Sabtu, 1 Jun 2013

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Pandelela terharu pusat akuatik baharu <b>di Bau</b> – BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 04 May 2013 02:20 PM PDT

Posted on May 5, 2013, Sunday

KUCHING: Penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg berasa terharu dengan hasrat kerajaan negeri untuk membina pusat akuatik baharu di Bau sebagai menghargai pencapaiannya dalam sukan terjun.

Katanya, beliau amat berterima kasih dengan kerajaan negeri atas inisiatif untuk memajukan sukan akuatik di tempat kelahirannya.

"Saya berasa sangat bersyukur dan berterima kasih dengan kerajaan negeri kerana menghargai sumbangan saya selama ini dengan membina sebuah lagi pusat akuatik di Bau.

"Saya harap dengan adanya pusat akuatik baharu itu, Sarawak dapat melahirkan lebih ramai atlet terjun bukan sahaja dari Bau tetapi dari seluruh negeri," katanya di sini semalam.

Olahragawati Kebangsaan 2011/2012 itu juga yakin Sarawak bakal menjadi lubuk penerjun negara kerana inisiatif berterusan kerajaan negeri dalam memajukan sukan berkenaan di sini.

Justeru, beliau menasihati atlet-atlet muda agar tidak mensia-siakan fasiliti sedia ada dan cuba mengharumkan nama negara di persada dunia.

Menurut Pandelela, beliau akan bekerja dengan lebih keras selepas ini untuk mencapai lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa.

Keputusan membina sebuah lagi pusat akuatik disuarakan oleh Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan Ikom pada Khamis lalu sebagai menghargai jasa serta sumbangan Pandelela dalam sukan terjun.

Katanya, kejayaan bersejarah anak Bidayuh itu memenangi gangsa pada Sukan Olimpik London tahun lalu adalah sesuatu yang cukup membanggakan bukan sahaja negara malah bagi seluruh penduduk Sarawak.

Pandelela memecah tradisi muncul sebagai wanita pertama memenangi pingat pada kejohanan berprestij dunia itu.

"Projek ini akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Rancangan Malaysia 2015-2020 dan akan menelan belanja berjumlah RM14 juta.

"Pusat akuatik tersebut akan dibina berhampiran Stadium Mini Bau dan bakal menjadi pusat sukan bersepadu di daerah tersebut," kata Mawan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

The Way of My Life: Pengalaman <b>Di</b> Gua Angin,<b>Bau Sarawak</b>

Posted: 13 May 2013 12:42 AM PDT

Pengalaman mengamit memori bukan, begitu lah kita pergi ke tempat baru menyaksikan keindahan ciptaan Allah S.W.T. Rugi kalau tidak jalan-jalan di tempat orang. Kalau pergi ke Kuching jangan lupa singgah sekejap di Gua Angin  di Bau. Hanya mengambi masa sejam sahaja daripada Kuching khasnya untuk pencinta Alam sekitar.
Alang-alang menyeluk perkasam biar ke pangkal lengan. Cewahhhh haha sepanjang perkuliahan ekin di sini peluang sekali ke Gua Angin. Bersama beberapa sahabat ekin pergi sekejap ke sana. Seronok juga di sana walau sekejap sahaja melihat-lihat. Mana pernah pergi gua hehe.
keindahan alam yang masih terpelihara dengan suasana yang damai
masih di kawasan luar gua angin.Pondok tempat berehat. Bentuk rekaan Pondok ini ala rumah etnik Bidayuh.

keadaan alam semula jadi yang masih terpelihara. suasana segar dan hijau menyambut kedatangan kita

rajin-rajin baca sebelum masuk hehe

penunjuka arah yang sangat berguna


information yang ada. sila sewa atau bawa lampu suluh sendiri. Sangat gelap di sana

terdapat peta lokaisi juga didalamnya..
Sangat seronok kerana membawa suasana yang sangat berlainan. Patut la dipangil gua angin. Sepanjang di dalamnya memang sejuk ,gelak, dan ada angin sepoi-sepoi bahasa yang mengiringi perjalanan kita sambil menyaksikan kelawar.layang-layang dan bentuk-bentuk  di dalam gua yang sangat unik. Keadaan yang agak lembab so jangan la pakai high heels ya hihi nanti tergelincir di lantai atau landasan yang kita gunakan. Banyak pelancong asing yang datang ke sana. Tidak kurang juga pelancong tempatan.
apa yang kami lihat di dalam.. sambil diteman bunyi penghuni tetapnya

ini bentuk tempat kita berjalan sepanjang menjelajah beberapa minit didalamnya. setiap tepi tangga ada lampu kuning.




kemudahan perjalanan pengunjung

kawan yang merakam bunyi di dalam gua itu.

bukan selalu pun lihat benda dalam gua kan


keadaan gua dari pintu masuk tadi

bahagian penghujung GuaAngin

dari sini lah angin tu datang kerana gua ini tembus ke sungai kecil. 

bahagian tengan. Lampu sangat diperlukan. masa ini kami tidak menyewa lampu suluh hanya mengandalkan cahaya dari telefon dan kamera. Advanture sikit kononnya haha.

hakisan-hakisan yang terbentuk dari titisan air.

pose itu harus hihi ^_^..nampakkan sungai tu..

kami balik suda hihi..best hehe..teriak2 dalam gelap dan licin haha..

kenangan yang tidak dilupakan..tidak memerlukan tempat pelancongan yang wah tapi sederhana dan menyeronokan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads