Ahad, 3 November 2013

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


110 atlet istimewa bersaing pada temasya Sukan Olimpik Khas <b>di Miri</b>

Posted: 31 Oct 2013 11:00 AM PDT

Posted on November 1, 2013, Friday

MIRI: Bandar raya Miri menjadi tuan rumah kejo­hanan Sukan Olimpik Khas yang bermula hari ini (1 No­vember) selama tiga hari.

Seramai 110 atlet istimewa dari Miri, Kuching, Sibu , Bintulu dan Limbang berkampung di sini untuk menjayakan temasya sukan kali ketiga ini.

Pengerusi penganjur, Liza Chai memberitahu atlet ter­libat dalam lima acara sukan iaitu bola sepak di Padang Pusat Belia, boling di Meg­alanes East Centre Bintang Megamall, padang dan bala­pan di Stadium Miri, renang di kolam renang awam Miri dan Bocce di pekarangan Bulan Sabit Merah Cabang Miri.

Semua acara kecuali renang akan diadakan pada hari Sabtu bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Renang di­adakan pada pagi Sabtu.

Liza yang juga merupa­kan Pengerusi Olimpik Khas Sarawak Cabang Miri menyeru ibu bapa dan pen­duduk Miri hadir bera­mai-ramai memberi sokon­gan kepada atlet-atlet yang bertanding.

"Aktiviti ini baik untuk orang awam untuk membole­hkan mereka tahu bagaimana kita dan apa yang kita boleh capai bersama atlet ini, men­unjukkan kepada orang awam bahawa anak-anak istimewa mereka boleh bersukan se­bagaimana orang lain.

"Kita amat memerlukan sokongan orang awam dan ibu bapa menyaksikan keu­payaan atlet-atlet istimewa ini bertanding, " katanya di sini semalam.

Beliau menambah, aktiviti lain yang turut dianjurkan ialah Program Olahraga Sihat di mana sepasukan terdiri daripada 90 kakitangan pe­rubatan dari Sabah, Kuala Lumpur dan Sibu datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan terhadap atlet dan kanak-kanak istimewa.

Presiden Olimpik Khas Sarawak yang juga Menteri Kebajikan, Wanita dan Pem­bangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah akan merasmikan penutupan pada Ahad ini.

Atlet yang terpilih dari temasya ini akan mewak­ili Sarawak ke kejohanan peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur pada tahun hadapan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads