Khamis, 14 Mac 2013

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Bintang <b>Betong</b> Idol 4 diketahui malam esok | my <b>Sarawak</b> - News <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2013 02:25 PM PDT

BETONG: Bintang Betong Idol 4 akan diketahui pada Sabtu ini (16 Mac 2013) apabila konsert akhir program pencarian bintang yang membariskan 10 finalis bagi merebut gelaran Betong Idol 4 yang akan berlangsung di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong.

Pertandingan yang bermula jam 7.30 malam akan membariskan lima finalis bagi kategori terbuka iaitu Idol Zahra, Idol Adam, Idol Shira, Idol Hajar dan Idol Azri.

Manakala lima finalis lagi adalah daripada kategori Iban iaitu Idol Abby, Idol Jessica, Idol Patricia, Idol Roy dan Idol Jackson.

Menurut Pengetua Betong Idol Philip Jabu, pihaknya berusaha menjadikan program realiti ini menjadi acara yang menunjukkan kesungguhan pelajarnya dalam merebut gelaran bintang.

"Atas sokongan peminat yang tidak pernah jemu untuk menyaksikan kejayaan program ini, kami akan menyediakan acara kemuncak secara besar-besaran dan kami menjanjikan sebuah acara yang gilang-gemilang bagi menghargai sokongan peminat selama ini," ujarnya.

Di samping itu, konsert akhir itu turut meriah dengan persembahan artis undangan iaitu Bob AF, Melisa Francis, Swaylin, Margret M. Jalang dan Philip sendiri.

Tambahnya, kesemua peserta yang terpilih ke pentas akhir akan menyanyikan lagu pilihan pengurusan Betong Idol dan idol sendiri atas persetujuan bersama kerana ia dipilih berdasarkan kesesuaian vokal dan keistimewaan masing-masing.

"Oleh itu, saya percaya peminat akan menilai sendiri perbezaan dan kesungguhan pihak pengurusan dalam penganjuran program ini," tambahnya.

Philip yang juga pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) BANKERS mengharapkan kerjasama daripada SABERKAS Layar, PBB Layar dan JASA P.204 Betong dalam penganjuran program yang kini telah masuk musim keempat.

Seterusnya beliau berharap ia mampu membuka peluang kepada pelajarnya bukan sekadar sebagai seorang penyanyi tetapi berjaya menjadi penghibur dan memajukan bidang seni muzik.

Beliau turut mengingatkan pelajar agar menjaga kesihatan diri dan latihan secukupnya bagi menghadapi saingan final nanti.

"Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen Betong Dato Sri Douglas Uggah Embas dijangka hadir merasmi dan menyaksikan konsert akhir itu nanti.

"Datanglah beramai-ramai bagi menyaksikan siapa bakal dinobatkan sebagai Juara Betong Idol bagi musim keempat dan masuk adalah PERCUMA," jelasnya.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads