Jumaat, 2 Ogos 2013

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


HIKMAH buka satu cawangan baharu <b>di</b> Kota <b>Samarahan</b> <b>...</b>

Posted: 29 Jul 2013 03:57 PM PDT

Posted on July 30, 2013, Tuesday

KOTA SAMARAHAN: Harakah Islamiah (HIKMAH) kini membuka satu lagi cawangan baharu di Kota Samarahan bagi melancarkan usaha menyampaikan dakwah di kalangan masyarakat Islam khasnya saudara baharu di kawasan pedalaman di bahagian itu.

Yang Dipertua HIKMAH Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain berkata, dengan pembukaan cawangan baharu itu, ia memudahkan kerja-kerja menyampaikan dakwah dan usaha membantu golongan yang memerlukkan di situ.

"Saya berharap ahli HIKMAH di sini akan bergerak dengan lebih aktif lagi dalam usaha menyebarkan dakwah di kalangan masyarakat di sini khasnya membimbing saudara baharu di sini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Doa Selamat dan Perasmian Pejabat HIKMAH Cawangan Samarahan di sini kelmarin.

Pada masa yang sama Aziz berkata, dengan adanya pejabat baharu itu kelak, kakitangan HIKMAH dapat merangka lebih banyak program keagamaan di situ.

"Malah, ahli HIKMAH boleh menjalankan kelas saudara baharu di sini," tambahnya.

Selain itu, beliau mengajak pelajar-pelajar daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Samarahan bersama-sama menganjurkan program kemasyarakatan.

"Pejabat ini juga dapat dijadikan tempat untuk berhimpun bagi ahli-ahli HIKMAH di setiap ranting di bawah cawangan Samarahan ini.

"Dengan itu, kita dapat memastikan setiap ranting di kawasan ini bergiat aktif dalam menyampaikan dakwah dan merangka program untuk masyarakat setempat," katanya.

Justeru, beliau berharap HIKMAH Samarahan memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan itu bagi menyebarkan dakwah Islamiah di kalangan masyarakat Islam di situ.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Hikmah Alwi Morshidi, Pegawai Daerah Samarahan Mohd Ainnie Wahab, Pengerusi HIKMAH Cawangan Samarahan Dr Morni Abdul Samat dan tetamu kehormat lain.

Pada majlis itu juga, HIKMAH turut menyampaikan sumbangan kepada 108 penerima daripada enam kampung di bahagian Samarahan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads