Khamis, 14 Februari 2013

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Gerai Valentine dibenar | my <b>Sarawak</b> - News coverage around <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2013 05:37 PM PST

Gerai jualan tepi jalan tidak dibantah PBT

KUCHING: Pembukaan gerai jualan hadiah sempena Hari Valentine di tepi-tepi jalan raya tidak mendapat bantahan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini, meskipun ia agak menjejaskan lalu lintas.

Ini kerana, setakat ini operasi perniagaan bersifat sementara itu tidak pernah diadukan sama ada ia mengganggu lalu lintas atau sebaliknya daripada pengguna jalan raya.

Datuk Bandar Majlis Banda-raya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan berkata beliau tidak melihat pembukaan gerai jualan tersebut sebagai masalah kerana ia cuma dibuka beberapa hari sahaja.

"Saya galak dan benarkan perniagaan ini kerana bagi saya Hari Valentine adalah hari istimewa buat pasangan kekasih muda, asalkan peniaga tidak menjejaskan lalu lintas.

"Selain itu, walaupun kami tidak benarkan, mereka (peniaga) tetap akan membuka gerai tersebut… lagi pun, ia cuma sementara sahaja," katanya yang dihubungi semalam.

Namun demikian, Chan berkata pihaknya akan memantau operasi perniagaan berkenaan bagi mengelakkan ia menye-babkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

"Jika berlaku kesesakan yang teruk, kami akan mengarahkan anggota untuk mengurus dan mengawal keadaan," katanya.

Tinjauan semalan mendapati beberapa gerai jualan hadiah Hari Valentine telah dibuka di beberapa lokasi jalan seperti di Jalan Padungan.

Begitu juga di Jalan Batu 7 dan Jalan Song di mana kelihatan gerai-gerai kecil mula dibuka dengan menjual pelbagai hadiah istimewa seperti patung dan bunga.

Sependapat dengan James, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang berkata operasi perniagaan berkenaan tidak akan dilarang, asalkan ia tidak terlalu menjejaskan lalu lintas.

Tambah beliau, lagipun setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan dan masalah mengenai pembukaan gerai jualan tersebut.

"Walaupun demikian, saya menasihati peniaga agar lebih mengambil kira kepentingan lalu lintas bagi mengelakkan kesukaran kepada orang awam.

"Saya faham, dalam tempoh ini perniagaan hadiah akan lebih bagus kerana ramai pelanggan dan perniagaan di tepi jalan ini juga akan memudahkan orang ramai membeli hadiah kepada pasangan masing-masing," katanya.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads