Khamis, 14 November 2013

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Masalah berkaitan tanah, pembinaan pusat e-Waste <b>di Sibu</b> masih <b>...</b>

Posted: 08 Nov 2013 04:57 PM PST

Posted on November 9, 2013, Saturday

SIBU: Pembinaan pusat pengumpulan bahan buangan elektronik (e-Waste) yang pertama di sini tertangguh buat sementara waktu berikutan masalah tanah.

Menurut Setiausaha Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Hii Chang Kee, perihal berkaitan tanah di Jalan Ling Kai Cheng di mana pusat itu dicadang dibina masih belum selesai.

"Kita masih belum selesai dengan isu tanah kerana tanah tersebut masih bersama dengan pihak pemaju.

"Saya percaya setelah semua ini selesai, perkara seterusnya yang akan kita lakukan ialah mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar berhubung reka bentuk, lokasi dan sebagainya," ujar Hii.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini projek pusat pengumpulan bahan buangan elektronik yang ingin dimajukan oleh Persatuan Jualan dan Perkhidmatan Komputer Sarawak (CSSA) Cawangan Sibu.

Ditanya sama ada tanah tersebut milik persendirian, Hii berkata, ia adalah tanah persendirian yang sepatutnya diserahkan kepada kerajaan sebagai kawasan terbuka.

"Namun sehingga kini, prosedur tersebut masih belum selesai," katanya sambil menambah pilihan lain yang ada adalah mencari lokasi alternatif untuk menjayakan projek terbabit.

Hii juga memberitahu, dua kempen kitar semula bahan buangan elektronik sebelum ini banyak membantu orang ramai bagi melupuskan komputer, pencetak dan barangan elektronik lain yang tidak lagi digunakan.

Kempen seterusnya, ujar beliau, akan dijalankan dari 11 hingga 17 November ini, sempena dengan Ekspo ICT anjuran CSSA Sibu di Pusat Pemeran dan Perdagangan Sibu (STEC).

Projek pembinaan pusat pengumpulan bahan buangan elektronik ini dianggarkan menelan kos RM800,000 dengan kos pembinaan ditanggung oleh CSSA.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads