Khamis, 19 September 2013

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


Haidel ingin lihat wakil Liga <b>Samarahan</b>- Naim bersaing <b>di</b> final Liga <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2013 09:23 AM PDT

Posted on August 26, 2013, Monday

KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Samarahan (PBBS) Haidel Heli mahu melihat wakil dari Liga Samarahan- Naim 2013 bersaing pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang akan berlangsung dari 28 September hingga 6 Oktober depan di Bintulu.

Katanya, Sanjung Etika dan Sambir Bistari berada dalam prestasi kemuncak setelah muncul juara dan naib juara liga yang berakhir bulan lepas.

"Besar harapan saya untuk melihat salah satu dari pasukan yang bersaing dalam Liga Samarahan-Naim bermain pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara nanti.

"Saya tahu cabaran yang dihadapi sangat berat kerana lawan lain adalah hebat-hebat belaka.

Namun, saya percaya kedua-dua pasukan tersebut mempunyai kelebihan serta perancangan tersendiri untuk muncul juara," katanya di sini semalam.

Dalam perkembangan lain, Haidel yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bercadang agar satu perlawanan bola sepak melibat Kuching dan Samarahan diadakan sebelum kempen Piala Sarawak 2014 bermula.

Beliau juga mencadangkan agar perlawanan tersebut diadakan pada waktu malam di Stadium Negeri sebagai sepak mula kejohanan berprestij tersebut.

"Saya akan berbincang dengan FAS mengenai usul ini dan berharap ia dapat dilaksanakan bagi memeriahkan kejohanan Piala Sarawak," katanya.

Sebanyak 12 pasukan yang bakal berentap pada Liga Juara-Juara 2013 adalah Sanjung Etika, Sambir Bistari (Samarahan), SEG FC, Persela FC (Kuching), SAZA United, Nafas (Mukah), AY17, JKR Sri Aman (Sri Aman), 30 Junction, EG Galaxy (Betong) Rezadi FC dan AZ United (Sarikei).

Johan baka l me r a i h RM30,000 berserta piala iringan dan pusingan manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM20,000 dan RM10,000.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads