Khamis, 28 Mac 2013

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Feb 2013 03:34 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pengundi Stampin diingat pilih calon dapat <b>...</b> - my <b>Sarawak</b>

Posted: 21 Feb 2013 04:06 PM PST

KUCHING: Pengundi di kawasan Parlimen Stampin diingatkan agar memilih calon yang dapat bekerja sama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan amnya bagi memastikan pembangunan berterusan dapat dilaksanakan di kawasan berkenaan.

Ahli Parlimen Stampin Datuk Yong Khoon Seng berkata Parlimen Stampin mengalami pertumbuhan penduduk yang pantas ekoran pembangunan estet kediaman pesat yang memerlukan masih banyak pembangunan fizikal dilaksanakan di situ.

"Saya berharap pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pengundi di kawasan ini memilih calon yang dapat bekerja sama dengan pihak berkuasa tempatan dan dapat berkhidmat kepada semua rakyat yang diwakilinya untuk pembangunan (Stampin) selanjutnya.

"Saya akan bersara (dalam politik), saya berharap saudara-saudari seperti dahulu terus menyokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 nanti walaupun kita belum tahu siapa calon yang bakal diletakkan untuk mempertahankan kerusi ini," kata-nya ketika berucap pada Majlis Ramah-tamah Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) semalam.

Yong yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya menambah, calon BN atau lebih khusus Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi BN Pusat.

Menurut beliau Parlimen Stampin didiami lebih 230,000 orang namun hanya 84,000 adalah pengundi berdaftar bagi kawasan itu selebihnya pengundi (Parlimen) Bandar Kuching yang menetap di kawasan berkenaan.

"Oleh kerana kawasan Stampin membangun cepat ramai pengundi Bandar Ku-ching tinggal di Stampin, pada PRU13 nanti mereka akan turun mengundi di Bandar Kuching tetapi tinggal di Stampin dan menggunakan kemudahan disediakan oleh MPP khasnya," kata beliau sambil menambah 90 peratus daripada kawasan Stampin di bawah seliaan MPP.

Yong dilahirkan pada 22 Disember 1941 di Betong, pemegang Ijazah Sarjana Muda Farmasi (B. Pharm MPS) dari Queenland University, Australia, menjadi Ahli Parlimen Stampin sejak 1999 selepas beliau menewaskan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Voon Lee San pada PRU10.

Beliau sekali lagi mene-waskan Voon pada PRU11 (2004) seterusnya pada PRU12 (2008), menyak-sikan pemimpin berjiwa rakyat itu kekal menjadi Ahli Parlimen Stampin hingga sekarang.

Terdahulu Yong menjadi Ahli Parlimen Padawan selama dua penggal selepas melakar dua kali kemenangan pada PRU8 (1990) seterusnya PRU9 pada 1995.

Bagaimanapun beliau memberitahu, akan bersara daripada politik sekali gus tidak akan mempertahankan kerusi itu pada PRU13 kelak.

Parlimen Stampin mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kota Sentosa, Batu Kawah dan Batu Lintang dengan ketiga-tiganya kini dikuasai pembangkang.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads