Selasa, 19 Mac 2013

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


Kelab Barisan Nasional <b>Sarawak</b>

Posted: 18 Mar 2013 06:45 AM PDT


KENANGAN.... Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Menteri Muda Adat Bumiputera dan Hal Ehwal Penan, Datuk John Sikie Tayai (dua kanan) ketika ditemui di Rh Jimbai Bandir.
Lawatan Shafie Apdal bermakna 
bagi rakyat rumah panjang
TATAU (SAMARAKAN-16/3/2013) ~ LAWATAN Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato' Seri Mohammad Shafie Apdal ke Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 2013 ke Rumah Panjang Tr. Jimbai Bandir, Nanga Kelebu Tatau di kawasan Parlimen Selanggau tepat pada masanya.
Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Menteri Muda Adat Bumiputera dan Hal Ehwal Penan, Datuk John Sikie Tayai berkata, kehadiran Dato' Seri Mohm Shafie Apdal ke kawasan luar bandar sangat bermakna untuk rakyat yang inginkan pembangunan daripada beliau bersama kerajaan pusat.
SELAMAT DATANG… Dato' Seri Sahfie Apdal ketika sesi Miring, kelihatan di sini ialah Datuk Joseph Entulu, Datuk John Sikie Tayai dan Joseph Maun pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Jimbai Bandir Nanga Kelabu Tatau. 
Datuk John Sikie Tayai yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (N.53) Kakus berkata, kehadiran beliau hari ini sangat mengembirakan penduduk rumah panjang seperti mana yang telah diumumkan peruntukan sejumlah RM300 ribu di sini, katanya ketika ditemui.
Katanya, kehadir para menteri dan pemimpin kerajaan ke kawasan Kakus ini sangat diperlukan kerana rakyat luar bandar memang masih dahagakan pembangunan dan kemajuan bagi menjaminkan masa depan generasi akan datang.
"Sebelum ini, Dato' Seri Mohm Sahfie Apdal juga telah mengadakan lawatan dan meninjau keadaan kehidupan rakyat kawasan Hulu Kakus, beliau turut tidak menghampakan rakyat di situ dan memperuntukan beberapa projek pembangunan.
"Di Rumah Panjang Jimbai ini, saya juga turut gembira kerana rakyatnya telah diperuntukan satu set Life Saver 1M (alat penapis air) yang bernilai RM41 ribu yang akan memberi kemudahan penduduk di sini mendapatkan bekalan air bersih untuk menjamin keselamatan mereka," jelas.
Sementara itu, rakyat di kawasan ini berharap agar permohonan pembinaan  jalan raya dari Jambatan Nanga Kelebu ke Rumah Adu (Hulu Kakus) akan mendapat kelulusan dan pembinaan pada tahun 2014.
Sepanjang Batang Kelabu Kakus ini, kita mempunyai lebih 20 buah rumah panjang termasuk lima rumah panjang kaum Punan dan di Zon Beketan mempunyai empat rumah panjang sangat memerlukan pelbagai pembanguna, tambahnya.
Majlis perasmian Pemimpin Bersama Rakyat 2013 di Rumah Panjang Tr. Jimbai Bandir Nanga Kelebu Tatau yang teletak 65 kilometer dari bandar Bintulu itu telah dirasmikan oleh Menteri KKLW Dato' Seri Mohm Sahfie Apdal. Turut hadir ialah Timbalan Menteri KKLW Datuk Josep Entulu Belaun (MP Selanggau), Jospeh mauh Ikeh (ADUN Tamin), ketua-ketua pegawai kerajaan dan ketua-ketua masyarakat setempat. ~ Tamat ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads