Khamis, 31 Oktober 2013

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Blog Poyographer: INSTAGRAM: Jalan-Jalan <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 10 Sep 2013 12:31 AM PDT

Assalamualaikum kaki sekodeng kaki melungak kaki busy body ehekk.. Jangan marah gurau jer. Tetiba hari ni nak kecek standard BM plak. Maafkan saya di atas entry-entry bahasa in-ter-na-sio-nal iaitu bahasa Jerman darul Kenyalang baru-baru ini ehekk.. Semua gambar-gambar adalah 'petikan' dari koleksi instagram saya. Gambar adalah dirakam menggunakan iPhone 4. Entry ini ditujukan kepada mereka-mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke Kuching, Sarawak. Ceritanya simple, kami beli tiket on the spot, and then terus gi Kuching tanpa ada sebarang perancangan. Pergi naik MAS, balik naik Malindo Air. Saya dah tawar hati dengan Air Asia. Malindo, uols  memang best!
Sapa yang selalu mengikuti perkembangan Instagram saya yang upload gambar selaju 150km/j 24/7 pasti akan tau kegilaan saya. Mi kolok! Yezzaaaa! Sampai-sampai airport jam 12.30 tengah malam buta kitaorang terus pergi ke gerai-gerai makan yang terletak di Jalan Astana. Apalagi kalau bukan mi kolok! Orang Sarawak kata "nang nyaman sia" (memang sedap kat situ). Selepas melampiaskan nafsu perut, kami bertolak dan bermalam di rumah kawan iaitu rumah sahabat blogger terkenal dan pemos-amos Su Ijam (macamkenal.blogspot.com) dan juga rakan-rakan zaman ITM Semariang dahulu.
Keesokan harinya, memandangkan kebetulan musim hujan, maka kami disekolahkan dengan lawatan ala-ala pra-sekolah dengan melawat Muzium Sarawak dan Muzium Kucing di Petra Jaya. Bagi saya, pihak Muzium perlu mempertingkatkan lagi kualiti bahan pameran serta cara persembahan pameran. Dipendekkan cerita, pihak Muzium sendiri pernah mengutarakan isu ini kepada menteri yang berkenaan tetapi akibat kekangan kos, idea muzium untuk menjadikan muzium-muzium utama seluruh Malaysia seperti ala-ala Muzium di Taiwan dan Korea terpaksa ditangguhkan. InsyaAllah suatu hari nanti, muzium negara kita akan canggih-manggih.. Tungguuuu...
Kalau berkunjung ke Kuching, berikut adalah beberapa tempat menarik yang perlu korang lawati.
1. Kampung Budaya Sarawak - Ada rumah-rumah pelbagai kaum dan pertunjukkan kebudayaan Sarawak. (30-40 minit dari pusat bandar)
2. Damai Sentral - Kawasan riadah pantai yang cantik dan bersih dengan kemudahan ala-ala R&R gitu. (sebelah Kampung Budaya sahaja)
3. Muzium Kucing - Patung-patung, artifak dan gambar-gambar kucing dari seluruh dunia dan bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara yang tersergam indah di atas bukit di Semariang, Petra Jaya (20 minit dari pusat bandar)
dan banyak lagi tempat-tempat yang menarik di Kuching korang boleh tambah sendiri ehekk..
Di Kuching juga terdapat tempat-tempat menarik untuk menikmati makanan Sarawak. Menjejakkan kaki di Kuching tak sah kalau tak makan mi kolok atau mi sapi. Antara mi kolok yang terkenal ialah Mi Kolok Haji Salleh di Restoran Sepinang Sari di Jalan Satok, Kuching. Mi jawa special di Cafe Syn Wah Hui yang terletak bersebelahan Hotel Harbour View  di Tebingan Kuching. Jangan salah sangka, adalah pemandangan biasa sesetengah cafe-cafe kaum cina menyediakan stall makanan halal yang diusahakan oleh orang Melayu. Mi Jawa special tadi antara Mi Jawa yang legend di Kuching. Mi Belacan di Ida's Corner di Kampung No.5, pelbagai makanan Sarawak seperti sayur midin, manok pansuh, bubur pedas di Barok, Kampung Gersik (berdekatan dengan Kek Lapis Dayang Salhah / Mira Kek House) dan medan selera terbesar di Kuching iaitu di Kubah Ria.
Jika korang ada masa, cuba berkunjung pula ke bandar Serian mandi-manda di Air Terjun Ranchan, lebih kurang 40 minit perjalanan dari Kuching atau 40 minit - 1 jam ke Lundu untuk ke Pantai Siar atau air terjunnya. Dari Lundu boleh pula singgah di Sematan, pekan kecil penghujung negeri Sarawak (kalau dalam peta, yang belah hujung ekor peta negeri Sarawak). 
Kesimpulan: Bercuti-cuti ke Kuching, Sarawak bolehlah dikatakan sangat menarik jikalau anda adalah seorang yang cintakan alam semulajadi dan kaki gambar. Jika korang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa yang berpatutan dari harga pasaran, bolehlah menghubungi sahabat-sahabat saya melalui telefon atau Whatsapp iaitu Max (atau encik Habibi) 019-8669971 atau Dedek (encik Khalik Faizal) 014-8763717. Nak diskaun? Sebut saja nama encik Onggon aka "Kayrol Sarawak" kikikiki...






Awas! Video ini mengandungi unsur-unsur18sx ehekk..

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads