Khamis, 11 Julai 2013

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 29 May 2013 01:36 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 10 May 2013 01:23 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Apr 2013 01:32 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Mar 2013 01:44 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Dec 2012 01:31 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Masjid Kampung Sekaan <b>Matu Sarawak</b> - my.Mustaffa

Posted: 17 Apr 2011 08:56 AM PDT

Hz Tours - No.1 Muslim Online Travel Agency

MASIH KUKUH – Biarpun masa semakin berlalu, namun keadaan Masjid di Kampung Sekaan Matu, Sarawak masih mampu berdiri teguh untuk menjadi tempat memperluaskan syiar Islam.

Sebelum kedatangan Islam, sama seperti kaum lain di Negeri Sarawak, masyarakat Melanau di Matu turut mengamalkan kepercayaan bercorak animisme dan mempercayai sesuatu yang sangat berkait rapat dengan kuasa ghaib. Walaupun pada masa kini Matu merupakan salah sebuah kawasan penempatan utama masyarakat Melanau Islam, sebelum kedatangan agama itu, kaum ini tidak mempunyai agama dan hanya mengamalkan kepercayaan yang diwarisi sejak turun-temurun daripada nenek moyang mereka. Kepercayaan-kepercayaan yang diamalkan mempengaruhi budaya masyarakat ini terutama dalam soal kehidupan, kematian, perkahwinan dan sebagainya. Sebagai contoh, perayaan pesta Kaul yang disambut pada bulan April setiap tahun dikaitkan dengan menghormati 'ipok' atau kuasa ghaib yang menjaga laut.

Pada masa dahulu ketika kaum ini belum mempunyai agama atau 'Melanau pagan', perayaan ini diadakan untuk menjamu 'ipok' yang sentiasa menjaga laut dengan harapan agar penduduk-penduduk kampung memperoleh tangkapan yang banyak dan selamat semasa berada di perairan. Ia juga sebagai upacara memohon perlindungan agar penduduk-penduduk kampung tidak dijangkiti sebarang penyakit. Selain itu, masyarakat Matu juga mengamalkan upacara 'sare' atau rumah terbuka selama tujuh hari berturut-turut apabila ada ahli keluarga meninggal dunia. Rumah si mati akan dikunjungi saudara-mara dan masyarakat setempat yang mengenali beliau atau keluarganya. Namun demikian, selepas Islam bertapak di sini, amalan itu tidak diamalkan lagi dan ia ditukar dengan majlis tahlil, bacaan surah Yasin, sembahyang berjemaah, kenduri arwah dan sedekah.

Pengaruh pemerintahan kesultanan Brunei di Sarawak (ketika itu dikenali sebagai Borneo), sekitar tahun 1600-an, telah banyak mencorakkan hidup masyarakat Melanau yang tinggal di sekitar daerah ini. Menyingkap sejarah ringkas kedatangan Islam di Matu, ia bermula setelah Pangeran Salleh Pangeran Ishak datang dari Brunei untuk menjalankan urusan perniagaan. Setelah lama menetap di di sini, Pangeran Salleh telah berkahwin dengan wanita tempatan dan menetap di Kampung Sekaan, Matu. Di samping menjalankan kegiatan perniagaan, Pangeran Salleh turut menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk-penduduk Kampung Sekaan. Akhirnya, beliau menjadi orang penting dalam penyebaran Islam di seluruh kawasan Matu. Sejak itu, pengaruh Islam mulai berkembang dan tersebar dari satu penempatan ke perkampungan lain dan akhirnya Matu dihuni oleh kebanyakan masyarakat Islam sehinggalah ke hari ini.

Sumber : http://telecentre.my/kampungsekaan/index.php/ms/sejarah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Dec 2012 01:34 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Penduduk daerah <b>Matu</b> bakal nikmati bekalan air bersih <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2012 02:59 PM PST

Posted on December 17, 2012, Monday

MUKAH: Seramai 17,369 orang penduduk di Matu, Daro melahirkan rasa gembira apabila mereka bakal menikmati sebanyak 10.5 juta liter air bersih sehari setelah projek membina dan menyiapkan loji Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Wilayah Matu dan Daro siap pada Ogos tahun depan.

Pembinaan projek terbabit memakan kos RM79 juta bermula sejak Ogos tahun lalu dan dijangka siap selama 18 bulan. Apabila siap kelak, masalah bekalan air bersih yang seringkali dialami terutamanya pada musim kemarau akan dapat diatasi sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Abu Seman Jahwie berkata proses pembinaan projek itu dalam masa tiga bulan lalu siap lebih daripada 70 peratus setakat ini.

"Masalah air menjadi isu utama penduduk di Jemoreng dan Daro kerana sering berhadapan dengan masalah terbabit dan lebih memburukkan keadaan pada musim kering atau kemarau.

"Kedua-dua daerah itu sering diganggu masalah air sejak beberapa hari lalu," katanya ketika merasmikan Seminar Kekeluargaan di Dalat kelmarin.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri berkata ketika melakukan tinjauan ke projek terbabit tiga bulan lalu, ia telah siap kira-kira 20 peratus. Ini termasuk kerja-kerja menimbus pasir, menanam cerucuk, membina tangki air aras tinggi dan membina rumah pam air.

"Sekarang saya diberitahu oleh pihak berkenaan bahawa projek itu telah siap 70 peratus. Saya percaya projek itu berjalan lancar dan diharap dapat siap secepat mungkin," katanya.

Abu Seman berkata, mengikut perancangan projek tersebut meliputi pemasangan saluran paip dari Kampung Bruan Mepal hingga ke Rumah Anyut, dari Kampung Bawang ke Kampung Nanga Besar dan terus ke rumah-rumah panjang di Daro.

Bagi rumah-rumah panjang di DUN Jemoreng, katanya, pihaknya akan memantau keadaan di sana agar dapat disalurkan dengan bekalan air melalui projek tersebut.

"Di bawah kawasan saya, sebanyak enam buah rumah panjang masih belum mendapat bekalan air dan saya cuba membantu mereka secara berperingkat-peringkat kerana faktor kedudukan yang agak jauh di pedalaman.

"Saya berharap apabila projek bekalan air ini siap kelak masalah ketiadaan air, kekurangan dan tekanan bekalan air rendah yang kerap menghantui kebanyakan kampung di Matu dan Daro selama ini akan dapat diselesaikan," katanya sambil memberitahu bahawa sudah siap kelak, loji perawatan air itu berkeupayaan membekal 10.5 liter (MLD) sehari.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads