Ahad, 26 Mei 2013

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Eksklusif : Pembongkaran Pusat Perjudian Siber dibongkar <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 23 May 2013 07:42 PM PDT

Pusat Judi Siber semakin berleluasa di sekitar Bandar Limbang , Sarawak .

Hasil risikan beberapa individu yang tidak mahu dikenali dan perbualan kepada kami di email mengatakan bahawa Pusat Perjudian Siber ini dikatakan dikawal oleh 4 Ketua berasingan dan untuk mengecam setiap Pusat Judi Siber berlainan Ketua berdasarkan "Lampu" iaitu :

"lampu merah,lampu biru,lampu pink,dan lambang rokok paip"


Hal yang semakin menghairankan penduduk setempat adalah , tiada langsung tindakan diambil seolah-olah 'pihak berkuasa' melindungi aktiviti haram ini.

Lokasi Sekitar Jalan yang harus dipantau adalah :

"jalan pemukat,jalan bangsiol,sebelah BANK SIMPANAN NASIONAL,depan terminal express,sekitar centre point hotel ada dalam 5,6 premis..Berhadapan pasar babi juga mempunyai sekitar 7,8 premis"

Gambar yang dikirimkan kepada kami

Kita sedia maklum bahawa perjudian siber ini membawa kepada banyak masalah seperti pemiutang , kekerasan , terjebak dengan pergaduhan , rumahtangga diabaikan. 

Adakah Pihak Berkuasa Limbang tidak tahu mengenai Perjudian Siber ini? atau adakah Pihak Berkuasa ini seperti 'disorong bantal' seperti mana yang diceritakan oleh penduduk sekitar . 

Polis? Bukan pihak kami ingin merendahkan 'martabat' Polis tetapi dikatakan banyak aduan dilaporkan oleh penduduk di Limbang tetapi situasi tetap sama. 

Ada penduduk setempat memberi cadangan agar Unit Perisik Polis Bukit Aman turun ke Limbang dan berpakaian Preman untuk melihat dengan mata sendiri .

Itu hanyalah luahan daripada penduduk setempat .

Bagaimana dengan Bukti ? Lokasi . Baiklah Lokasi adalah dinyatakan diatas dan dibawah ini adalah beberapa keping gambar yang dikirimkan kepada kami melalui email.

Gambar diatas adalah beberapa gambar lokasi sekitar Jalan Pemukat, Jalan Bangsiol,depan Terminal Express, sekitar Centre Point Hotel ada dalam 5,6 premis dan juga berhadapan pasar babi juga mempunyai sekitar 7,8 premis.

- Admin

Sebarang kisah atau berita yang ingin anda sampaikan bolehlah diemail kepada kami di admin@pengerindu.com

Tutorial : Bagaimana mencantumkan file 001 , 002 , 003 dengan HjSplitter?

Bonus:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads