Khamis, 6 Jun 2013

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Lan Berambeh Pustaka <b>Negeri Sarawak di</b> Kampung Tebakang <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2013 04:04 PM PDT

Posted on June 3, 2013, Monday

KUCHING: Program Lan Berambeh Pustaka Negeri Sarawak kali ini akan diadakan di Kampung Tebakang pada Sabtu dan Ahad, 8 dan 9 Jun 2013.

Pelbagai acara akan diadakan seperti Pertandingan Membaca Warga Emas, Bengkel 'Born to Read', Program Perkhemahan Ilmu 2013, sesi bercerita dan seni membuat kraf bersama kanak-kanak, tayangan wayang pacak dan sukaneka keluarga.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada penduduk Kampung Tebakang menjadi ahli dan menggunakan perkhidmatan pustaka dan u-Pustaka selain memberi hebahan kepada penduduk tentang perkhidmatan dan aktiviti ilmiah yang ditawarkan oleh Pustaka Negeri.

Selain itu, para pelajar yang menyertai program ini akan berpeluang mempelajari penggunaan maklumat yang tepat dan kaedah pencarian maklumat yang berkesan.

Untuk keterangan lanjut tentang program ini, hubungi Norassima Sitam atau Sharifah Seria Wan Razali di talian 082-442000 sambungan 330/336 atau e-mel norassis@sarawak.gov.my/ shariswr@sarawak.gov.my atau layari laman web Pustaka: www.pustaka-sarawak.com, Facebook: pustaka.sarawak dan Twitter : pustakaswk.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads