Selasa, 5 November 2013

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Keadaan pejualan tiket <b>di</b> Stadium <b>Negeri</b> sesak teruk | <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 24 Oct 2013 01:28 AM PDT

Keadaan di Stadium Negeri pagi tadi semasa penjualan tiket perlawanan Piala Malaysia terlalu teruk, sehinggakan ada peminat menyatakan ianya ibarat satu babak di dalam cerita 'Zombie'.

Ribuan peminat yang berbaris sejak jam enam pagi akhirnya terpaksa meninggalkan barisan mereka dan bertarung dengan ramai yang lain apabila barisan yang dibina cantik sejak berjam-jam hilang begitu saja apabila kaunter tiket dibuka pada jam 10 pagi.

Malahan, anggota keselematan yang berada di kawasan membeli tiket juga hanya memerhatikan sahaja semua kejadian tersebut berlaku, sekaligus membuat kejadian bertambah buruk.

Seorang peminat yang ingin dikenali sebagai Dollah menyatakan beliau amat kecewa dengan keadaan tidak terkawal di kaunter pembelian tiket yang mana menyaksikan orang ramai berpusu-pusu untuk membeli tiket tanpa kawalan atau barisan. Tambah beliau, kejadian berlaku apabila wujud ramai peminat yang bertindak memotong barisan yang sedia ada bagi mendapatkan tiket perlawanan, sambil beliau melahirkan kekecewaan terhadap anggota keselamatan yang tidak endah akan tindakan individu ini.

Seorang peminat bernama Joseph yang berjaya mendapatkan tiket pula menyatakan beliau terpaksa memanjat ke atas kaunter tiket kerana tidak dapat berpatah balik akibat kesesakan melampau di depan kaunter. Beliau turut melahirkan perasaan kecewa terhadap pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yang beliau anggap gagal merancang secara teliti proses penjualan tiket yang dibuat pada hari ini.

Dikhabarkan bahawa 10,000 tiket telah habis dijual pagi tadi, dengan tidak kuran 10 peminat pengsan akibat kesesakan mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir Piala Malaysia di antara Sarawak dan Pahang.

Comments

comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads