Khamis, 28 Februari 2013

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Gua Angin <b>di Bau</b> ditutup untuk sementara waktu akibat banjir <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 06:13 AM PST

KUCHING: Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengumumkan bahawa Gua Angin di Bau ditutup untuk sementara waktu akibat banjir.

Pihak perbadanan akan mengumumkan pembukaan semula gua tersebut kelak dan orang awam dinasihati menghubungi pihak perbadanan sebelum mengunjungi gua tersebut bagi mengelakkan kekecewaan.
Di samping itu Taman Negara Loagan Bunut dan jalan menuju ke Taman Negara Niah juga ditutup buat sementara waktu bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara di atas, sila hubungi SFC di talian 082-629340.
Read more: http://www.theborneopost.com/2013/02/19/gua-angin-ditutup-akibat-banjir/#ixzz2LM1PDJgD

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri <b>Sarawak di Betong</b>, 23 <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 04:01 PM PST

BETONG: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Betong pada 23 dan 24 Januari ini melibatkan penyertaan daripada kontinjen dari seluruh negeri Sarawak.

Di samping itu pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan sambutan perayaan umat Islam dan acara rasmi kerajaan negeri yang dianjurkan pada setiap tahun.

Menurut Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen, sambutan Maulidur Rasul adalah bagi memperingati kembali peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai 'uswah hasanah' iaitu contoh teladan bagi semua umat Islam.

Pada masa yang sama menyampaikan ajaran Islam untuk dihayati dan dicontohi umat Islam masa kini melalui kajian dan penelitian sejarah perjuangan baginda.

"Selain itu ia juga bagi menyemarakkan kasih sayang umat Islam terhadap insan mulia ini sebagai landasan untuk memperkukuhkan perpaduan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan umat Islam di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media mesyuarat akhir jawatankuasa pengelola di Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri di sini semalam.

"Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib dijangka akan menghadiri program yang bermula pada 23 Januari ini.

"Program yang akan dimulakan dengan Majlis Ceramah Agama dan Zikir Maulud bertempat di Masjid Jamek Betong akan berlangsung pada jam 5.45 petang.

"Majlis perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul akan dijalankan pada sebelah pagi iaitu bermula jam 8.00 pagi.

"Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah akan mengetuai perarakan yang bermula dari Kompleks Sukan Betong dan berakhir di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan sejauh 5.7 kilometer," jelasnya.

Tambahnya, sehingga kini sebanyak 100 kontinjen telah mengesahkan penyertaan terdiri daripada pelbagai agensi di Betong dan bahagian lain di negeri ini.

"Sebanyak 100 kontinjen akan terlibat dalam perarakan ini dan penyertaan melebihi 3,000 peserta yang bakal menyertai perhimpunan dan perarakan tersebut.

"Turut disenaraikan lapan kategori yang akan dinilai dalam perarakan itu nanti iaitu kategori A (jabatan/agensi kerajaan dan badan berkanun), kategori B (firma swasta/syarikat/institusi kewangan) kategori C (masjid/surau), kategori D (persatuan/kelab/pertubuhan) kategori E (institusi pengajian tinggi/pusat kemahiran/sekolah menengah), kategori F (sekolah kebangsaan dan kategori G (kumpulan hadrah).

"Tambah menarik, pelbagai hadiah menarik berdasarkan kategori akan diberikan kepada kontinjen terbaik yang akan dinilai semasa perarakan nanti," ujarnya.

Jelasnya, pelbagai aktiviti sampingan akan diadakan seperti ceramah, pertandingan membaca ayat-ayat lazim, pertandingan futsal dan sebagainya.

Justeru, beliau turut menyeru orang ramai terutama penduduk di sekitar Betong sama-sama hadir bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul nanti.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Abang Shamsuddin Abang Seruji dan Ketua Polis Daerah Betong DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

I Am a Lover Not a Fighter: Banjir <b>di</b> Pais, <b>Betong</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 19 Nov 2012 08:14 AM PST

On the way balik ke Kampung Serdeng dari Kuching pada 12.11.2012 hari tu, saya dan bapak, abang serta adik lelaki saya telah tersekat kat kawasan Pais, Daerah Betong sebab banjir! 4 jam barulah air surut sikit. Syukur Alhamdulillah, dapatlah lalu kawasan tersebut. Kami stuck kat situ pada jam 1 tengah hari, tunggu dan tunggu sampai jam 5 petang! Sabar jela. So, nak share gambar-gambar sikit. :)





11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Sistem Kalendar DuniaFutsal Mudahkan Penganjur Kejohanan <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2013 01:23 AM PST

DuniaFutsal bukan sahaja bertindak sebagai media yang membuat liputan terhadap sukan dan aktiviti futsal di Malaysia. DuniaFutsal juga turut menjadi medium atau saluran untuk penganjur-penganjur kejohanan futsal bagi memberi hebahan terhadap kejohanan mereka.

Di Malaysia, kejohanan futsal sentiasa diadakan pada hujung minggu. Pada bulan Disember dan Januari lalu sahaja, banyak kejohanan diadakan diseluruh negara sekaligus memberi lebih banyak peluang kepada pasukan dan pemain untuk menunjukkan bakat.

Berikut merupakan kejohanan futsal yang telah diadakan pada bulan Disember 2012:

2.12.2012 – Kejohanan Futsal Terbuka Hurricane Selayang di Pusat Futsal Selayang,Selangor.
12.12.2012 – Futsal Terbuka Piala FBSB 2012 di Stadium Tertutup Miri, Sarawak.
14-15.12.2012 – Kejohanan Futsal Piala Kopi Sukan di WNS Futsal Centre Alor Star, Kedah.
15.12.2012 – Sport Planet Senawang Futsal Challenge, Negeri Sembilan.
22.12.2012 – Piala Azmin Ali di Spot Planet Ampang, Selangor.
23.12.2012 – Binary Futsal Youth Challenge 2012 Sunway Sports Planet, Selangor. 29.12.2012 – Kejohanan Futsal MAYC di Kuala Terengganu.
30.12.2012 – Kejohanan Futsal Terbuka Orbit De Futsal Seagmabut, Kuala Lumpur. 31.12.2012 – Kejohanan Teruka Endurance 1 Malaysia, Padang Futsal BAtu 6 Tanjung Karang, Selangor.

4 tempat yang mengadakan kejohanan futsal di sekitar Selangor sementara masing-masing 1 tempat  mengadakan kejohanan futsal di sekitar Sarawak, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Ini pula antara kejohanan futsal yang diadakan pada bulan Januari 2013:

4-5.01.2013 – Karnival Futsal Terbuka Lelaki/Wanita Majlis Belia Negeri Terengganu.
13.01.2013 – Tournement VIP Futsal Terbuka Rawang di Selangor.
19.01.2013 – SP Cup 2013,Sports Planet Subang Grand di Selangor.
20.01.2013 – Kejohanan Futsal MN Tour,Ferro Futsal Subang di Selangor.
24-27.01.2013 – Figos Futsal Carnival Sarawak 2013 di Sarawak.
26-27.01.2013 – Kejuaraan Liga Futsal Serian,Stadium Tertutup Serian di Sarawak. 26.01.2013 – Futsal Terbuka Dungun, X-Zone Futsal di Terengganu.
26.012013 – SJOB Charity Futsal Viva Palestina Malaysia Sports Planet Subang di Selangor.
27.01.2013 – Gempita Cup Tour 2013,Sports Planet Senawang di Negeri Sembilan. 27.01.2013 – Kejohanan Futsal Terbuka Orbit DE Futsal Segambut di Kuala Lumpur. 27.01.2013 – Vrox Super Sunday for GAZA,Bangi di Selangor.
27.01.2013 -YOugen Open Futsal Safira Sports Planet Seberang Jaya di Pulau Pinang.

5 tempat yang mengadakan kejohanan futsal di sekitar Selangor. 2 tempat yang mengadakan kejohanan futsal di sekitar Terengganu. 2 tempat yang mengadakan kejohanan futsal di sekitar Sarawak. 1 tempat yang mengadakan kejohanan futsal di sekitar Negeri Sembilan. 1 tempat yang mengadakan kejohanan futsal di sekitar Pulau Pinang. 1 tempat yang mengadakan kejohanan futsal di sekitar Kuala Lumpur.

Apa yang kami cuba tekankan disini ialah, jika anda mempunyai permasalahan dalam mempromosikan kejohanan futsal yang anda anjurkan, kini ada penyelesaiannya menerusi sistem kalendar futsal  yang kami perkenalkan. Lebih penting, ianya percuma! Jadi apa tunggu lagi, layarilah sistem kalendar kejohanan kami di http://duniafutsal.my/calendar/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Kes pecah rumah tertinggi <b>di Sarikei</b> | my <b>Sarawak</b> - News coverage <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 03:48 PM PDT

SERAH TUGAS: Kelihatan Nik (kanan) melakukan penyerahan
tugas secara rasmi kepada Ahamad (kiri) sambil disaksikan oleh
Poniman (tengah).

SARIKEI: Kes pecah rumah mencatat jumlah tertinggi daripada keseluruhan kadar indeks jenayah yang dicatat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei bagi tempoh Januari hingga pertengahan Oktober ini.

Ini terutamanya apabila ia dibandingkan dengan dua jenis kes yang biasa berlaku iaitu kes melibatkan curi kereta dan motosikal, kata Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei DSP Poniman Margiman.

Katanya kes pecah rumah yang membabitkan rumah sewa adalah paling banyak berlaku.

Sehubungan itu beliau mahu orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjadi saksi kejadian agar membuat laporan segera kerana tindakan serupa mampu memberi peluang kepada polis mengambil tindakan segera, terutama dalam membanteras dan mengatasi jenayah tersebut.

"Kadar indeks jenayah yang berlaku pada tahun ini telah menunjukkan penurunan sebanyak 13.75 peratus daripada tahun lepas bagi tempoh yang sama.

"Pada 2011, sebanyak 269 kes jenayah kami terima manakala bagi tahun ini pula kes yang kami terima ialah 232 kes dan daripada jumlah tersebut ia telah menunjukkan penurunan sebanyak 37 kes berbanding tahun lepas.

"Walaupun kes-kes jenayah masih ada berlaku di daerah ini, tetapi keadaannya masih terkawal dan selamat," kata Poniman.

Beliau berkata demikian sewaktu penyerahan tugas melibatkan Pemangku Ketua Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran IPD Sarikei Inspektor Nik Mohd Nazri kepada Ketua Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran IPD Sarikei yang baharu ASP Ahamad Fauzi Sabri, semalam.

Kekosongan jawatan tersebut telah berlaku apabila pemegang jawatan berkenaan iaitu ASP Willie Kikih telah dinaikkan pangkat dan berpindah ke Kuching.

Manakala bagi Ketua Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran IPD Sarikei yang baharu pula, ASP Ahmad Fauzi beliau telah berpindah dari IPD Miri ke IPD Sarikei.

Dalam ucapan alu-aluannya pada majlis tersebut, Poniman menyeru semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar terus memberikan komitmen terhadap tugas yang telah diamanahkan.

"Dalam pihak kita menggiatkan aktiviti Komuniti Policing yang berobjektif merapatkan lagi hubungan pihak polis dengan masyarakat, kita telah menyediakan pelbagai program untuk aktiviti ini.

"Salah satunya pada Ahad ini (21 Oktober) kita bersama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Chan Chuan akan menganjurkan kempen derma darah dan aktiviti pemeriksaan kesihatan.

"Sehubungan itu, kita menyeru kepada masyarakat dan anggota PDRM khasnya, agar turun beramai-ramai pada program ini nanti kerana ia adalah satu daripada tanggungjawab sosial," ujarnya.

Kata Poniman lagi, program ini akan diadakan di Dewan Suarah Sarikei bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari pada hari tersebut.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


MPP hadapi masalah pembuangan sampah haram | my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2013 01:32 PM PST

Lebih 20 tapak pembuangan dikenal pasti kebanyakan di estet perumahan, tempat terpencil

TIDAK BERTANGGUNGJAWAB: (dari kanan) Segar, Ting, Lo dan Sarius melihat longgokan sampah yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab di tepi Jalan Sungai Tapang/Jalan Lapangan Terbang Lama.

TIDAK BERTANGGUNGJAWAB: (dari kanan) Segar, Ting, Lo dan Sarius melihat longgokan sampah yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab di tepi Jalan Sungai Tapang/Jalan Lapangan Terbang Lama.

KUCHING: Pembuangan sampah haram menjadi masalah serius di kawasan seliaan Majlis Perbandaran Padawan (MPP), dengan kini lebih 20 tapak pembuangan dikenal pasti yang kebanyakannya di estet perumahan dan tempat terpencil.

Pengerusinya Lo Khere Chiang berkata keadaan yang semakin berleluasa itu bukan sahaja mencemari persekitaran tetapi turut membazirkan dana majlis bagi membiayai kerja pembersihan.

"Antara kawasan tapak yang dikenal pasti ialah di Desa Wira, RPR Batu Kawa, Stakan, Padawan, Jalan Stephen Yong, Matang Jaya, Malihah, Jalan Batu Kawa-Matang, Sungai Moyan dan banyak lagi.

"Misalnya bagi Desa Wira sahaja, dalam setiap dua atau tiga tahun MPP telah membelanjakan RM60,000 untuk kerja pembersihan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak pembuangan sampah haram di Jalan Sungai Tapang/Jalan Lapangan Terbang Lama di sini, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Trienekens Ting Ching Zung, Pengurus Bahagian Logistik dan Perkhidmatan Trienekens Sarius Lee dan Pegawai Kesihatan Awam MPP Segar Kallang.

Menurut Lo, adalah sukar bagi MPP mengesan pihak atau individu yang terlibat dalam kegiatan tersebut namun mengakui ada yang sanggup membayar lori bagi mengangkut sampah untuk dibuang ke tapak pembuangan haram.

Justeru, beliau menasihati penduduk khususnya di estet perumahan agar bekerjasama dengan majlis dengan mengamalkan penjagaan kebersihan alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata.

"Jika kuantiti sampah terlalu banyak, mereka dialu-alukan menghubungi MPP atau Trienekens bagi mendapatkan nasihat atau perkhidmatan untuk membuang sampah tersebut dengan baik," katanya.

Dalam pada itu, Lo turut menyarankan penduduk khususnya yang hendak membuang sampah terkumpul agar menyewa kontena sampah daripada Trienekens.

Jelas beliau, inisiatif tersebut amat membantu dalam mengelakkan berlakunya pembuangan sampah haram terutama di estet perumahan.

"Ini galakan yang kita berikan kepada orang ramai kerana sewa kontena juga berpatutan iaitu RM220," katanya.

Berhubung pembuangan sampah haram di Jalan Sungai Tapang/Jalan Lapangan Terbang Lama, Lo berkata MPP dan Trienekens berbincang bagi usaha membersihkan tapak tersebut.

Katanya kerja pembersihan itu dianggarkan menelan kos RM8,000 dan ia akan dibiayai menggunakan hasil kutipan cukai MPP.

"Ini amat membazir duit masyarakat tetapi kami perlu membersihkannya kerana keadaan ini mencemari persekitaran dan boleh menjejaskan kesihatan awam.

"Selepas pembersihan, kami akan memasang penghadang jalan agar kenderaan khususnya lori tidak dapat lagi memasuki kawasan berkenaan bagi membuang sampah," katanya.

Bagaimanapun, Lo menjelaskan MPP hanya melakukan kerja pembersihan bagi tapak pembuangan sampah haram yang melibatkan tanah kerajaan dan bukannya swasta.

Pembuangan sampah secara haram adalah satu kesalahan di bawah Ordinan Lembaga Sumber Alam Sekitar dan boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 di bawah Seksyen 30 (1) (a) & (b).

Untuk melaporkan sebarang kegiatan pembuangan sampah haram, sila hubungi MPP di talian 082-615566 atau Trienekens di 082-612300.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

ads