Isnin, 16 September 2013

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


SESCo ada waran periksa meter elektrik premis <b>di Sibu</b> <b>...</b>

Posted: 04 Sep 2013 04:26 PM PDT

Posted on September 5, 2013, Thursday

POTONG MANGGA: Pihak SESCo terpaksa memotong mangga bagi membolehkan mereka memasuki premis untuk memeriksa meter sambil disaksikan oleh pihak polis.

KUCHING: Syarikat SESCo Sdn Bhd (SESCo) telah diberikan waran mencari oleh Majistret Sibu untuk memeriksa meter elektrik tiga premis sebuah syarikat di sini minggu lepas, berdasarkan bukti kukuh bahawa ia telah diganggu.

Menurut SESCo, syarikat tersebut telah mengabai dan menolak untuk bekerjasama bagi membolehkan pasukan pemeriksa SESCo memasuki premis terbabit bagi pemeriksaan meter.

Ketiga-tiga premis syarikat yang terletak di Jalan Teku Barat, Jalan Rumbia dan Jalan Teng Kung Suk mendapat waran untuk diperiksa oleh pihak SESCo.

Operasi itu turut disertai oleh beberapa pegawai polis tempatan, inspektor dari Unit Inspektorat Elektrik (EIU) dari Kementerian Kemudahan Awam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), Yap Hoi Liong.

Yap hadir di premis syarikat di Jalan Teku Barat bagi mengesahkan waran mencari tersebut.

Pada mulanya, para pekerja premis memaklumkan pasukan pemeriksaan meter SESCo bahawa mereka tidak memegang kunci premis tersebut kerana ia disimpan oleh pemiliknya yang tidak ada di kilang.

Selepas menunjukkan waran, Yap menasihatkan pemilik syarikat itu untuk memberi kerjasama kepada pihak SESCo memandangkan mereka mempunyai hak untuk memeriksa premis terbabit.

SESCo kemudiannya memeriksa meter di tempat berkenaan dan mendapati penutup meter hadapan telah diganggu.

Meter yang lama telah diganti dan dihantar ke makmal meter untuk siasatan lanjut.

SESCo juga memeriksa meter di kilang pengeluar arak syarikat terbabit yang terletak di Jalan Rumbia.

Apabila tiba di kilang di Jalan Rumbia, SESCo dan pihak polis memanggil pengendali syarikat itu beberapa kali bagaimanapun tidak diendahkannya.

Dengan waran mencari terbabit, pihak SESCo bertindak memotong mangga pintu dan tangga kilang sambil disaksikan oleh pihak polis dan inspektor dari EIU.

Hasil serbuan itu, pihak SESCo mendapati bacaan pada meter tidak dipaparkan dan terdapat tanda-tanda bahagian terbabit telah dirosakkan.

Manakala, sebuah lagi premis syarikat yang terletak di Jalan Teng Kung Suk turut mengalami keadaan yang sama di mana meternya turut diganggu.

Semua meter telah digantikan kepada meter yang baharu dan meter lama telah dihantar ke makmal meter untuk dianalisis.

SESCo juga membuat laporan polis berhubung ketiga-tiga kes untuk siasatan lanjut.

Jurucakap SESCo berkata, syarikat itu tidak teragak-agak untuk memohon waran untuk mencari pelanggan yang sangat disyaki yang menghalang SESCo menjalankan pemeriksaan meter.

Halangan terhadap operasi pemeriksaan meter SESCo adalah suatu kesalahan di bawah Ordinan Elektrik, yang membawa hukuman sehingga RM5,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.

SESCo turut menghargai komen Yap dalam akhbar baru-baru ini mengatakan beliau tidak menyokong aktiviti kecurian elektrik dan mengingatkan orang awam bahawa mencuri elektrik adalah satu jenayah berbahaya.

Beliau juga memberitahu akan sentiasa bekerjasama dengan pihak polis dan kementerian dalam memerangi kes jenayah kecurian elektrik di negeri ini.

Orang awam boleh memberikan maklumat kecurian elektrik kepada pihak SESCo menerusi talian 082-443535 dan segala maklumat adalah sulit.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads