Isnin, 11 Mac 2013

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Fadillah nafi K1M tidak berkualiti | my <b>Sarawak</b> - News coverage <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2013 08:15 AM PST

PERIKSA KESIHATAN: Penolong Pegawai Perubatan Klinik 1Malaysia Taman Malihah George Mentai melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas Fadillah (kanan) sambil disaksikan oleh Dr Rohani.

PERIKSA KESIHATAN: Penolong Pegawai Perubatan Klinik 1Malaysia Taman Malihah George Mentai melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas Fadillah (kanan) sambil disaksikan oleh Dr Rohani.

KUCHING: Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof menyangkal dakwaan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan di Klinik 1Malaysia tidak berkualiti.

Malah, katanya, kemudahan yang disediakan oleh kerajaan itu bukan gimik pilihan raya dalam usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) meraih undi rakyat.

Menurut beliau, matlamat penubuhan Klinik 1Malaysia (K1M) adalah untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada rakyat tanpa mengira tempat dan kedudukan.

Justeru, beliau berharap agar perkhidmatan itu tidak dijadikan sebagai modal untuk pihak yang tidak bertanggungjawab memburukkan usaha baik kerajaan.

"Pada awal kewujudan K1M, banyak desas-desus yang mengatakan bahawa perkhidmatan klinik ini adalah gimik pilihan raya dan memberikan perkhidmatan yang tidak seberapa.

"Tetapi yang sebenarnya, K1M adalah untuk memudahkan masyarakat mendapatkan pemeriksaan dan rawatan asas tanpa perlu membuang masa, wang dan tenaga untuk mendapatkan rawatan hospital pada kedudukan yang jauh.

"Bagaimanapun, persepsi ke atas K1M kini telah berubah dan permintaan ke atas perkhidmatan ini semakin meningkat daripada masyarakat," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian K1M Taman Malihah di sini, semalam.

Bagi meningkatkan lagi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat khasnya di kawasan Petra Jaya, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, sebuah lagi Klinik Kesihatan akan dibuka di Jalan Masjid Jamek yang akan memberikan perkhidmatan tahap dua (berserta doktor).

Selain itu, sebuah hospital umum bakal dibina di sempadan antara Petra Jaya dan Santubong bagi menampung bilangan pesakit yang semakin bertambah selain mengurangkan kesesakan di Hospital Umum Sarawak (HUS) Kuching.

Dalam pada itu, pembukaan K1M Taman Malihah merupakan yang keenam di Bahagian Kuching selain di Matang Jaya, Pantai Damai, Kota Padawan, Bintawa dan Tabuan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Rohani Mat Bah berkata pada masa ini, terdapat 18 buah K1M dibuka di negeri ini.

Sejak diwujudkan, bilangan pesakit yang datang ke K1M menunjukkan peningkatan tinggi dengan bilangan pesakit seramai 110,032 pada tahun 2010 meningkat kepada 188, 543 pada tahun 2011 dan 225,469 orang pada tahun 2012.

Antara skop perkhidmatan di klinik ini termasuk, rawatan ringan seperti demam, batuk dan selesema, rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetes, darah tinggi dan asma, ujian makmal ringkas, menstabilkan pesakit sebelum dirujuk ke hospital dan memberi khidmat nasihat serta promosi kesihatan kepada pesakit.

Bagi kes-kes di luar bidang skop Penolong Pegawai Perubatan, ia akan dirujuk kepada Klinik Kesihatan atau hospital, manakala bagi rawatan kecemasan, penduduk digalakkan terus ke Klinik Kesihatan atau hospital terdekat.

K1M Taman Malihah beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu dari jam 10 pagi hingga 10 malam dengan kadar bayaran RM1.

Turut hadir pada perasmian klinik itu semalam, Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching Dr Kamaruddin Lajim dan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan Lo Khere Chiang.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads