Jumaat, 15 Februari 2013

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


SMK <b>Bau</b> muncul juara hoki jemputan | my <b>Sarawak</b> - News <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2013 04:01 PM PST

KUCHING: SMK Bau muncul juara keseluruhan apabila mengungguli kate­gori lelaki dan wanita pada Kejohanan Hoki Jemputan PBB P194 Petra Jaya Sem­bilan Sebelah Bawah 18 Ta­hun di Stadium Hoki, di sini semalam.

Kejohanan selama dua hari berformat liga menyaksikan pasukan lelaki SMK Bau me­menangi empat perlawanan dan seri sekali dengan men­gumpul 16 mata sekali gus muncul pasukan terbaik.

Jurulatih SMK Bau, Rap­hael Michael Ruda berkata beliau amat gembira dengan pencapaian yang dikecapi pasukannya setelah mer­angkul kejuaraan kejohanan itu.

"Kejayaan kami bukanlah secara kebetulan dan kami te­lah bersedia untuk bertanding pada mana-mana kejohanan selepas ini dan kami percaya tiada mustahil dengan usaha yang gigih," katanya.

Sementara itu, pasukan Impian Zaman 1Mas men­duduki tempat kedua dengan memperolehi 13 mata diikuti SM Sains Kuching di tempat ketiga dengan sembilan mata bagi kategori lelaki.

Bagi kategori wanita pula, SMK Taee terpaksa akur di tempat kedua dengan men­gumpul tujuh mata diikuti SMK Bako dengan empat mata di tempat ketiga.

Category: Sarawak, Sukan

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


SVTB1M bukti kerajaan tidak abai kebajikan pesara <b>...</b> - my <b>Sarawak</b>

Posted: 11 Feb 2013 03:59 PM PST

JASA TIDAK DILUPAKAN: Uggah merakam kenangan bersama para penerima SVTB1M pada majlis tersebut.

JASA TIDAK DILUPAKAN: Uggah merakam kenangan bersama para penerima SVTB1M pada majlis tersebut.

BETONG: Seramai 396 pesara tentera tidak berpencen bagi kawasan Sri Aman dan Betong menerima Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) berjumlah RM1,000 setiap seorang, di sini Sabtu lalu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas menyampaikan sumbangan tersebut di Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri, Bahagian Betong di sini.

Menurut Uggah, sumbangan itu bagi menghargai pengorbanan dan jasa bekas tentera yang tidak berpencen dan bersara awal sebelum tempoh perkhidmatan menetapkan untuk pemberian pencen.

"Pemberian ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2013 Oktober tahun lalu di mana veteren tentera yang tidak berpencen  layak diberi sumbangan tersebut.

"Walaupun golongan berkenaan hanya berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kurang 21 tahun dan tidak melayakkan mereka menerima pencen, namun kerajaan tetap menghargai jasa dan pengorbanan mereka," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Betong berkata kerajaan tidak pernah mengabaikan golongan tentera kerana mereka telah banyak memberi sumbangan dan berkorban mempertahankan tanah air.

Tambahnya, apa sahaja keamanan yang dikecapi hari ini adalah atas jasa dan perjuangan yang telah dibuktikan oleh golongan terbabit dalam mencurah bakti dan keringat malah sanggup bertarung nyawa demi keagungan negara.

"Kerajaan atas dasar keperihatinan dan percaya akan kemampuan untuk memberikan sumbangan yang selayaknya untuk veteran tentera seperti mana yang kita berikan pada hari ini.

"Sumbangan dengan jumlah keseluruhan berjumlah hampir RM3 juta ini membuktikan bahawa kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan semua rakyat negara ini.

"Oleh itu, amat wajar kita memikirkan bagaimana setelah negara ini bertambah maju hasil daripada pentadbiran kerajaan BN yang cekap dan kejayaan kita mengurus tadbir dengan baik sehingga Malaysia berada pada tahap seperti hari ini," katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Veteran Tentera Tidak Berpencen di sini Sabtu lalu.

Turut hadir Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Sarawak Leftenan Kolonel Monday Juhid, Timbalan Residen Bahagian Betong Dr Anthony Valentine Laiseh, Pegawai Daerah Betong Friday Belik, ketua-ketua jabatan kerajaan, masyarakat serta para penerima.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


Pelajar <b>di</b> pedalaman <b>Sarawak</b> terima bantuan 1MDB

Posted: 22 Jul 2010 07:03 AM PDT

2010/07/22

MIRI: Seramai 100 pelajar sekolah yang kurang bernasib baik, masing-masing 50 orang di kawasan penempatan di Long Banga dan Bekenu, hari ini menerima bantuan kewangan daripada 1Malaysia Development Berhad, sebuah syarikat milik penuh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sendiri menyampaikan bantuan bernilai RM450 bagi setiap pelajar sekolah rendah setahun dan RM600 bagi setiap pelajar sekolah menengah setahun, apabila beliau melawat kedua-dua kawasan penempatan itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, 1MDB berkata ia adalah kumpulan kedua pelajar yang mendapat manfaat daripada projek itu melalui program tanggungjawab sosial (CSR) yang mensasarkan pelajar sekolah menengah dan rendah di kawasan pedalaman Sarawak.
Kumpulan pertama penerima itu membabitkan 20 pelajar dari Kanowit yang menerima bantuan dari Perdana Menteri pada Februari tahun ini.

Najib yang juga pengerusi lembaga pemegang amanah 1MDB juga menyampaikan sumbangan syarikat sebanyak RM200,000 bagi membina dua unit "Rumah Arau" atau rumah kediaman sementara bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Tegageng di Subis dan SK Kuala Kebulu di Sebauh.

Konsep rumah itu menyediakan tempat tinggal sementara bagi ibu-ibu dan pelajar prasekolah yang tinggal agak jauh dari sekolah.

Rumah Arau seperti sebuah rumah panjang dengan "tanju" (beranda terbuka) dan "ruai" (ruang tamu bersama) dengan penghuni semua bilik boleh beristirehat bersama.
Penghuni kemudahan ini boleh menikmati bekalan elektrik 14 jam setiap hari selain sebuah bilik mandi dan tandas yang dikongsi bersama.

Dua rumah Arau yang pertama adalah bagi SK Nanga Encheremin di Kapit dan SK Lusong Laku di Belaga, yang telah disiapkan pada Jun tahun ini. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian Online

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Cari idea kreatif bangun usahawan Bumiputera <b>di Sibu</b> - My <b>Sarawak</b>

Posted: 07 Feb 2013 08:55 AM PST

SIBU: Golongan usahawan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) digesa memikirkan perancangan strategik serta mencari idea kreatif dalam meningkatkan pembangunan perniagaan usahawan Bumiputera di sini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun berkata dari segi sejarah, masyarakat Bumiputera di sini hanya melibatkan diri dengan perniagaan selepas negara mengecapi kemerdekaan sekitar tahun 60-an dan 70-an.

"Walaupun telah wujud orang Bumiputera berniaga pada masa tersebut, tetapi ia setakat membuka kedai-kedai runcit di peringkat kampung sahaja, tidak ke kawasan bandar atau tempat lain.

"Dalam hal demikian, usahawan Bumiputera tidak seharusnya hanya berjalan, sebaliknya untuk bersaing dalam perniagaan yang berjaya, perlulah berlari mengikut rentak golongan usahawan yang lebih berpengalaman serta mempunyai sejarah dalam penglibatan keusahawanan," ujarnya semasa berucap pada Majlis Perasmian Food Court Arked MARA Sibu dan Ekspo Usahawan MARA 2013 di sini, pagi semalam.

Entulu berkata, sebenarnya ramai usahawan Bumiputera mempunyai potensi sangat tinggi dalam bidang perniagaan dikenal pasti melalui tinjauan ke kawasan-kawasan yang pernah beliau kunjungi.

"Terdapat beberapa usahawan Bumiputera berpotensi berjaya tetapi wujud satu budaya di kalangan mereka yang sengaja membataskan kemajuan yang mampu dicapai oleh mereka. Tambahan pula, dana yang ada tidak disalurkan pada jalan yang betul.

"Ini disebabkan masih wujud usahawan Bumiputera belum melengkapkan diri mereka sepenuhnya dengan ilmu serta sifat usahawan dalam diri mereka.

"Saya menyeru usahawan Bumiputera agar mengikis budaya sedemikian jika ingin terus berjaya dalam perancangan serta kemajuan perniagaan mereka," ujar beliau.

Entulu yang juga Ahli Parlimen Selangau turut mencadangkan agar pihak MARA mewujudkan satu unit khas dari kalangan pegawai-pegawainya untuk menjalankan kajian perniagaan terhadap usahawan Bumiputera baharu.

"Melalui pendekatan ini, kita dapat melihat sejauh mana perkembangan perniagaan mereka dari segi keuntungan jualan diperolehi serta pengeluaran jualan dalam jangka masa tertentu," jelas beliau.

Beliau turut berharap usahawan Bumiputera di Sibu agar mengambil langkah serius serta mewujudkan budaya perniagaan yang berjaya.

"Secara tidak langsung ini akan memberikan impak kepada penduduk luar serta hubungan pihak MARA dengan pihak lain serta pemilikan usahawan dapat kita mantapkan lagi secara strategik supaya kebaikan dapat disebarkan meluas kepada semua lapisan masyarakat dan melangkaui sempadan serta kawasan," katanya.

Turut hadir Pengarah MARA Negeri Sarawak Shazali Salleh, Timbalan Pengarah I, Bahagian Pembangunan Infrastruktur Perniagaan MARA Adilah Hassan serta yang lain.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Pembahagi jalan <b>di</b> persimpangan berhadapan SMK <b>...</b> - My <b>Sarawak</b>

Posted: 14 Feb 2013 04:48 PM PST

PERLU TANDA AMARAN: Tanda amaran perlu diletakkan di pembahagi jalan di persimpangan berhadapan SMK Siburan, Batu 17 Jalan Kuching-Serian sebagai langkah keselamatan kepada pengguna jalan raya.

PERLU TANDA AMARAN: Tanda amaran perlu diletakkan di pembahagi jalan di persimpangan berhadapan SMK Siburan, Batu 17 Jalan Kuching-Serian sebagai langkah keselamatan kepada pengguna jalan raya.

KUCHING: Pembahagi jalan di persimpangan berhadapan SMK Siburan, Batu 17 Jalan Kuching-Serian dekat sini mendapat perhatian Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Willie Mongin, yang disifatkannya tidak selamat dan perlu disediakan amaran keselamatan.

Menurut beliau, pada awal tahun ini sahaja banyak kemalangan telah berlaku di lokasi tersebut.

"Pembahagi jalan ini amat berbahaya dan boleh menjadi perangkap maut bagi pengguna jalan raya terutama pada waktu malam," katanya kelmarin.

Katanya walaupun sudah diketengahkan oleh pelbagai pihak kepada pihak berkuasa relevan sejak tahun lepas termasuk Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jabatan Kerja Raya (JKR), setakat ini belum ada tindakan diambil.

"Isu ini sudah terlalu lama berlarutan, pihak berkuasa perlu bertindak sebelum ia meragut nyawa seseorang," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa JKR menyelesaikan perkara ini dengan segera.

Willie turut mencadangkan agar pihak berkuasa relevan memasang papan tanda jalan yang jelas di sepanjang jalan tersebut.

Selain itu, katanya jalan juga harus ditanda dengan garisan amaran kuning untuk memaklumkan pengguna bahawa mereka sedang mendekati persimpangan.

"Papan tanda untuk memberi amaran kepada pengguna mengenai pembahagi jalan di persimpangan itu sangat berguna kerana ia boleh membantu mengelak kemalangan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati bila memandu melalui persimpangan tersebut.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat <b>Negeri Sarawak di</b> Betong, 23 <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 04:01 PM PST

BETONG: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Betong pada 23 dan 24 Januari ini melibatkan penyertaan daripada kontinjen dari seluruh negeri Sarawak.

Di samping itu pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan sambutan perayaan umat Islam dan acara rasmi kerajaan negeri yang dianjurkan pada setiap tahun.

Menurut Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen, sambutan Maulidur Rasul adalah bagi memperingati kembali peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai 'uswah hasanah' iaitu contoh teladan bagi semua umat Islam.

Pada masa yang sama menyampaikan ajaran Islam untuk dihayati dan dicontohi umat Islam masa kini melalui kajian dan penelitian sejarah perjuangan baginda.

"Selain itu ia juga bagi menyemarakkan kasih sayang umat Islam terhadap insan mulia ini sebagai landasan untuk memperkukuhkan perpaduan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan umat Islam di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media mesyuarat akhir jawatankuasa pengelola di Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri di sini semalam.

"Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib dijangka akan menghadiri program yang bermula pada 23 Januari ini.

"Program yang akan dimulakan dengan Majlis Ceramah Agama dan Zikir Maulud bertempat di Masjid Jamek Betong akan berlangsung pada jam 5.45 petang.

"Majlis perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul akan dijalankan pada sebelah pagi iaitu bermula jam 8.00 pagi.

"Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah akan mengetuai perarakan yang bermula dari Kompleks Sukan Betong dan berakhir di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan sejauh 5.7 kilometer," jelasnya.

Tambahnya, sehingga kini sebanyak 100 kontinjen telah mengesahkan penyertaan terdiri daripada pelbagai agensi di Betong dan bahagian lain di negeri ini.

"Sebanyak 100 kontinjen akan terlibat dalam perarakan ini dan penyertaan melebihi 3,000 peserta yang bakal menyertai perhimpunan dan perarakan tersebut.

"Turut disenaraikan lapan kategori yang akan dinilai dalam perarakan itu nanti iaitu kategori A (jabatan/agensi kerajaan dan badan berkanun), kategori B (firma swasta/syarikat/institusi kewangan) kategori C (masjid/surau), kategori D (persatuan/kelab/pertubuhan) kategori E (institusi pengajian tinggi/pusat kemahiran/sekolah menengah), kategori F (sekolah kebangsaan dan kategori G (kumpulan hadrah).

"Tambah menarik, pelbagai hadiah menarik berdasarkan kategori akan diberikan kepada kontinjen terbaik yang akan dinilai semasa perarakan nanti," ujarnya.

Jelasnya, pelbagai aktiviti sampingan akan diadakan seperti ceramah, pertandingan membaca ayat-ayat lazim, pertandingan futsal dan sebagainya.

Justeru, beliau turut menyeru orang ramai terutama penduduk di sekitar Betong sama-sama hadir bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul nanti.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Abang Shamsuddin Abang Seruji dan Ketua Polis Daerah Betong DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

ads