Khamis, 3 Oktober 2013

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


26 kes dicatat dalam operasi <b>di Sri Aman</b>, Betong: Wan Ahmad Uzir <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2013 10:53 AM PDT

Posted on September 29, 2013, Sunday

SRI AMAN: Sebanyak 26 kes dicatat menerusi Operasi Bersama yang dilancarkan pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sarawak di Bahagian Sri Aman dan Betong pada 24 dan 25 September lalu.

Pengarahnya, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata daripada jumlah itu 25 kes adalah melibatkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 (14 ), Akta Timbang Dan Sukat 1972 (5) serta Akta Perihal Dagangan 2011 (6).

Sementara itu, satu lagi kes adalah kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan operasi bersama anggota tentera dan polis menghalang sindiket yang cuba membawa sembilan tong gas dan empat tong dram minyak ke Nanga Badau, Indonesia.

Menurutnya, nilai rampasan bagi Operasi Bersama itu berjumlah RM8,218. "Daripada jumlah itu, RM4,964 adalah nilai rampasan bagi 25 kes pertama dan RM3,254 pula adalah nilai rampasan bagi kes Akta Kawalan Bekalan tersebut," katanya

pada sidang media di bilik mesyuarat PPDNKK Sri Aman, di sini semalam.

Seramai 34 orang pegawai penguat kuasa dari pejabat PPDNKK Cawangan Kuching, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri, Limbang dan Sri Aman terbabit dalam Operasi Bersama yang diadakan selama dua hari itu.

Hari pertama operasi itu diadakan di bandar Sri Aman, Lingga, Lachau, Pantu, Sungai Tenggang, Lubok Antu, Engkilili dan Batu Lintang manakala operasi hari kedua pula di Roban, Gerigat, Kabong, Saratok, Debak, Spaoh, Meludam, Beladin, Pusa dan Betong.

Wan Ahmad Uzir juga mendedahkan sebanyak 555 kes yang melanggar 10 akta di bawah KPDNKK dicatat berlaku di Sarawak dalam tempoh sembilan bulan tahun ini dengan nilai rampasan mencecah RM3,479,071.

Sementara itu, katanya, RM2,936,108 daripada jumlah nilai rampasan itu adalah kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan majoritinya terdiri kes ketirisan atau penyeludupan minyak diesel.

"Kes tertinggi dicatatkan berlaku di bandar besar seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri," katanya.

Wan Ahmad Uzir juga memberitahu sebanyak 15 buah stesen minyak di negeri ini disenarai hitam oleh PPDNKK kerana kesalahan melanggar Akta Kawalan Bekalan tersebut.

Turut hadir Ketua PPDNKK Cawangan Sri Aman, Wan Roslan Esmanto Wan Johari dan para pegawai dari PPDNKK Sarawak.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads