Ahad, 7 April 2013

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Anak jati <b>Sarikei</b> dilantik sebagai naib canselor kelima UNIMAS <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2013 04:50 PM PDT

Posted on April 2, 2013, Tuesday

TAHNIAH: Khairuddin (kiri) menyerahkan Nota Tugas kepada Morshidi sambil disaksikan para jemputan di Bilik Galeri, Rumah Universiti di UNIMAS, semalam.

TAHNIAH: Khairuddin (kiri) menyerahkan Nota Tugas kepada Morshidi sambil disaksikan para jemputan di Bilik Galeri, Rumah Universiti di UNIMAS, semalam.

KOTA SAMARAHAN: Anak jati Sarikei, Profesor Dr Morshidi Sirat dilantik sebagai naib canselor kelima Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, semalam.

Morshidi mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Abang Haji Matahir sebelum menyambung pelajaran peringkat menengah di Sacred Heart School, Sibu dan Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri.

Beliau kemudian mengikuti pengajian pada peringkat ijazah pertama sehingga mendapat BA (Hons) Town and Country Planning (Council for National Academic Awards/Glasgow School of Art, Scotland) pada 1980.

Pada 1982, beliau mendapat ijazah MSc (Econs) Regional Development Planning, University College of Swansea, University of Wales dan mendapat ijazah doktor falsafah (Ph.D) daripada University of Southampton, England pada 1989.

Beliau turut mempunyai pengalaman luas dalam kepim-pinan akademik apabila pernah berkhidmat sebagai dekan Pusat Pengajian Ilmu Kema-nusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1998 hingga 2001.

Selain itu beliau juga pernah dilantik sebagai profesor Geo-grafi pada 2000, pengarah Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) dari 2005 hingga 2011 dan dekan Pelantar Penyelidikan Transformasi USM dari 2008 hingga 2009.

Morshidi juga pernah dilantik sebagai profesor undangan di Research Institute for Higher Education (RIHE) di Hiroshima University, 1-2-2 Kagamiyama, Higashi-Hiroshima Jepun pada 2008.

Beliau juga memiliki pencapaian cemerlang dalam penghasilan penulisan dan penerbitan dalam jurnal atau persidangan tempatan dan antarabangsa serta terlibat dalam jawatankuasa dunia dalam pelbagai bidang berkaitan penyelidikan pengurusan dan polisi pengajian tinggi, perubahan dalam profesion akademik, perubahan kedudukan IPT dan ruang ilmu dan rantau.

Menurut Morshidi beliau akan memastikan UNIMAS berdiri megah dan mempunyai jenama tersendiri mengikut modul kajian IPT yang dijalankannya sebelum ini untuk menepati kriteria ketetapan kebangsaan dan global.

Sementara itu bekas Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata UNIMAS yakin bakal menjadi konsortium di Borneo pada masa depan.

Jelasnya ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan kerana sebelum ini pelbagai anugerah dan pengiktirafan luar telah diberikan kepada UNIMAS dalam pelaksanaan beberapa kajian komprehensifnya.

"Lima bidang berpotensi besar untuk UNIMAS adalah bidang biodiversiti dan alam sekitar, jangkitan tropika, ICT luar bandar, Koridor Tenaga Diperbaharui Sara-wak (SCORE) dan tenaga hijau serta rekaan dan inovasi," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Nota Tugas Kepada Naib Canselor Ke-5 UNIMAS Profesor Dr Morshidi Sirat di Bilik Galeri, Rumah Universiti di sini, semalam.

Katanya ia menjadi impian beliau untuk melihat UNIMAS menjadi platform kepada universiti-universiti tempatan dalam kajian bidang-bidang tersebut.

Sementara itu, beliau berkata masih banyak pembangunan infrastruktur yang perlu dijalankan di UNIMAS bagi memenuhi kehendak akademik dan keselesaan pelajar.

Turut hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Datu Dr Hatta Solhi dan dif-dif jemputan.

Naib-naib canselor UNIMAS sebelum Khairuddin adalah Profesor Datuk Dr Zawawi Ismail (pertama), Profesor Datuk Dr Yusuf Hadi (kedua) dan Profesor Datuk Dr Abdul Rashid Abdullah (ketiga).

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads