Selasa, 7 Mei 2013

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Bila <b>Limbang</b> Bermukun… | <b>Di</b> Halaman <b>Limbang</b>....

Posted: 01 May 2013 10:57 PM PDT

LIMBANG dari dahulu hingga sekarang masih kurang mendapat perhatian ataupun agak tersisih dari perkembangan kemajuan yang drastik. Kemajuan yang ada sememangnya wujud namun kurang memberi impak kepada penduduk yang ada di Limbang.

Ia seakan kemajuan yang "santai" dan tenang seperti "diri" daerah Limbang sendiri. Bila aku bertanya dengan seorang kawan yang aku kenal semasa taklimat minggu lepas di Hotel Purnama tentang Limbang sekarang, dia mengatakan Limbang masih seperti yang dia lihat semasa dia berkunjung 10 tahun yang lalu!

Aku hanya terdiam dengan komen teman tersebut. Adakah tiada apa-apa perubahan yang berlaku di Limbang ini dalam tempoh 10 tahun?

Namun aku tak pasti, perubahan yang bagaimana dimaksudkan oleh teman tersebut? Adakah dari pembangunan segi ekonomi, politik ataupun sosial ataupun juga perkembangan yang dimaksudkan banyaknya bangunan yang baru dan tinggi-tinggi. Ataupun terdapatnya sebuah universiti, hotel bertaraf 5, 6 bintang. Ataupun juga kehidupan sosial penduduk sini seperti penduduk di Kuching ataupun Miri. Ataupun juga dari segi pemikiran orang Limbang yang lebih tinggi dan terbuka menerima perkembangan di luar daerah Limbang?

Aku yang sudah menetap di Limbang hampir 20 tahun, aku rasakan di Limbang ini hanyalah sebuah daerah yang tidak pernah bergelora dengan pelbagai isu-isu yang boleh untuk pemerintah pusat ambil berat. Cuma semasa tuntutan Negara Brunei ke atas Limbang, namun selepas itu senyap terus.

Mungkin juga ketidakpedulian penduduk Limbang yang berada di Limbang, tidak begitu kisah arus yang berlaku di Limbang. Lantaran itu membiarkan segala yang berlaku sebagai takdir yang telah ditetapkan.

Dan juga bagi penduduk Limbang, biarkanlah apa yang berlaku di Limbang sebagai sejarah kehidupan yang sepatutnya berlaku tanpa perlu untuk diubah-ubah. Biar ia bergerak sendiri dan sesiapa yang hendak menggerakkan, silakan.

Bagi aku, perubahan akan berlaku juga di Limbang tetapi perlu diubah dulu pemikiran. Iaitu, mempunyai pemikiran ingin berubah tanpa diusik adat resam dan agama. Maksudnya, berani untuk mencuba apa-apa yang ada di luar sana untuk mengapai kejayaan melalui keberanian dan kekuatan yang ada pada diri orang yang tinggal di Limbang.

Dan dokongan serta sokongan dari pelbagai pihak bagi aku harus diteruskan walaupun pulangan yang disumbangkan amat tidak memuaskan dari penduduk Limbang.

Keperluan strategik untuk mengambil hati amat ditekankan dalam menangani permasalahan yang ada di Limbang agar mudah untuk apa-apa yang disalurkan memberi manafaat kepada penduduk dan sekitarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads