Sabtu, 24 November 2012

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Bercuti <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> Part 1 | Saffuan 9W2SFJ

Posted: 23 Nov 2012 02:52 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Bercuti di Kuching, Sarawak Part 1. Flight dari Kuala Lumpur ke Kuching harga? Hanya RM58 pergi dan balik! Kali ni aku tak lepaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang, yeeeee haaa..... Yang join trip ni ...

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Unit khas dibentuk tangani perjudian atas talian | my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2012 02:02 PM PST

KUCHING: Sepasukan unit khas telah dibentuk untuk menyiasat kegiatan judi atas talian yang berselindung di sebalik pembukaan kafe siber di seluruh negeri.

Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, usaha tersebut penting ekoran kegiatan tersebut yang dilihat semakin berleluasa di negeri ini dan lebih membimbangkan apabila ia melibatkan pelajar sekolah dan kanak-kanak.

"Kami melihat perkara ini dengan serius, disebabkan itu kami telah me-latih beberapa pegawai untuk menyiasat perkara ini terutamanya apabila ia melibatkan budak sekolah kerana kita tidak mahu mereka terjebak de- ngan kegiatan perjudian seperti ini," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan wujud kesukaran untuk pihaknya dalam membanteras kegiatan perjudian tersebut.

"Disebabkan itu, kita mahu semua pengusaha kafe siber lebih bertanggungjawab terutama untuk memastikan tidak berlaku aktiviti perjudian atas talian di premis masing-masing.

"Selain itu, kita juga mengharapkan agar pengusaha tidak membenarkan budak-budak sekolah me- masuki premis mereka kerana kita semua faham, sebut sahaja Internet, pelbagai barang dapat dilakukan," ujarnya.

Terdahulu, Acryl merasmikan Program Jom Sihat di Kompleks Perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tabuan Jaya semalam.

Sementara itu, seorang remaja ber-usia 15 tahun telah ditahan bersama sembilan pelanggan serta pekerja dari dua premis perjudian atas talian di Serian, kelmarin.

Kesemua yang ditahan adalah hasil operasi oleh Unit Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak yang diketuai oleh ASP Mohd Zulkarnian Abdullah di Pekan Serian sekitar jam 6.15 petang.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: PAS <b>Sarawak</b> cadang Presiden tanding <b>di Miri</b>

Posted: 06 Nov 2012 09:19 PM PST

MIRI: PAS Sarawak menyambut baik kesediaan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk bertanding di mana-mana yang parti fikirkan wajar termasuk di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata, kesediaan itu wajar diberi perhatian oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kita juga sangat tertarik dengan hasrat beliau untuk bertanding di Sarawak, sekiranya parti yang mengarahkan beliau melakukannya.

"Kalau beliau diberi kesempatan untuk bertanding di Sarawak, kita cadang beliau bertanding di parlimen Miri kerana Miri adalah kawasan yang majoritinya Cina dan bukan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi pada sidang media semalam bahawa beliau sedia diletakkan bertanding di mana-mana termasuk Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan kesediaan untuk bertanding di Pekan, Pahang iaitu tempat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas lanjut, Jofri yang juga Yang DiPertua PAS Miri berkata, kesediaan Tuan Guru Presiden itu mempamerkan keberanian seorang pemimpin menghadapi risiko walaupun semua tahu kawasan yang beliau hendak bertanding adalah tempat yang sukar untuk Pakatan menang.

"Beliau tidak hanya memilih tempat yang selamat seperti yang biasa pemimpin BN lakukan.

"Tiada yang mustahil untuk beliau memenangi atau menumbangkan pihak lawan sekiranya rakyat di tempat tersebut dapat menerima beliau sebagai penganti pemimpin utama negara," katanya.

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Tiada rancangan tempatkan anggota polis <b>di</b> Pulau Bruit - my <b>Sarawak</b>

Posted: 23 Nov 2012 12:07 PM PST

KUCHING: Kerajaan belum ada perancangan untuk mendirikan pondok polis dan menempatkan anggota polis di Pulau Bruit, kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datu Len Talif Salleh.

Menurutnya, kaedah yang diamalkan bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman kawasan berkenaan ialah mendapat khidmat polis dari Matu atau Daro.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Abdullah Saidol (BN-Semop) pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Abdullah bertanya, "Apakah ada perancangan kerajaan untuk menempatkan anggota polis atau pondok polis di Kampung Bruit bagi memastikan keselamatan di kawasan tersebut?"

Len Talif dalam menjawab soalan tambahan Abdullah berkata, selain itu polis dari Tanjung Manis akan melakukan rondaan di sekitar kawasan Jambatan Serdeng.

Jarak dua lokasi itu, kata-nya, ialah kira-kira 15 minit perjalanan menggunakan kenderaan.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


AMK <b>SARAWAK</b> HAMPIR BUAT KECOH <b>DI</b> PUSTAKA <b>NEGERI</b> <b>...</b>

Posted: 23 Nov 2012 06:00 PM PST

Ingatkan isu menjemput penceramah PKR yang dilakukan Pustaka Negeri Sarawak telah selesai, sebaliknya menjadi semakin kalut apabila Bendahari AMK PKR Sarawak, Arip Amera bersama dengan rakannya  Nazib Ahmad datang ke Pustaka Negeri Sarawak sambil cuba membuat provokasi. Mereka mahukan penjelasan kenapa jemputan ceramah ke atas Arip Ameran dibatalkan? Pastinya Pustaka Negeri Sarawak ada jawapannya.
Kehadiran mereka berdua ke Pustaka Negeri Sarawak diiringi 'bodyguard' berbadan besar. Mereka berdua telah berbincang dengan pegawai Pustaka Negeri Sarawak, Razak Rambili, pegawai yang bertanggungjawab menjemput penceramah PKR Sarawak. Melihat perbincangan tadi ternyata hangat dan semacam tidak puas hati di kalangan pemimpin-pemimpin PKR itu.
Di kala itu, masih ramai jemputan hadir meskipun mereka tahu bahawa sesi Ceramah Umum itu telah dibatalkan pada saat-saat akhir. Mereka mahu tahu apakah yang berlaku dan kenapa ini boleh terjadi? Menjadi tanggungjawab Razak Rambili untuk menjawabnya sebagai wakil pihak penganjur. Tetapi di manakah pegawai-pegawai tertinggi Pustaka Negeri Sarawak dalam menangani isu ini? Ini telah menjejaskan nama Pustaka Negeri Sarawak secara keseluruhannya.
Walaupun telah dibatalkan sebagai penceramah, bekas calon PKR di DUN N.14 Asajaya, Arip Ameran tetap pergi ke Pustaka Negeri Sarawak dengan berpakaian 'smart' bertali leher walaupun penglibatannya sebagai penceramah telah dibatalkan. Beliau berkeras bahawa tindakan Pustaka Negeri Sarawak membatalkannya sebagai penceramah dianggap sebagai tidak profesional. Akibat pembatalan itu juga Arip Ameran tidak banyak bercakap sebaliknya memberikan peluang kepada rakannya Nazib Ahmad bercakap bagi pihaknya. Sedih kot!
Bagi meredakan ketegangan yang dihadapi Arip Ameran, PKR Sarawak telah menyewa fasilitis Pustaka Negeri Sarawak bagi mengadakan perbincangan tergempar. Agaknya mereka membincangkan tindakan yang akan diambil ke atas Pustaka Negeri Sarawak yang membatalkan beliau sebagai penceramah. Berkemungkinan! Siapa tahu?
Apa pun, tindakan Pustaka Negeri Sarawak membatalkan Ceramah Umum ini amat bertepatan sekali. Jika tidak, nama Pustaka Negeri Sarawak akan tercemar dan pegawai atasannya akan menerima padah. Malah, sekarang ini pun nama Pustaka Negeri Sarawak sudah teruk tercemar akibat tiada ketirisan dalam memilih penceramah.
Pustaka Negeri Sarawak wajar belajar daripada kesilapan dan jangan anggap sebagai gedung maklumat maka semua tahu dan boleh buat apa saja. Ingatlah Pustaka Negeri Sarawak itu di bawah Kerajaan Negeri Sarawak bukannya di bawah Kerajaan Negeri Selangor. 

ads