Isnin, 9 Disember 2013

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Promosi budaya untuk tarik pelancong ke <b>Marudi</b>: Entri - The Borneo <b>...</b>

Posted: 14 Nov 2013 02:42 PM PST

MARUDI: Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) merangkap Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang), Datuk Sylvester Entri Muran mahu penduduk di sini yang terdiri daripada pelbagai etnik mengetengahkan tarian kebudayaan masing-masing untuk dijadikan sebagai tarikan pelancong.

Entri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, mahu setiap suku kaum yang tampil dengan persembahan etnik masing-masing supaya menubuhkan kumpulan atau kelab mereka sendiri, agar tarian tradisi tersebut dapat dikekalkan dan seterusnya menjadikan kelab sebagai salah satu platform bagi mempromosikan kebudayaan mereka.

Beliau mahu mereka seterusnya merebut peluang mempromosikan Marudi melalui tarikan kebudayaan dan tarian tradisional mereka sempena dengan Regata Baram 2014 yang diadakan serentak dengan perayaan sambutan Jubli Emas Sarawak dan Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Bagi memastikan hasrat tersebut tercapai, maka penduduk di Marudi dan di Baram amnya harus mengekalkan perpaduan dan persefahaman antara kaum yang terdiri daripada pelbagai entik, agar anda semua boleh bekerjasama dan saling membantu ke arah menjayakan usaha kita untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke sini," katanya.

Entri memberitahu demikian ketika berucap pada majlis perasmian Malam Kebudayaan 1Malaysia, Marudi yang diadakan di Dewan Suarah Baram di sini, malam kelmarin.

Program itu dianjurkan oleh Bahagian Pemuda Persatuan-persatuan Cina Bersekutu Baram yang turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Marudi Mackos Sibong, Setiausaha Majlis Daerah Marudi Patrick Linggi Taboh, Pegawai Penerangan Daerah Marudi Joseph James serta ketua-ketua masyarakat di sini dan pengerusi persatuan, Tiong Chang Hua.

Sementara itu, Entri dalam ucapannya menyatakan sokongan yang amat tinggi terhadap usaha Pemuda persatuan itu dan mencadangkan  agar kumpulan tersebut yang terdiri daripada pelbagai kaum akan menubuhkan Kelab Kebudayaan Belia 1Malaysia di Marudi.

Beliau amat berterima kasih kepada pengerusi penganjur, Sim Boon Seng yang telah memberikan idea, menganjurkan program seumpama itu.

Katanya, melalui pertubuhan yang sah dan berdaftar, maka mudah bagi kerajaan menghulurkan bantuan kewangan untuk mereka agar mengadakan pelbagai aktiviti ke arah mempromosikan kebudayaan pelbagai kaum melalui tarian seperti mana yang dihasratkan oleh beliau.

"Ini kerana di Marudi dan di Baram amnya, terdapat banyak suku kaum dan mempunyai pelbagai jenis tarian dan nyanyian tradisi, sama ada kaum Iban, Cina, Melayu ataupun Orang Ulu yang merangkumi etnik Kayan, Kenyah, Kelabit, Berawan, Kiput dan sebagainya.

"Oleh yang demikian, ia perlu dikekalkan dan dipromosikan serta diperkenalkan kepada orang luar. Pada masa yang sama anda perlu ada usaha mengekalkannya dengan menurunkannya kepada generasi muda untuk dipelajari agar tidak hilang ditelan zaman dan dapat terus diwarisi oleh mereka," ujar beliau.

Pada majlis tersebut, Entri turut mengumumkan peruntukan kerajaan negeri berjumlah RM10,000 kepada Pergerakan Pemuda Persatuan-persatuan Cina Bersekutu Baram.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads