Rabu, 14 Ogos 2013

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Putrajaya akan hantar pasukan khas siasat kebakaran <b>di Sibu</b> <b>...</b>

Posted: 27 Jul 2013 09:46 AM PDT

Posted on July 28, 2013, Sunday

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar pasukan khas dari ibu pejabatnya di Putrajaya untuk menyiasat kebakaran yang sering berlaku di Sibu sejak kebelakangan ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, kejadian kebakaran yang berlaku tidak akan dibiarkan oleh Putrajaya dan jabatan akan mencari punca masalah dengan mengumpul data, pendapat dan pandangan.

"Kita akan melakukan siasatan terperinci. Apa yang penting ialah kita harus mengetahui kenapa kebakaran di sana sering berlaku," katanya kepada media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan JBPM di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan malam kelmarin.

Sibu baru-baru ini dilanda empat insiden kebakaran dalam tempoh sebulan bermula dengan kebakaran besar yang memusnahkan lebih 60 rumah di Kampung Datu dan Kampung Hilir pada 19 Jun.

Diikuti pada 15 Julai, 16 rumah kedai musnah dan pada awal hari berikutnya, sederet rumah kayu di Jalan Tiong Hua ranap.

Insiden keempat pada 18 Julai, aras dua rumah kedai dua tingkat di Jalan Channel musnah dalam kebakaran, hanya 100 meter daripada lokasi kebakaran kedua.

Sementara itu, Pengarah Bomba Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata, hampir semua kebakaran bangunan yang dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini di Sarawak berpunca daripada pendawaian.

Beliau berkata, daripada 241 kes membabitkan kebakaran bangunan, 97 disebabkan litar pintas dan 20 lagi disebabkan penggunaan melebihi had.

Beliau menjelaskan, litar pintas berlaku kerana penyambungan wayar secara tidak sah atau menggaji kontraktor tidak berkelayakan untuk menjalankan kerja pemasangan kabel.

Jumlah kes yang dilaporkan kepada pihak jabatan dari Januari hingga Jun tahun ini adalah 968, peningkatan sebanyak 5.7 peratus berbanding tempoh sama 2012, katanya.

Bagi sambutan Hari Raya akan datang, Wan Mohd Nor berkata, jabatan akan mengekalkan tenaga kerja 70 peratus dalam keadaan bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan kemalangan.

Beliau berkata, lazimnya pada musim perayaan, kemungkinan kebakaran meningkat sekitar 10 peratus daripada waktu biasa dan menasihati orang ramai agar berusaha mengelak insiden tidak diingini.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads