Ahad, 28 April 2013

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


PAS tiada tempat <b>di Sarawak</b>: Daud - Malaysia Votes 13 - GE13

Posted: 11 Apr 2013 06:00 PM PDT

KUCHING: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Daud Abdul Rahman yakin rakyat Sarawak khasnya masyarakat Islam menolak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) itu, percaya PAS tidak akan diterima di negeri ini kerana parti itu dilihat hanya akan merugikan masyarakat Islam.

"Hasrat PAS untuk bertanding di Sarawak adalah hak mereka tetapi kita percaya parti itu tidak akan diterima oleh orang Sarawak terutama masyarakat Islam di negeri ini.

"Secara logiknya mereka pasti akan bertanding di kawasan majoriti Islam dan dari situ kita melihat ia akan merugikan masyarakat Islam yang mempunyai bilangan kecil di sini dan akhirnya membawa kepada perpecahan kepada masyarakat," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Sains Kuching di sini, semalam.

Bagaimanapun kata Daud, ia adalah hak kepada sesebuah parti untuk bertanding di mana-mana tempat termasuk PAS, kerana Malaysia mengamalkan demokrasi.

Daud berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Pesuruhjaya PAS Sarawak Adam Ahid dalam laman portal Harakah yang mengesahkan PAS akan bertanding tujuh kerusi Parlimen di negeri ini pada PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei depan.

Beliau berkata, perkara itu telah disahkan pada mesyuarat PAS Pusat, Rabu lepas.

Selain itu, buat pertama kalinya PAS mencalonkan ahli DHPP Sarawak di P.209 Julau, Dr Ambrose Labang Jamba, iaitu bekas pegawai tadbir Sarawak.

Mengulas mengenai hasrat PAS untuk meletakkan calon bukan Islam di Julau, kata Daud ia adalah hanya bertujuan untuk mengambil hati masyarakat bukan Islam.

"Itu hak mereka tetapi saya berasakan masyarakat kita di Julau tidak menerima mereka jika benar mereka mahu meletakkan calon di sana," katanya.

Daud memberitahu pada PRU13, antara isu yang mungkin akan dibangkitkan oleh PAS adalah isu kebangsaan seperti rasuah selain pentadbiran negeri, di mana mereka menganggap mereka lebih baik dalam mentadbir negeri.

Bagaimanapun ujar Daud, rakyat harus tahu menilai dan melihat apa yang telah dilakukan parti pembangkang itu di kedua-dua negeri ditadbirnya iaitu Kelantan dan Kedah.

#myvote13 #ge13

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads