Jumaat, 22 Februari 2013

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Lebih RM400j untuk laksana pembangunan <b>di Sri Aman</b> - my <b>Sarawak</b>

Posted: 21 Feb 2013 01:24 PM PST

SRI AMAN: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menjelaskan bahawa kerajaan pusat sudah memperuntukkan lebih RM400 juta untuk pelaksanaan beberapa pembangunan mega di Sri Aman dalam tempoh tiga tahun sebelum ini.

Sehubungan itu beliau menyeru rakyat di Sri Aman agar terus memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan Sri Aman terus maju pada masa akan datang.

"Untuk memastikan Sri Aman terus membangun sokongan kepada calon BN yang bertanding di Parlimen Sri Aman pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti adalah penting," katanya.

Taib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Lama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sri Aman, semalam.

Majlis itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara projek mega yang sudah dan sedang dilaksanakan di Sri Aman ialah Hospital Sri Aman yang bernilai lebih RM200 juta, naik taraf Loji Rawatan Air Bayai (RM43 juta) dan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RM160 juta).

Sementara itu menurut Taib untuk merancakkan lagi pembangunan di Sri Aman, beberapa batang jalan raya ke luar bandar sekitar Sri Aman perlu dibina bagi memajukan tanaman ladang kelapa sawit secara komersil.

"Saya sedar kerajaan sudah melaksanakan industri tanaman padi secara komersil tetapi ia kurang mendapat keuntungan berbanding dengan tanaman lain seperti kelapa sawit," katanya.

Turut hadir pada majlis itu isteri Najib iaitu Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Taib Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat dan menteri –menteri kabinet Sarawak.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads