Isnin, 27 Mei 2013

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Tempat Menarik <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> | Ikhwan Shah [dot] Com

Posted: 27 May 2013 10:07 AM PDT

Flag_of_Sarawak


Sepanjang aku bermusafir di Kuching Sarawak, boleh dikatakan jarang aku buat entri pasal negeri ni. Ada la satu dua entri pasal bahasa Sarawak dan konspirasi bodoh. Nak jadikan cerita semalam kawan aku dari negeri Sembilan datang bercuti dengan adik-adik dia di sini. Jadi, aku sebagai "sahabat" kenalah layan sebab hari tu masa aku di Senawang dia bawa aku ronda-ronda. Walaupun tak lama, aku sempat juga bawa diorang ke beberapa tempat menarik sekitar Kuching (bagi aku lah). So, kali ni aku nak senaraikan beberapa tempat menarik yang boleh korang lawat jika datang bercuti di sini.
  1. Waterfront Kuching
  2. Tempat wajib yang korang jejak kalau datang Kuching. Kalau nak tahu ni tempat paling hampir dengan kawasan hotel seperti Hilton, Harbor View, Pull Man dan lain-lain. (Tapi agak jauh untuk Merdeka Palace.) Di sini korang boleh borong berbagai souvenir/merchandise Sarawak dari keychain hingga ke senduk dapur. Kalau nak murah korang boleh survey dulu sepanjang Waterfront tu, then patah balik ke kedai yang paling murah LOL. Dah bosan membeli-belah, korang bolehlah bersantai di sepanjang sungai Sarawak. Ada jual ais krim dan cikedis lagi.

  3. Kg. Gersik
  4. Rasanya tak sah kalau cuti di Sarawak bawa balik kek lapis Sarawak. Jika korang perasan, di sungai Sarawak tu ada bot-bot kecil yang akan membawa korang ke seberang. Di situlah selalunya pelawat beli kek lapis yang popular seperti Kek Lapis Dayang Salha (betul ke ejaan?) dan Mira Cake House. Kos one way murah je, cuma lima puluh sen. Hari tu masa aku pergi sana (naik kereta, ikut jalan darat), aku perasan ada juga stall ikan terbok. Kalau dah malas nak ke pasar Satok bolehlah beli di sini.

  5. Muzium Sarawak
  6. Seterusnya kita beralih ke Muzium Sarawak yang terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg, berhampiran hotel Merdeka Palace. Di sebelahnya pula, ada Muzium Seni dan Muzium Etonologi. Penat berjalan, kalau boleh jalan kaki ke kompleks Merdeka Plaza yang baru siap akhir tahun 2012. Berhampiran Muzium Sarawak ni juga ada kawasan beriadah ala-ala taman, tapi aku tak tahu apa nama dia. Selain 3 muzium ni, di sini juga ada Muzium Tekstil (berhadapan pejabat pos Kuching), Muzium Islam (Jalan P.Ramlee) dan Muzium Cina (Waterfront).

  7. Semenggoh Wildlife Centre
  8. Bagi yang ingin mendekati lebih dekat dengan orang utan, korang bolehlah pergi ke Semenggoh Wildlife. Yuran masuk dalam RM3, kalau tak salah sebab aku pun dah lama tak pergi sana. Tapi pastikan timing korang pergi tu pun tepat sebab orang utan ni cuma kelihatan pada waktu makan. Kalau tak salah lagi sekali pagi pukul 10 dan pukul 3 petang. Selain tempat orang utan ni, ada juga ladang ternak buaya iaitu Jong Crocodile Farm. (bukan setakat buaya, haiwan lain pun ada!)

  9. Kubah Ria Matang
  10. Untuk pengetahuan korang, pasar malam/pagi di Satok sudah berpindah di Kubah Ria, Matang. Senang saja nak pergi, guna jalan yang sama ke Satok tapi straight lagi sampai korang nampak bangunan ala-ala stadium. Di Kubah Ria juga terdapat pelbagai gerai makanan, kira macam pasar Siti Wan Kembang di Kelantan. Parking di kawasan ni memang payah sikit nak dapat lagi-lagi malam Sabtu dan Ahad. Lagi pack!

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik yang terdapat di Kuching Sarawak yang aku tak mention seperti Kampung Budaya Santubong, Pantai Damai, Top Spot (gerai makanan seafood) dan lain-lain. Kalau nak terang satu-satu jadi panjang pula entri ni, takut korang bosan. Satu lagi kalau nak bercuti di sini, datanglah hari Sabtu dan Ahad atau public holiday sebab time-time macam nilah Kuching "hidup". Kalau datang hari biasa, okey saja tapi tak berapa nak syok. Mungkin tu sajalah tempat menarik yang pernah aku jejak, sebab Sarawak ni pun aku tak habis explore. Kalau korang ada lagi cadangan tinggalkan saja di ruang komen, nanti boleh pelawat baca. Ok, adios tata!

Incoming search terms:

  • tempat menarik di kuching

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads