Sabtu, 24 Ogos 2013

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


TBS anjur majlis penyerahan bantuan Aidilfitri <b>di Mukah</b> <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2013 03:22 PM PDT

Posted on August 7, 2013, Wednesday

MUKAH: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menganjurkan Majlis Penyerahan Bantuan Aidilfitri Fakir Miskin serta Sumbangan Masjid dan Surau Bahagian Mukah di Masjid Setia Raja Mukah di sini, petang kelmarin.

Pada majlis itu, sumbangan berjumlah RM75,000 disalurkan kepada 75 buah masjid dan surau yang bertujuan membiayai aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadan, di samping memberi galakan kepada masyarakat Islam dalam usaha pengimarahan masjid dan surau.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Terdahulu, di Pejabat TBS Cawangan Mukah, sejumlah RM170,800 diserahkan melalui amil-amil yang ditauliah untuk diagihkan kepada 1,708 orang fakir miskin dari daerah Mukah dan Daro.

Ia bertujuan untuk meringankan beban para penerima menjelang Hari Raya Aidilfitri khususnya menyediakan keperluan asas.

Sementara itu, sejumlah RM40,000 wang sumbangan Magna Focus Sdn Bhd disampaikan oleh Taib kepada 200 orang fakir miskin yang dijemput hadir pada majlis tersebut.

TBS mempunyai pelbagai jenis bantuan lain di bawah tiga program utama iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan (PMTK), Program Memantapkan Kebajikan Ummah (PMKU) dan Program Membangunkan Institusi Islam (PMII).

Pada tahun 2012, TBS telah mengagihkan RM36.7 juta kepada penerima yang layak melalui ketiga-tiga program utama tersebut.

Bagi tahun ini, sehingga bulan Jun 2013, TBS telah mengagihkan sejumlah RM14.7 juta untuk tujuan yang sama.

Turut hadir Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah, Ahli Parlimen Mukah Datuk Seri Muhammad Leo Toyad, Ahli Parlimen Igan Datuk Abdul Wahab Dollah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads