Selasa, 10 September 2013

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Polis banteras judi atas talian <b>di Limbang</b> – BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 15 Jul 2013 05:07 PM PDT

by Mastura Ismail. Posted on July 16, 2013, Tuesday

BUKHORI

17 pelanggan termasuk empat wanita dicekup ketika asyik bermain judi atas talian

LIMBANG: Keasyikan 17 pelanggan termasuk empat wanita bermain judi atas talian tidak berpanjangan, apabila dicekup sepasukan polis dalam serbuan Ops Dadu Mesin Judi di empat lokasi berasingan di sini pagi kelmarin (Ahad).

Dalam serbuan yang dijalankan pada jam 9.10 pagi itu, polis turut merampas 30 set komputer yang dipercayai mengandungi perisian judi atas talian serta wang tunai berjumlah RM1,878.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai menjelaskan bahawa operasi dijalankan bersama sepasukan polis melibatkan dua pegawai dan 13 anggota daripada Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Ibu Pejabat Polis (IPD) Limbang.

"Hasil serbuan yang dijalankan polis menahan empat wanita dan 13 lelaki yang dipercayai penjaga premis dan pelanggan premis terbabit.

"Turut dirampas ialah 30 set komputer yang digunakan untuk tujuan perjudian komputer dan wang tunai RM1,878," katanya di sini semalam.

Mohd Bukhori berkata, kesemua tahanan dan barang rampasan dibawa ke IPD Limbang untuk siasatan lanjut.

Katanya serbuan pertama dilakukan di empat premis di Bangunan Bangkita dengan menahan seorang wanita dan dua lelaki.

Dalam serbuan itu, polis merampas sembilan set komputer dan wang tunai RM515.

"Dalam serbuan yang dijalankan di Jalan Wong Tsap En, kami menahan dua wanita dan lima lelaki serta merampas tujuh set komputer dan wang RM672," ujarnya.

Serbuan turut dilakukan di Jalan Bank, di sini dengan menahan lima lelaki serta lima set komputer dan wang RM533.

"Manakala dalam operasi di tingkat 1, Bangunan Bangkita pula seorang wanita dan dua lelaki ditahan dan polis berjaya merampas sembilan set komputer dan wang RM158," katanya.

Mohd Bukhori berkata, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 4B Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Ops Cantas: Polis tahan 19 individu <b>di Limbang</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 04 Sep 2013 04:29 PM PDT

Posted on September 5, 2013, Thursday

MOHD BUKHORI

LIMBANG: Polis menahan 19 individu terdiri daripada 14 lelaki dan lima wanita dalam Ops Cantas Khas di daerah ini sejak 17 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, kesemua tangkapan itu melibatkan pelbagai kesalahan untuk tujuan dokumentasi.

Jelasnya, selepas proses dokumentasi, kesemua individu terbabit dibebaskan.

Katanya lagi, lebih 70 pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang menyertai operasi tersebut sejak dilancarkan di seluruh negara 17 Ogos lepas.

Beliau menambah, jumlah tersebut membabitkan 12 pegawai kanan polis dan lebih 60 anggota lain dalam operasi pencegahan jenayah di daerah ini.

Operasi itu turut melibatkan sekatan jalan raya, rondaan, pemeriksaan premis perniagaan dan kediaman.

"Ini merupakan usaha berterusan Jabatan Siasatan Jenayah dengan bantuan para pegawai dan anggota dari cawangan lain yang terlibat dalam pencegahan jenayah.

"Kita semua perlu terus bekerjasama dan menggembleng usaha untuk membendung jenayah," katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd Bukhori berkata, tindakan pencegahan jenayah adalah yang aspek penting dan tanggungjawab itu harus dipikul bersama oleh masyarakat, bukannya diletakkan sepenuhnya di bahu pihak polis.

Sementara itu, beliau memberitahu polis menahan tiga individu iaitu dua lelaki dan seorang wanita untuk membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang lelaki Cina di sebuah kebun berhampiran kawasan Bukit Timpas pada hujung Ogos lepas.

Terbaharu, katanya, tiga suspek lelaki berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

"Kita berjaya menemui petunjuk-petunjuk baharu termasuk penahanan tiga suspek lelaki tersebut dalam usaha membantu siasatan terhadap kes pembunuhan berkenaan," jelasnya.

Pada 23 Ogos lepas, mangsa Ho Koh Liong, 39, ditemui mati dengan kesan kecederaan dipercayai ditikam dengan senjata tajam sedalam dua inci pada bahagian tengkorak.

Siasatan awal sebelum ini mendapati mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum ditinggalkan di kawasan berkenaan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads