Rabu, 28 Ogos 2013

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Melanau <b>Sarawak</b>: Bantuan atau sumbangan diperlukan oleh <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2013 01:43 AM PDT

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. sekali lagi tragedi kebakaran berlaku di perkampungan melayu-melanau di Sibu.  Kali ini memusnahkan hampir 100 lebih buah rumah dan menyebabkan 600 orang kehilangan tempat tinggal. kampung Dato/Hilir merupakan kampung yang paling hampir dengan pusat bandar selepas lenyapnya Kampung Nyabor akibat arus pembangunan Bandar Sibu.

Kampung Dato dan kampung Hilir didiami oleh majoriti kaum Bumiputera Melayu-Melanau menjadi lambang kekuatan masyarakat Bumiputera Islam Sarawak. Kalau di Kuala Lumpur terkenal dengan Kampung Baru Kuala Lumpur, di Sibu Sarawak Kampung Dato/Hilir adalah aset terpenting Bumiputera.

Terima kasih diucapkan kepada pihak kerajaan Persekutuan dan Negeri  MP Petrajaya Y.B Fadillah Yusuf (Menteri Kerjaraya Malaysia),Y.B Datuk Fatimah Abdullah dan Y.B Dr Annuar Rapaee(Adun Nangka) kerana membuka bilik bantuan bagi membantu mangsa terlibat.

Sumbangan berbentuk barangan keperluan boleh disalurkan ke alamat berikut:-

Pusat Khidmat Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya (YB Datuk Hj Fadillah Hj Yusof) di Tingkat 1,Bangunan Korpekasa,Jalan Astana,Petra Jaya Kuching @ call 082-444390 

Pusat Khidmat DUN N49 Nangka Sibu,Sarawak

kita mendoakan yang terbaik untuk mereka..Amin.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads