Sabtu, 16 Mac 2013

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


BN tidak abai perkhidmatan pendidikan - The Borneo Post Online

Posted: 10 Mar 2013 05:29 PM PDT

by Edwin Raoh. Posted on March 11, 2013, Monday

RASMI: Dr Rayong (empat kanan) dan Nyalau (tiga kanan) memotong kek merasmikan majlis itu.

RASMI: Dr Rayong (empat kanan) dan Nyalau (tiga kanan) memotong kek merasmikan majlis itu.

LUBOK ANTU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan penyediaan perkhidmatan dan infrastruktur pendidikan yang baik serta cemerlang untuk semua masyarakat di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa berkata kerajaan amat mementingkan kemajuan sistem pendidikan kerana ia amat penting untuk rakyat dan negara yang sedang membangun seperti Malaysia.

"Dalam usaha kerajaan mencapai hasrat itu, pelbagai projek dan perkhidmatan pendidikan dilaksanakan demi memastikan taraf pendidikan di negeri ini terus mencapai tahap lebih baik.

"Untuk menjadikan semua projek pembangunan sistem pendidikan terus dilaksana, kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit dan semua itu terbukti dengan perkhidmatan pendidikan yang semakin meningkat cemerlang pada masa kini," katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Warga Pendidik di pekarangan Pejabat Pelajaran Daerah Lubok Antu, di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak.

Selain itu, Dr Rayong menyarankan warga pendidik agar sentiasa belajar meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi menjadi pendidik profesional untuk mencapai matlamat pendidikan yang cemerlang

"Tingkatkan ilmu anda (guru) untuk menjadi seorang guru yang profesional kerana ilmu yang diperolehi akan disalurkan kepada anak-anak yang sedang menuntut ilmu ketika ini," ujarnya.

Dr Rayong juga memberitahu bahawa ilmu pengetahuan merupakan 'permata berharga' bagi menentukan hala tuju hidup seorang itu sama ada berjaya dalam hidup mahupun sebaliknya.

"Lantaran itu, anak-anak perlu digilap untuk menjadi modal insan berkualiti berikutan negara terutama Sarawak amat memerlukan tenaga kerja profesional sekiranya mahu mencapai status negeri maju kelak," tambahnya.

Pada majlis itu, Dr Rayong memperuntukkan geran projek kecil luar bandar (MRP) bernilai RM3,000 kepada Tabung Pejabat Pelajaran Daerah Lubok Antu.

Turut hadir Penolong Pelajaran Pejabat Daerah Lubok Antu Hidi Mehitu, kakitangan kerajaan dan warga pendidik di daerah Lubok Antu.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads