Sabtu, 28 Disember 2013

11 di daro sarawak - Google Blog Search

11 di daro sarawak - Google Blog Search


Cuaca buruk punca gangguan bekalan elektrik <b>di</b> pekan <b>Daro</b> <b>...</b>

Posted: 22 Dec 2013 08:39 AM PST

KUCHING: Cuaca buruk dan angin kencang menyebabkan berlakunya gangguan bekalan elektrik di pekan Daro sejak awal pagi semalam.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Sarawak Energy Berhad (SEB), disebabkan cuaca buruk itu beberapa tiang elektrik patah sehingga menjejaskan kabel elektrik 33kV.

"Sarawak Energy dengan kesal memaklumkan bahawa cuaca buruk dan angin kencang menyebabkan berlakunya gangguan bekalan elektrik di pekan Daro sejak awal pagi ini (semalam) kerana terdapat beberapa tiang elektrik patah yang menjejaskan kabel berkuasa 33kV," jelas SEB.

Pasukan penyelenggara SEB bekerja keras menggantikan tiang elektrik yang patah dan menyambung semula bekalan elektrik secepat mungkin.

"Jika keadaan cuaca mengizinkan, diharap bekalan elektrik dapat dipulihkan petang ini (semalam).

"Sarawak Energy amat berterima kasih kepada penduduk Daro atas kesabaran dan memahami situasi ini.

"Diharap masalah ganguan bekalan elektrik ini dapat diselesai segera," tambah SEB.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads