Rabu, 27 Februari 2013

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Mawan turut kemukakan calon wanita <b>di Saratok</b> | my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 05:11 PM PST

KUCHING: Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom mengesahkan ada mengemukakan beberapa nama termasuk wanita untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Saratok.

Menurutnya senarai yang dikemukakannya sejak sekian lama, mengandungi beberapa nama bagi kerusi-kerusi SPDP adalah untuk membolehkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pilihan.

"Kita mengemukakan beberapa nama untuk meluaskan pilihan Perdana Menteri. Kita beri pilihan beberapa nama untuk membolehkan beliau membuat keputusan," katanya selepas menghadiri sesi perjumpaan pemimpin BN Negeri dengan Najib di sini, semalam.

Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial berkata beliau turut memasukkan wanita dalam pilihan untuk Saratok berpandukan permintaan pemimpin akar umbi BN di kawasan tersebut.

"Itu permintaan orang di situ, pucuk pimpinan BN mempunyai penilaian sendiri dalam menentukan siapa calon paling layak bertanding," ujarnya.

Beliau menegaskan apa jua keputusan pucuk pimpinan BN kelak, persoalan peribadi wajar diketepikan demi memastikan kemenangan calon BN yang dipilih Perdana Menteri.

"Pada akhirnya yang penting ialah orang itu (calon) dapat bekerja untuk rakyat," katanya.

Kelmarin, beberapa pemimpin BN dari kawasan Parlimen Saratok mencadangkan agar calon wanita dicalonkan untuk kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Mereka dalam kenyataan akhbar berkata keputusan itu dibuat untuk membuka peluang kepada calon wanita yang lebih berpengalaman dan berkelayakan membuktikan kredibiliti mereka sebagai pemimpin terbaik.

"Demi menyahut seruan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Ketua Menteri (Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) untuk memastikan kejayaan BN di Sarawak, kami mewakili ahli BN di kawasan Parlimen Saratok telah berpakat dan sebulat suara mencadangkan agar calon yang bakal ditampilkan Perdana Menteri untuk Parlimen Saratok kali ini adalah daripada kalangan wanita.

"Merujuk kepada laporan akhbar baru-baru ini, Ketua Menteri dan Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri amat menggalakkan penyertaan wanita yang masih muda dan berpendidikan untuk menyumbang ilmu pengetahuan mereka menerajui pucuk kepimpinan parti agar wanita tidak terus ketinggalan," kata mereka.

Kenyataan akhbar berkenaan ditandatangani  Nasir Manap (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu-PBB), Hossin Sulaiman dan Ahli Majlis Lim Kieng Huat (Parti Demokratik Progresif Sarawak) dan Ahli Majlis Roland Angking (Parti Rakyat Sarawak), Lau Pun Hui dan Wee Lee Gua (Parti Rakyat Bersatu Sarawak).

Menurut mereka lagi, ketika ini rakyat amat memerlukan pemimpin yang lebih aktif, berpendidikan tinggi, berdaya maju serta mampu membawa perubahan besar kepada Parlimen Saratok seterusnya memastikan pembangunan pesat Sarawak dapat direalisasikan demi kepentingan rakyat.

Pelantikan wanita sebagai wakil rakyat pastinya memberi impak positif kepada parti dan memastikan kejayaan BN pada PRU13 akan datang, tambah kenyataan akhbar itu.

"Kami benar-benar percaya dan yakin dengan kewibawaan serta kemampuan calon wanita menerajui BN di kawasan Parlimen Saratok yang seterusnya membawa kepada kejayaan parti.

"Kami amat berharap keputusan bakal ditetapkan kekal mengambil kira kepentingan rakyat di Saratok," ujar mereka.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads