Ahad, 2 Jun 2013

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


Iron Lady Calon BN <b>di</b> Kota <b>Samarahan</b> - <b>Sarawak</b> Update

Posted: 16 Apr 2013 06:05 AM PDT

KUCHING- Muka baharu Barisan Nasional(BN) dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) bagi kerusi Parlimen P197 Kota Samarahan, Rubiah Haji Wang,45, berjanji memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di Bahagian Samarahan.

Anak jati Kampung Tanjung Parang yang sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Pejabat Daerah Samarahan dan Pegawai Daerah Asajaya itu akan meneruskan agenda pembangunan di Bahagian Samarahan.

"Saya berterima kasih kepada pucuk pimpinan BN yang telah memberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat, walaupun menyedari  tugas ini cukup berat saya akan cuba membalas kepercayaan tinggi yang telah diberikan oleh pucuk pimpinan, "katanya.

Rubiah turut yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen P197 Kota Samarahan yang selama ini menjadi kubu kuat BN.

BN Sarawak hari ini mencalonkan lapan muka baharu termasuk seorang wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Muka-muka baharu itu ialah Datuk Sebastian Ting di Miri, Tan Kai (Bandar Kuching), Vincent Lau (Sibu), Rubiah Wang (Kota Samarahan), Wilson Ugak Kumbong (Hulu Rajang), Nogeh Gumbek (Mas Gading), Anyi Ngau (Baram) dan Tan Sri William Mawan Ikon di Saratok.

Kerusi Parlimen P197 Kota Samarahan disandang  Dato Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib yang mengesahkan tidak mempertahankan kerusi itu yang dimenanginya dalam pilihan raya Parlimen  pada tahun 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads