERS 999

Posted: 31 Mar 2013 12:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Pada 30 dan 31 Mac 2013, MERS 999 telah menyertai Karnival Jalur Lebar 1Malaysia peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di tempat letak kereta SEDC/MARA Uptown, Pekan Limbang, Sarawak. Kementerian ...

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di simunjan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2013 07:54 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di simunjan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Mar 2013 07:40 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Masalah air <b>di Simunjan</b>, <b>Sarawak</b> kian meruncing | Aduan Rakyat <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2012 08:26 PM PDT

Sudah hampir 4 bulan masalah air di Simunjan Sarawak tidak dapat ditangani oleh Pemimpin Kawasan kami. Keadaan semakin kritikal masa ini kerana Loji Air Simunjan yang menampung air kepada penduduk Daerah Simunjan sudah kekeringan. Tangki (tong) air sudah diletakkan di kawasan Pasar dan Kampung Nanas Simunjan, tetapi kawasan kampung lain yang paling kritikal tidak ada air, belum lagi diberi tangki air tersebut. Keadaan ini menyebabkan penduduk berebut-rebut mengambil air di kawasan pasar.

Apa yang menyedihkan, sekiranya keadaan ini berlarutan adalah menjadi satu masalah yang besar kepada kami penduduk di Simunjan kerana terpaksa menunggu dan mengangkut air setiap hari ke rumah kami untuk tujuan masak, minum, makan, basuh kain baju, berak dan sebagainya. Keadaan ini mengundang derita kerana kesengsaraan hidup kami masa ini tidak dijaga sebetul-betulnya oleh pemimpin di kawasan kami. Mereka kurang memantau dan tidak dapat mencari cara yang terbaik menangani masalah air di Simunjan.

Mengapakah pada masa ini, Simunjan tidak diistiharkan Darurat, kerana masalah ini sudah semakin meruncing. Bayangkan pada setiap hari kami terpaksa mengambil air jauh dari kampung kami untuk keperluan seharian. Penduduk yang tiada kereta, dan motorsikal pula berhadapan dengan situasi yang lebih memeritkan. Jarak pasar Simunjan dengan Kampung kami iaitu Kampung Sageng lebih kurang 8-10 kilometer. Ini bermakna mereka yang tiada kemudahan seperti yang disebutkan menghadapi masalah mengangkut air ke rumah.

Untuk makluman juga, sudah hampir 4 bulan setitik air pun tidak pernah sampai ke dalam rumah kami. Keadaan yang perit ini ditambah lagi dengan masalah penghantaran air yang tidak dapat dilakukan seperti sebelumnya. Kalau sebelumnya kami penduduk di Kampung Sageng Baru dan Kampung Tabuan menerima air setiap hari daripada lori menghantar air tetapi sekarang tidak lagi.

Hari ini sudah masuk 6 hari kami tidak dihantar air, dan kami terpaksa mencari air ke sana ke sini. Sudah masuk 2 hari ini kami terpaksa bergelut mengambil air yang hanya diletakkan di Pasar Simunjan dan di tepi jalan Kampung Nanas Simunjan. Ini disebabkan tangki air masih tidak diletakkan di tepi jalan kampung kami. Kami sangat berharap agar pemimpin di kawasan kami segera menghantar tangki tersebut dan menghantar sebanyak mungkin lori penghantar air kerana sekarang seluruh penduduk Simunjan bergelut dengan ketiadaan air langsung.

Kami juga berharap pemimpin di kawasan kami menyegerakan lebih banyak alternatif baru untuk mengatasi masalah air di Simunjan. Sebelum ini YB Naroden pernah menyatakan untuk membesarkan loji dan menambah loji Simunjan dengan menggunakan mesin yang lebih besar kuasa kudanya, tetapi sampai sekarang ia masih tidak wujud. Rancangan untuk mengambil air sungai juga masih tidak diketahui kesudahannya kerana banyak spekulasi terhadapnya didengari masa ini.

Apa yang kami harapkan agar pemimpin P200 Batang Sadong perlu memainkan peranan yang lebih jitu dan efektif bagi membantu masalah air di Simunjan. Jangan hanya memantau masalah ini dari jauh sahaja, kalau boleh turun padang melihat ragam dan senario yang berlaku di Simunjan sekarang. Kami sudah banyak kali menyuarakan masalah ini kepada pihak tertentu tetapi sampai sekarang tiada tindakan susulan yang terbaik dapat digunakan bagi menyelesaikan masalah air di Simunjan Sarawak.

Kami mengharapkan agar Perdana Menteri kita Dato Seri Najib boleh membantu kami menangani isu ini kerana pemimpin kawasan kami terlalu perlahan dalam mengatasi masalah ini. Mudahan juga apa yang saya luahkan ini mendapat perhatian daripada PIHAK ADUAN RAKYAT dan menjengok kami pada masa yang terdekat ini. Komitmen daripada pihak anda sangat kami hargai. Tolong kami bantu kami.

By: JEMAT BIN ADAM

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di kanowit sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2013 07:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di kanowit sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2013 07:04 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jangan mudah &#39;dibeli&#39; dengan wang ringgit - The Borneo Post Online

Posted: 09 Mar 2013 02:08 PM PST

Posted on March 10, 2013, Sunday

KANOWIT: Masyarakat Dayak diingatkan supaya tidak mudah 'dibeli' dengan wang ringgit oleh pihak tertentu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, masyarakat Dayak harus mempertahankan maruah diri sendiri serta tidak mudah tunduk serta terpedaya disebabkan wang ringgit yang menjadi 'umpan' pihak tertentu untuk meraih undi.

"Berapalah sangat wang yang diberikan oleh pihak tertentu kepada anda jika dibandingkan dengan masa depan yang terjamin di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN).

"Jumlah wang yang diberikan itu mungkin tidak ternilainya dengan pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN.

"Justeru, jangan disebabkan wang ringgit yang diberikan oleh pihak tertentu anda tersalah pilih pada PRU13 ini seterusnya merugikan diri sekali gus menggelapkan masa depan diri sendiri," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurnakan Majlis Malam Mesra BN Parlimen P.210 Kanowit yang berlangsung di Dewan Pejabat Daerah Kanowit di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Brodie, Menteri Muda Kemajuan Tanah dan Menteri Muda Pelancongan Datuk Gramong Juna, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Adat Bumiputera dan Penan) Datuk John Sikie Tayai serta Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Wilfred Rata Nissom.

Hadir sama Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent serta tiga Setiausaha Politik Ketua Menteri iaitu Maurice Giri, Wilson Nyabong Ijang dan Richard Will.

Masing yang juga Presiden PRS berkata, pihak tertentu mungkin akan menggunakan taktik wang dalam politik mereka termasuk di Kanowit bagi mengaburi mata rakyat.

"PRS di sini (Kanowit) akan menghadapi tentangan daripada Parti Pekerja Sarawak (SWP) pada PRU13 ini. Jadi, rakyat di Kanowit khasnya Dayak harus berwaspada dengan kehadiran SWP ke sini dan jangan termakan janji yang ditawarkan mereka.

"Ingat bahawa Kanowit amat memerlukan BN untuk terus membangun dan jangan gadaikan masa depan anda semua demi anak-anak kita. Kita mesti ada maruah dan harga diri. Fikirlah untuk jangka masa panjang kerana kita hidup bukannya sehari malah banyak lagi pembangunan dan kemajuan yang kita perlukan dari BN," tegas ADUN Baleh itu.

Dalam pada itu, Masing menyeru para pemimpin di Kanowit agar sentiasa merendah diri dalam menjalankan tanggungjawab berkhidmat dengan rakyat.

Jelasnya, ini penting bagi mengambil hati rakyat dan seterusnya meraih undi yang banyak di kalangan para penyokong parti.

"Jadi wakil rakyat bukan menggalas tugas yang mudah. Rakyat adalah 'bos' kita. Sebagai pemimpin kita harus tunduk dan pandai mengambil hati rakyat.

"Makin ramai rakyat menyenangi sikap anda, makin banyaklah undi yang akan anda perolehi. Ini kerana kemenangan seseorang wakil rakyat adalah bergantung kepada undi yang banyak," katanya lagi.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di mukah sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2013 07:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di mukah sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Mar 2013 07:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

-Saifswift-Bird&#39;s Nest-Toko Walet-: Rumah Walet <b>di Mukah Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2012 02:31 AM PDT

Sekilas tentang sebuah rumah walet di Mukah Sarawak.. Kebanyakan rumah walet kos sederhana di Sabah dan Sarawak dibina sebegini..Jom zomMM..
Di Mukah Sarawak ada Bh yang berjaya dan ada juga yang sebaliknya.. ini adalah lumrah yang biasa dilihat juga disemenanjung Malaysia. Kesesuaian suhu yang bagus dan benar juga bergantung kepada material asas yang digunakan. namun penambahbaikan harus ditambah jika ketepatan suhu dan kelembapan masih belum mencukupi.

Jika bh dikelilingi dengan pokok-pokok yang hampir ketinggiannya dengan bumbung Bh seeloknya laluan Pintu Masuk atau LBM diletakkan dengan tepat. seperti membinanya dengan design open roof.

Keadaan dalaman juga perlu diambilkira. susunatur tweeter dan pengalak harus benar dan jangan sampai ia menjadi kabur dan songsang..alunan suara yang dimainkan akan lebih senang memberikan keselesaan kepada sang walet.. suara hanya memacu walet masuk ke bh sebaliknya susunatur tweeter yang benar akan membantu ia bersarang dan membiak.

Ketinggian antara lantai juga akan mempengaruhi suhu di sekitarnya.

sesekat juga boleh mengurangkan keadaan cerah dalam bh..jika bh kecil maka xperlulah kita membinanya kerana ia akan mengurangkan keselesaan walet

mungkin sarang palsu akan membantu walet mula bersarang..namun jika walet pon tiada menginap macam mana ia mahu bersarang..

lokasi voids perlu tepat..

Keadaan pandangan belakang rumah walet tersebut..
sebolehnya..jangan menyimpan timbunan kayu dan benda-benda usang kerana ia boleh mengundang sang pemangsa walet.

pandangan sisi... kos mungkin sekitar 20-30k.. berusahalah..sesungguyNya Allah Maha Mengetahui.."
JIka Bh anda bermasalah.. hubungi kami:

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di betong sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Apr 2013 07:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri <b>Sarawak di Betong</b>, 23 <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 04:01 PM PST

Posted on January 17, 2013, Thursday

BETONG: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Betong pada 23 dan 24 Januari ini melibatkan penyertaan daripada kontinjen dari seluruh negeri Sarawak.

Di samping itu pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan sambutan perayaan umat Islam dan acara rasmi kerajaan negeri yang dianjurkan pada setiap tahun.

Menurut Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen, sambutan Maulidur Rasul adalah bagi memperingati kembali peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai 'uswah hasanah' iaitu contoh teladan bagi semua umat Islam.

Pada masa yang sama menyampaikan ajaran Islam untuk dihayati dan dicontohi umat Islam masa kini melalui kajian dan penelitian sejarah perjuangan baginda.

"Selain itu ia juga bagi menyemarakkan kasih sayang umat Islam terhadap insan mulia ini sebagai landasan untuk memperkukuhkan perpaduan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan umat Islam di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media mesyuarat akhir jawatankuasa pengelola di Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri di sini semalam.

"Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib dijangka akan menghadiri program yang bermula pada 23 Januari ini.

"Program yang akan dimulakan dengan Majlis Ceramah Agama dan Zikir Maulud bertempat di Masjid Jamek Betong akan berlangsung pada jam 5.45 petang.

"Majlis perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul akan dijalankan pada sebelah pagi iaitu bermula jam 8.00 pagi.

"Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah akan mengetuai perarakan yang bermula dari Kompleks Sukan Betong dan berakhir di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan sejauh 5.7 kilometer," jelasnya.

Tambahnya, sehingga kini sebanyak 100 kontinjen telah mengesahkan penyertaan terdiri daripada pelbagai agensi di Betong dan bahagian lain di negeri ini.

"Sebanyak 100 kontinjen akan terlibat dalam perarakan ini dan penyertaan melebihi 3,000 peserta yang bakal menyertai perhimpunan dan perarakan tersebut.

"Turut disenaraikan lapan kategori yang akan dinilai dalam perarakan itu nanti iaitu kategori A (jabatan/agensi kerajaan dan badan berkanun), kategori B (firma swasta/syarikat/institusi kewangan) kategori C (masjid/surau), kategori D (persatuan/kelab/pertubuhan) kategori E (institusi pengajian tinggi/pusat kemahiran/sekolah menengah), kategori F (sekolah kebangsaan dan kategori G (kumpulan hadrah).

"Tambah menarik, pelbagai hadiah menarik berdasarkan kategori akan diberikan kepada kontinjen terbaik yang akan dinilai semasa perarakan nanti," ujarnya.

Jelasnya, pelbagai aktiviti sampingan akan diadakan seperti ceramah, pertandingan membaca ayat-ayat lazim, pertandingan futsal dan sebagainya.

Justeru, beliau turut menyeru orang ramai terutama penduduk di sekitar Betong sama-sama hadir bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul nanti.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Abang Shamsuddin Abang Seruji dan Ketua Polis Daerah Betong DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

majlis sukan sukan sekolah bahagian <b>betong</b> <b>...</b> - izz huznie idraqie

Posted: 09 Mar 2013 04:10 AM PST

Assalamulaikum,salam sejahtera dan salam 1Malaysia. how r u guys? alhamdulillah selesai kejohanan sukan padang dan balapan,Majlis Sukan Sukan Sekolah Bahagian Betong,Sawarak yang telah berlangsung pada 4-8March 2013 iaitu di Kompleks Sukan Betong,Sarawak.Dengan itu, selesai juga tanggungjawab yg telah diamanahkan sebagai Hakim Balapan. Satu pengalaman baru dalam dunia pendidikan ini.kawan kawan ,CIKGU bukan hanya didalam kelas pegang kapur atau marker pen menulis di papan hitam sahaja,cikgu work everywhere n everytime :) pengalaman sebgai hakim balapan ni menambahkan lagi ilmu untuk di praktikkan kejohanan sukan peringkat sekolah nanti.Tq PK KO yg mencalonkan cikgu husni sbg Hakim Balapan pada tahun ini.

Selesai majlis penutupan sesi bergambar bersama para atlet SMKBeladin
walaupun kami hanya kontijen kecil iaitu seramai 47atlet shj yang mewakili SMKB,kami sbg cikgu dan jurulatih berbangga dengan pencapaian anak anak didik SMKB.kami berjaya membawa pulang 2 Emas iaitu kedua duanya daripada acara merejam lembing katergori P14 dan L15.
bukan hanya emas di bawa pulang,atlet SMK Beladin iaitu Mohd Suhaili telah berjaya MEMECAH REKOD kejohanan merejam lembing L15.Tahniah dan syabas buat beliau. Tahniah juga buat Gloria dgn pingat emas kategori P14.
2 pingat Perak melalui acara track, 100m lari berpagar dan 400m lari berpagar P18,kedua dua pingat diperolehi oleh Mina Adam
6 pingat Gangsa diperolehi oleh 
Zulfikri, merejam lembing L13,
Mohd Nor Ain,merejam lembing L18,
dan selebihnya daripada acara balapan

primer,johny,roland christopher
Wisley (pemenang pingat gangsa 100m L15), me , syamsul ( final 4x400m L14)
Mohd Suhaili bersama PK KO En.Rosli b Uji,Ketua Jurulatih En.Fairul (baju biru),juru latih juru latih lain iaitu dari kiri berdiri: Cikgu Shirley,Cikgu Husni,Cikgu Deandra, Cikgu Azlan(jurulatih merejam lembing)
bersama atlet atlet yang menyumbangkan pingat kepada SMK BELADIN
duduk barisan hadapan: muslimin,ain,zul,suhaili,gloria,jenny,wisley dan fazhil
 Cikgu adie from SMK Saratok same university with me
 final day HAKIM BALAPAN
tq for a nice shirt to sponosred
 Hari kedua hakim balapan
 Bersama kuatert 4x400m L14. syamsul,primer,rashid n fazhil
adik beradik Dyg Nur Aslin and Dyg Mas Yasrani
 Final 100m lari berpagar p18 dan p14
 First day sebagai hakim balapan kejohanan
with them Ibanese boy,wisley,johny and jackson
 sweet gurl from zone saratok, she's Viviana
hopefully she will b a Malaysian athelete
berjaya mendapat pingat dalam bebrapa acara iaitu 100m,200m,4x100m,4x200m,80m lari berpagar kategori P12
tahniah buat si comel ini:)
 Fazhil atlet SMK Beladin yang baru berpindah dari sabah,beliau berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara 200m L14 dan layak ke Final acara 4 x 400 m L14
Jenny pelari 400m P13 yang berjaya mendapat pingat Gangsa,Tahniah dan syabas,Jenny juga mendapat 4A dalam keputusan UPSR yg lepas.
semoga Jenny terus berjaya dalam semua bidang!!!
ok selesai sudah 5days 4night at Betong. Tahniah sekali lagi buat semua jurulatih dan semua atlet pada kejohanan sukan padang dan balapan
Majlis Sukan Sukan sekolah bahagian Betong edisi ke 10, 2013
semoga terus berjaya buat kontijen Sek.Men.Keb.Beladin pada kejohanan akan datang
majulah sukan untuk negara!
.......................................................................................

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


She&#39;s Vicke Syarifah: Surrey Bike <b>di Kuching Sarawak</b>

Posted: 18 Mar 2013 01:09 AM PDT

Lama bebenor rase nyer QiQy tak berceloteh di laman ni.Rindu yang teramat mak aii....susah nak cakap aar kat korunk..Yela..Baiklah.QiQy janji akan hapdet sekerap mungkin aw..Suke tak?? heee..Jemput singgah selalu k.Walaupun tak banyak yang QiQy boley kongsikan tapi QiQy harap ia amat bermanfaat dapatlah kita bersama berkongsi pangalaman sejemput kite..hehe..Ok.
Semenjak berkerja ni QiQy yang sememangnya kelihatan seperti memilih bulu..Oloo...geng sameeee je n main palk ngan dierang-dierang je kannn..xpela..janji my mom tahu QiQy berkawan dengan sape..kuar dengan sape,family depa pun saling kenal QiQy dan sebagainya..jadi macam terjamin n berkat skit perjalanan..Pape malang tak berbau boley roger sepantas mungkin..ngee..
Rindu kat geng-geng The Siblings xyah cakap ar korunk...Rinduuu sangat.Tak akan terbanding dengan ape-ape pun.Dan ank kompolkan semuanya bukan semudah dulu gak..Kalo dulu halo-halo ja trus parking motosikal berbuah-buah depan rumah or depan College..P pinjam helmet mangsa-mangsa keadaan baikyang dikenali atau tidak..buahahahaha!!! Jalaaaaan...Itulah kenakalan dulu yang pasti jd kenangan terhebat zaman muda remaja.Untung larrrr pada yang menikmati student life..Enjoy berpada-pada k korunk!! Berbuat baik sesama kengkawan..nanti dah habis blaja rindu-rinduan plak..
K..sambung balek cite kite.
2 minggu lopas,Dedek yang comel yang cuti semester yang sudi datang ke Kuching atas urusan tertentu seterusnya spent time ngan kami...terima kasihhh..saaaaayang dedek!! Si memeriahkan suasana..Makseh..Jumpa di KL nanti..yerrrr !!! Singapore mali nak?? 
Kebetulan pulak baru-baru ni semasa menghadiri majlis perkahwinan adik kawan QiQy baharu lah QiQy tahu perkembangan terbaru kat Kuching yang menawarkan perkhidmatan berbasikal beramai-ramai macam beca gitu kaw! Nah sehelai info untuk dibaca di the borneo post ..Ape lagi malam tu trus kol untuk booking..Sayangnya Ateh Acu n Abg Lan xdapt nk join..kalo tidakkk..boley berlumba haram dengan selamat..hahahaha..Huih...Cabaran tak cabaran kaw!Dengan nyawa semput QiQy nak kayuh laju-laju sambil mengurangkan dua tiga empat kantung lemak degil..kene plak kontol stering belah kiri..Omputih rule nyer driver..mane reti..So!! dalam nak eksiden tak eksiden melanggar bim tepi jalan..tetap seronok!! yihaaaa!! Kringg!! kringg!! kringg!!..meyh layan gambo kiterang..Syokkkk habis u ols!! Nak lagi..nak lagi...
Teruja mengalahkan budak-budak kaw.Makseh Effa jemput kite n seterusnya inilah balasannya.Kelakuan xpadan dengan umo kaw.hish!

Xpeduli..nak gakupload pic ni walau blur..lebuh raya yang kami lalui..traffic light merah kami turut berhenti taw!..kenderaan yang lalu lalang pun konsider je..baiknya orang mesia ni.alhamdulillah hidup dalam keamanan.
Lampu LED yang buat lagi comey beca ni..ololololo..mesti korunk dah teruja terlompat-lompatkan??

 Eh...ini beca dedek dihadapan..ni plak pic baru gerak dari kedai pemilik beca ni..Ianya terletak di lorong China Town,Kuching Sarawak..Terujaaaa sesangat..Mesti Ate,Acu n Abg.Lan yang menyemut mengiring dari belakang dalam myV jeles...ahaks!! ngeeee...
 Parking sat kat Padang Merdeka berhadapan dengan Merdeka Plaza dan seterusnya menjadi perhatian pelancong yang dok melepak di Starbuck..owh..hheee..ni kawan Dedek yang sebelum aku nak taip name dierang aku hengat name depa..skunk dh nk taip x ingat plak..They are so comey!! feeling gugurl aku!
 Ok..skunk dah feeling aku semula coz ada dedek disebelah..Gugurl n gangstar gang! Saya nak menambah lebih ramai sahabat perempuan (jeritan batinku~)

Boyf Dedek (baju jingga) en.Eddy Rogers Emi bg nama..hahaha..Dan c adik Dedek yang banyak menolong kami semasa menuruni bukit yang mana kalo xde die aku rase masuk speta aku dan 2 sahabar baru kerana terbabas..gila kaw..laju gile turun bukit xhingat brek tekan kuat-kuat...bahaya bahaya..
Walaupun beca kami spotlight (la sangat) xdak lampu..xpe..lampu jalan ade..

 Nah no tepon yang korunk better halo2 for booking terlebih dahulu..xdela kuciwa bila men redah..ni salu fully book taw..baek simpan no ni skunk..makcehh!!
Stering sebelah kanan yang cuma sekadar hiasan.Xberfungsi langsung..
Sekian dari QiQy...agak-agak lepas ni ley la drive kt US na...coz dah lulus skit-skit mandu belah kiri ye tak?? hehehehe...
Till then u ols!! Hope u people like it.Tata Titi Tutu..

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Apr 2013 03:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 03:58 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2013 03:24 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Probitas Et Fides: {Gambar} : Tempat-tempat Menarik <b>di Sarawak</b>...

Posted: 30 Jan 2013 05:24 PM PST

Assalamualaikum wbt kepada sahabat blogger semua. Semoga kalian semua senantiasa dirahmati Allah SWT. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Sahabat sekalian, pada 13 sehingga 19 Januari lalu saya berkesempatan ke negeri Bumi Kenyalang iaitu Sarawak untuk sedikit tugas rasmi. Saya diarahkan untuk ke sana selama seminggu untuk pergi ke dua tempat iaitu Serian dan Kuching. Alhamdulillah, dalam masa bertugas rasmi tersebut dapat juga saya berjalan sedikit untuk menikmati makanan dan pemandangan yang indah yang senantiasa terpelihara oleh negeri yang terkenal dengan jolokan Bujang Senang ini.
Ikuti sedikit catatan perjalanan saya yang tidak seberapa ini.:-
Tiket penerbangan MH 2528 dari KLIA ke Kuching pada 13/1 dan penerbangan balik dari Kuching ke KLIA untuk MH 2505 pada 19/1.
Sempat snap gambar dari Balai Pelepasan KLIA sebelum menaiki kapal terbang..Pilot tengah tunggu saya tue hihihihihh.......

Sampai di airport Kuching, terus menaiki teksi ke Hotel Dormani iaitu hotel penginapan saya selama 6 malam tersebut.
Malam pertama, sempat berjalan kaki dari hotel ke Dataran yang berdekatan. Saya tak pasti apa nama dataran ini tetapi ia betul-betul berdekatan dengan Masjid Negeri. Hotel Dormani itu pun berhadapan dengan Masjid Negeri yang terletak di Jalan Haji Abol ( kalau tak silap saya)...

Awal pagi keesokannya, saya terus ke Serian dengan seorang sahabat yang membawa saya ke sana. Perjalanan dari Kuching ke Serian mengambil masa dalam 1 jam melalui Jalan Kuching - Serian. Saya dimaklumkan jalan ini antara jalan terbaik yang menghubungkan dua daerah ini. Gambar diatas saya ambil ketika singgah makan di sebuah restoran di Serian.

Gambar ini ketika saya makan tengahari di sebuah restoran di pekan Serian. Serian sebuah pekan kecil yang cantik dan bersih. Seharian saya di Serian dan setelah kerja yang telah diarahkan selesai, saya kembali ke Kuching semula. Memang saya tidak bercadang untuk menginap di Serian kerana jarak perjalanan dengan Kuching tidaklah berapa jauh sangat.

Malamnya, sahabat saya yang membawa saya ke Serian telah mengajak kami makan di sebuah tempat makan yang berdekatan. Saya tak pasti apa nama tempat ini tetapi lokasinya terletak di atas bumbung sebuah kompleks membeli belah ( kalau tak silap saya namanya Top Shop)
Sempat juga snap gambar Sarawak River Cruise yang parkir di Sungai Sarawak.. hihihhh...
Di Sungai Sarawak ini, terdapat bot penambang untuk ke seberang sana. Saya tidak melepaskan peluang untuk menaiki bot ini untuk ke seberang sungai ini. Tambang yang dikenakan adalah RM 1 tetapi saya dimaklumkan jika kita menaikinya pada waktu siang tambangnya cuma RM 0.50
Inilah destinasi yang dituju untuk ke seberang Sungai Sarawak ini. Sebuah kedai Kek Lapis yang dikenali sebagai Kek Lapis Myra. Walau bagaimanapun, mengikut penduduk tempatan ada sebuah lagi kedai kek lapis yang popular iaitu Dayang Salha. Namun, saya tak berkesempatan ke sana..huhuhhh...
Antara kek lapis yang diperaga untuk dicuba, boleh cuba sampai kenyang tau di Kedai Kek Lapis Myra nie heheheeee....
Sedikit pemandangan kedai Kek Lapis Myra.
Pemandangan pada waktu malam di Jeti Bot Penambang tersebut..
Sempat juga saya merasa Mee Kolok Sarawak. Rasa macam maggi goreng pun ada.. Tapi memang sedap Mee Kolok Sarawak nie....

 Yang ini, Nasi Goreng Udang Penyet...perghhhh..memang sedap.. keesokannya iaitu saya nak cuba lagi tetapi gerai tersebut tutup pula huhuhuhh...sekali rasa pasti nak rasa lagi

Alhamdulillah, hari terakhir sebelum pulang dapat juga saya berjalan di waktu siang di Kuching ini. Lokasi pilihan saya iaitu Indian Mosque Lane. Tempat untuk mencari sedikit cenderahati..

19 Januari pulang semula ke Kuala Lumpur. Entah apa nasib saya, seat saya untuk pergi dan balik kedua-duanya terkena di bahagian sayap. So, sempatla snap saya MAS nie hihihihhh...
Alhamdulillah, tugasan yang telah diamanahkan telah sempurna saya selesaikan dalam masa 6 malam berada di Kuching. Selain itu, dapat juga menikmati pemandangan, merasa makanan dan berkenalan dengan orang Kuching..awok...awokkk..itulah perkataan tradisi orang Sarawak yang saya ingat sampai sekarang..
Sampai disini dahulu coretan layangan minda Probitas Et Fides..semoga kita bersua lagi di layangan akan datang.. Kepada sahabat blogger teruskan berblogging seperti biasa ya..Jumpa lagi destinasi yang akan datang ye hihihihh..( kne ngadap bos dulu nak tahu destinasi tugasan seterusnya huhuhuhhh)...

32,555 MyKad <b>di</b> seluruh <b>Sarawak</b> belum dituntut | Kamaluddin&#39;s Blog

Posted: 24 Jan 2013 11:00 PM PST

- Jan 25, 2013 15:00:27.

mykadKUCHING: Sebanyak 32,555 MyKad yang sudah siap di seluruh Sarawak belum dituntut pemiliknya setakat ini, sekali gus menyebabkan berlaku lambakan di hampir kesemua pejabat cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di ne-geri ini.

Menurut Penolong Pengarah (Bahagian Pentadbiran) JPN Negeri Sarawak Norazian Mat Noor, lambakan MyKad yang sudah siap terdapat di pejabat JPN Kuching, Batu Kawa, Bintulu, Kapit, Limbang, Miri, Sibu, Serian dan Sri Aman.

Beliau berkata, pemohon harus mengambil MyKad yang sudah siap kerana ia dokumen pengenalan diri yang sangat penting dan MyKad siap yang tidak dituntut bagi tempoh agak lama mungkin akan di-lupuskan.

"Masih menggunakan MyKad lama walaupun telah menukar kepada MyKad Struktur Baharu dan gemar berlengah untuk pergi ke pejabat JPN kerana mengetahui penukaran MyKad lama kepada MyKad Struktur Baharu tidak wajib merupakan antara faktor yang menyebabkan sikap sambil lewa pemohon," ujarnya.

"Mengikut peraturan-per-aturan Pendaftaran Negara 1990, Seksyen 26, tempoh simpanan MyKad di pejabat JPN adalah selama 18 bulan dari tarikh ia dikeluarkan dan selepas itu MyKad berkenaan akan dilupuskan.

"Bagaimanapun, seksyen ini tertakluk kepada arahan selanjutnya daripada Ketua Pengarah yang boleh menetapkan suatu jangka masa lebih panjang. Gantian MyKad yang ti-dak dituntut akan dikenakan fi tertentu," katanya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai yang pernah memohon MyKad agar menelefon pejabat-pejabat JPN berdekatan untuk menyemak dan membuat janji temu masa mengambil MyKad siap tanpa perlu beratur atau menunggu lama di Kaunter C3 (Call, Collect, Counter).

Beliau menambah, bagi memudahkan orang ramai mengambil MyKad siap, JPN mewujudkan Pusat Cetakan MyKad Teragih di JPN Kuching dan JPN Miri.

Menurutnya, dengan adanya sistem itu, pemohon boleh mendapatkan MyKad dalam tempoh satu hari berbanding 30 hari dari tarikh permohonan sekiranya permohonan dilakukan di JPN cawangan lain di Sarawak.

JPN juga, katanya, merancang menambah Pusat Cetakan MyKad Teragih di bandar lain seperti di Sibu dan Sri Aman, selain mendapatkan nombor telefon pemohon semasa memohon untuk dihubungi jika MyKad mereka siap.

"Semua ini adalah penambahbaikan yang dilakukan JPN untuk memudahkan pemohon mengambil MyKad siap, selain menghantar senarai pemohon tidak dituntut ke Pejabat Residen setiap tiga bulan.

"Kita juga dari semasa ke semasa membuat hebahan melalui media massa dan bekerjasama dengan pemimpin masyarakat untuk menyalurkan maklumat kepada penduduk di kawasan masing-masing," katanya.

Beliau menambah, JPN biasanya akan menghantar notis kepada pemohon selepas tempoh tertentu untuk memberitahu mereka agar memungut MyKad sudah siap dan membuat serahan di lapangan terutama di kawasan pedalaman melalui Unit Khas Bergerak.

[lahad datu] gugurnya lagi wira negara!! - hambaliabdullah_03

Posted: 05 Mar 2013 05:34 AM PST


Barisan Perwira Yang Gugur Dalam Mempertahankan Keamanan Dan Keselamatan Negara
Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya.
Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.
Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu.
Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.
Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.
Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.
Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara..!
Al-Fatihah untuk  Allahyarham ASP Ibrahim bin Lebar, Allahyarham Sarjan Baharin bin HamitAllahyarham Sarjan Aziz bin SarikonAllahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran dan Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran.  Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan syahid mempertahankan negara. Amin.

Takziah buat keluarga Mendiang ASP Michael Padel.

ads