Sabtu, 19 Oktober 2013

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Bandar Baharu <b>Limbang</b> bakal jadi &#39;Putrajaya Mini&#39; – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2013 02:44 PM PDT

by Mastura Ismail. Posted on September 30, 2013, Monday

LIMBANG: Bandar Baharu Limbang (BBL) yang menjadi mercu tanda pembangunan lebih 50,000 penduduk di sini bakal berubah menjadi 'Putrajaya Mini ' apabila kawasan tersebut dibangunkan sebagai pusat pentadbiran utama dan pembangunan bandar.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerajaan merancang membangunkan BBL dengan menempatkan kompleks pejabat kerajaan, kediaman, perumahan dan prasarana lain.

Pada masa ini, kawasan tersebut dibangunkan secara berperingkat-peringkat dengan menempatkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu serta pembinaan masjid bahagian yang baharu.

"Kita mahu BBL dibangun menjadi pusat pentadbiran, Putrajaya Mini.

"Kita telah merancang membina kompleks pejabat, pembangunan bandar, kediaman, perumahan dan semua ini sudah dirancang," katanya ketika merasmikan Pesta Malam Merdeka Ria Pesta Limbang 2013 di sini malam kelmarin.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, isteri Awang Tengah Datuk Morliah Datuk Awang Daud, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang Maria Hasman dan jemputan lain.

Menyentuh mengenai pembangunan di kawasan bandar terutama apabila jambatan menyeberangi Sungai Limbang dibina, beliau mencadangkan kepada kerajaan agar dermaga kapal ditempatkan di kawasan kuala Limbang.

"Apabila membina jambatan Sungai Limbang nanti, dermaga untuk kapal berlabuh harus dibina jauh menuju Kuala Limbang bagi mengurangkan kesesakan dan perjalanan trafik di sungai," katanya.

Beliau berkata selain BBL, pembangunan di kawasan luar bandar tetap diberi keutamaan dengan perancangan rapi untuk membina akses jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air secara berterusan.

"Dengan adanya prasarana asas ini, industri berasaskan pertanian dapat dikembangkan termasuk memberi peluang kepada penduduk membangunkan tanah adat mereka secara komersil.

"Semua ini akan meningkatkan pelbagai aktiviti ekonomi di daerah ini yang mempunyai kekuatan dari segi ekopelancongan dan produk-produk unik yang tidak ada di tempat lain," ujarnya.

Sementara itu, Awang Tengah mahu rakyat menolak politik sempit berasaskan perkauman dan agama kerana ia boleh menjejaskan keharmonian, kesatuan dan keselamatan selain menjejaskan pembangunan dirancang kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Hari ini, dengan kemajuan teknologi tanpa sempadan, kepesatan media massa, pelbagai ideologi yang dahulu asing, kini menyusur dalam masyarakat.

"Jika kita tidak berwaspada ia boleh merosakkan pemikiran kita, akhirnya dengan isu yang remeh-temeh, berbaur perkauman, agama akan menjadi masalah bagi kita," tambahnya.

Awang Tengah menjelaskan, perbezaan kaum dan agama tidak pernah menjadi masalah bagi masyarakat yang hidup dalam kepelbagaian namun kewujudan beberapa pihak inilah yang cuba merosakkan perpaduan rakyat.

"Apabila terjebak dengan perangkap sedemikian kita berpecah, kesatuan dan perpaduan sudah menghadapi cabaran dan kita mempunyai perasaan syak wasangka antara satu dengan lain.

"Keadaan ini menyebabkan kita tidak lagi hidup harmoni, keselamatan terjejas maka usaha untuk membawa pembangunan juga turut tergugat," katanya.

Beliau memberitahu bahawa kepelbagaian keturunan, budaya, adat resam, bahasa dan agama berbeza merupakan aset yang memberi kekuatan kepada rakyat di negeri ini selama ini.

"Perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain, kerjasama yang begitu kukuh merupakan tunjang utama dalam usaha kita melihat masyarakat yang pelbagai ini dapat hidup dalam keadaan aman, harmoni dan stabil.

"Dengan itu kita dapat menumpu segala usaha dan tenaga untuk memperkasa usaha membawa transformasi dan pembangunan," ujarnya.

Awang Tengah berkata, rakyat perlu mempertahan kestabilan yang ada untuk memastikan masa depan dan negara adalah cerah dan maju.

Katanya pelbagai perubahan besar disaksikan rakyat sejak 50 tahun merdeka dengan terbentuknya Malaysia, bukan sahaja daripada aspek fizikal tetapi meliputi semua aspek dari segi ekonomi, sosial, pendidikan.

"Perjuangan ini tidak akan terhenti di sini, tetapi akan diteruskan asalkan rakyat dapat mengekalkan kerjasama,  persepakatan dan perpaduan," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads