Sabtu, 16 Mac 2013

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


SMK Luar Bandar <b>Sibu</b> juara Karnival Sofbol 1Malaysia <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2013 03:58 PM PST

Posted on March 6, 2013, Wednesday

JOHAN: Pasukan SMK Luar Bandar bersama pingat selepas berjaya muncul juara Karnival Sofbol 1Malaysia di Sibu.

JOHAN: Pasukan SMK Luar Bandar bersama pingat selepas berjaya muncul juara Karnival Sofbol 1Malaysia di Sibu.

SIBU: Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar muncul juara Karnival Sofbol 1Malaysia di SMK Bukit Assek hujung minggu lalu.

SMK Luar Bandar mengalahkan pasukan SMK Bukit Lima pada perlawanan akhir.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang SMK Chung Hua dan SMK Bukit Assek.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Sofbol SMK Bukit Assek dan Persatuan Sofbol Amatur Sibu (ASAS) disertai tujuh pasukan membabitkan 90 pelajar.

Sekolah terbabit SMK Bukit Assek, SMK Luar Bandar, SMK Chung Hua, SMK Bukit Lima, SMK Sibu Jaya (dua pasukan) dan Kolej Vokasional Sibu.

Pertandingan itu bertujuan memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar, memupuk minat serta meningkatkan kemahiran pelajar, selain mempromosi sukan sofbol di Bahagian Sibu.

Selain itu, ia juga sebagai persediaan awal pembentukan pasukan MSS Sibu untuk menyertai Kejohanan Sofbol Majlis Sukan-Sukan Sekolah (MSS) Sibu 2013 dan Kejohanan Sofbol MSS Sarawak 2013.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads