Ahad, 11 November 2012

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Ibadah Korban Pendalaman <b>Sarawak</b> Tahun 1433H / 2012 <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 27 Oct 2012 08:30 AM PDT

Ibadah Korban Pendalaman Sarawak Tahun 1433H / 2012 di Kampung Isu Simunjan

October 27, 2012 by in Events / 0 Comments

Ibadah Qurban Pendalaman Sarawak Tahun 1433H bersamaan 2012 yang diadakan di Kampung Isu Simunjan anjuran Urusetia Saudara Kita bersama Muslim Cares dan penduduk kampung.

Did you like this? Share it:

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


SK ABANG AING, <b>SRI AMAN</b>, <b>SARAWAK</b>.: Majlis Anugerah <b>...</b>

Posted: 08 Nov 2012 05:27 AM PST

Alhamdudillah.
Akhirnya acara kemuncak bagi SK Abang Aing, Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang Kali Ke 81 telah sempurna dilaksanakan. Majlis yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Encik Bihud ak Apok, Pegawai Pelajaran Daerah dilangsungkan di Dewan Suarah, dihadiri oleh kira-kira 800 orang tetamu termasuk penerima anugerah pencapaian cemerlang akademik dan kokurikulum.
Majlis yang turut dihadiri oleh Encik Zaidi bin Sarkawi, Yang Dipertua PIBG, Penghulu Tuan Haji Mohd Haji Salleh, ketua-ketua agensi kerajaan dan swasta, ketua-ketua masyarakat dan ibubapa merupakan majlis yang termeriah yang pernah diadakan. Dalam ucapan perasmian, Encik Bihud menaruh setinggi harapan agar SK Abang Aing terus menjadi sekolah pilihan masyarakat di Sri Aman. Di akhir ucapan, beliau telah mengumumkan peruntukan kerajaan bernilai RM363,000.00 untuk penyelenggaraan psarana sekolah.

Kemuncak dari aturacara yang disusun adalah, penganugerahan Tokoh Kurikulum, Tokoh Akademik dan Tokoh Murid 2012. Wan Muhd Muazzam bin Wan Abdull Khalid dinobatkan sebagai Tokoh Kokurikulum Lelaki dan An'nissa Ariqah bt Jobli sebagai Tokoh Kurikulum Perempuan. Tokoh Akademik pula disandang oleh Farah Haziqah bt Hamdan. An'nissa Ariqah, sekali l;agi mendapat tepukan gemuruh sidang hadirin apabila dinobatkan Tokoh Murid 2012.
Turut diraikan dalam majlis tersebut adalah murid-murid Tahun 6 dan kanak-kanak Kelas Prasekolah yang masing-masing menerima Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Graduasi Prasekolah. 
Tahniah kepada penerima-penerima anugerah dan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada tetamu-tetamu jemputan dan ibubapa yang hadir. Seiring dengan cogan kata "Together We Strike For The Best", SK Abang Aing memang mengharap bantuan dan sokongan semua pihak untuk menjadi sekolah terbilang negeri Sarawak. 
-  semua gambar adalah sumbngan  Abang Mohd Preudrus 

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


KELAS MENGAJI MUSIM CUTI SEKOLAH 2012 ~ ::Taski ABIM <b>...</b>

Posted: 05 Nov 2012 08:54 PM PST


KELAS MENGAJI MUSIM CUTI SEKOLAH 2012
                                  

19 NOVEMBER – 19 DISEMBER 2012
SEMUA CAWANGAN TASKI ABIM
Ibu / bapa yang berminat untuk menghantar anak – anak ke kelas mengaji sepanjang Cuti Sekolah boleh mendapatkan borang penyertaan di setiap cawangan TASKI ABIM Kuching / Kota Samarahan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat TASKI ABIM Kuching  di talian :
Puan Dyg Hajijah bt Hj Awg Ahmad
 

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


pesawat maswings, twin otter terbabas <b>di marudi, sarawak</b>[gambar]

Posted: 07 Nov 2012 05:00 PM PST

Nak Sihat, Nak Kurus??Cuba tengok kat sini
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

SEKUMPULAN anggota bomba memeriksa pesawat jenis Twin Otter milik MASwings yang terbabas semasa mendarat di Lapangan Terbang Marudi, Sarawak semalam.

 Seramai 17 penumpang termasuk seorang juruterbang nyaris maut apabila sebuah pesawat ringan jenis Twin Otter milik MASWings terbabas sebaik mendarat di Lapangan Terbang Marudi di sini semalam.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dalam kejadian pukul 2.33 petang, pesawat MH3562 yang dalam penerbangan dari Miri ke Marudi tersasar sejauh 10 meter dari hujung landasan dan tergelincir ke dalam parit sedalam satu meter.

Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Abu Bakar Mokthar berkata, sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 2.38 petang, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika cuaca dalam keadaan baik dan pesawat terbabit dipercayai terbabas semasa juruterbang melakukan pendaratan.

"Semua penumpang dan anak kapal disahkan selamat. Namun, ada seorang penumpang mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dan terus dikejarkan ke Hospital Marudi," katanya di sini semalam.

11 di daro sarawak - Google Blog Search

11 di daro sarawak - Google Blog Search


Anak melayu pecah monopoli barat dalam kajian Antropologi - Our <b>...</b>

Posted: 28 Oct 2012 03:18 PM PDT


SEJAK tahun-tahun 1800-an lagi penyelidik dan sarjana Barat telah menguasai kajian mengenai Orang Asli di hampir seluruh ceruk dunia termasuk di Malaysia dan Indonesia.
Pada 1824, John Anderson, warga kerja Syarikat Hindia Timur, memperkatakan mengenai suku kaum Semang di Semenanjung Malaya dan J.R. Logan menulis berkaitan Orang Binua di Johor pada 1847.
Lelaki Switzerland, Bruno Manser pernah mendapat sorotan dunia kerana cuba 'memperjuangkan' kawasan pembalakan kaum Penan di Sarawak. Begitu juga bagaimana pengkaji Czech, Paul Schebesta, tinggal di tengah-tengah kaum Semang dan sebelum ini kaum Kubu di Sumatera dan kaum Jakun di Malaya sekitar 1924-1925.
Bagaimanapun, penguasaan pengkaji dan sarjana Barat itu boleh dikatakan berakhir apabila pada 1972, seorang anak Melayu dari Negeri Sembilan, Hood Salleh, yang mempunyai minat mendalam dalam bidang antropologi memilih untuk tinggal bersama-sama Orang Asli Semelai di Tasik Bera, Pahang, bagi mengkaji tradisi dan kebudayaan masyarakat itu.

Beliau yang mendapat ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Antropologi Universiti Oxford, United Kingdom, pada 1978 kini bergelar Profesor Emeritus, terkini bertugas sebagai Pengarah Muzium Warisan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia, seterusnya tinggal bersama kaum Iban di Sarawak iaitu sekitar 1976.
Profesor Datuk Dr Hood kemudian terlibat dalam satu projek penyelidikan Kelastarian Terubok di Daro, Sarawak sebelum tinggal pula di kalangan masyarakat Dusun (Kadazan) di Kundasang, Sabah, dari 2001 hingga 2003. Dalam pada itu, beliau banyak menyentuh aspek penyelidikan alam sekitar yang memberi impak kepada penduduk setempat ketika berada di Kundasang.
Dalam usaha menimba dan menambah lagi pengalaman dan kepakaran beliau, Profesor Hood selanjutnya mendapat gelaran ' Tuhoi' ketika tinggal bersama-sama kaum Maori di New Zealand. Beliau juga pernah berada dalam kelompok peribumi Jepun iaitu kaum Ainu sekitar 1992.
Hasil daripada semua percampuran secara langsung itulah rumusan dibuat oleh Profesor Hood mengenai dimensi hidup dan persekitaran Orang Asli tidak mampu disanggah.
Beliau menarik perhatian bahawa alam lisan dan alam ghaib Orang Asli amat kaya dengan kisah lama yang membayangkan kepercayaan dan kiasan terhadap selok-belok kehidupan dalam kepelbagaiannya.
Di segi sosioekonomi juga, Orang Asli yang tinggal di tengah hutan rimba tropika adalah masyarakat yang kaya. Mereka kaya dengan kemewahan sumber dari bumi termasuk makanan yang sedia ada, proteinnya, karbohidrat, vitamin semula jadi dan sebagainya. Segalanya cukup banyak, amat mudah diperolehi serta bersih dan sentiasa dalam keadaan segar.
Satu aspek penting dalam kehidupan Orang Asli, kata Profesor Hood adalah ilmu perubatan diajar untuk semua anggota keluarga sejak kecil. Ini termasuk pembelajaran mengenai jampi serapah, rahsia kecantikan dan keberanian serta pengetahuan tentang kuasa alam ghaib.
Ibu bapa masyarakat peribumi biasanya bertindak sebagai dukun (pengubat amatur) kerana mereka telah dilatih golongan sebelum ini dan seperti warga tua, semua ilmu itu tidak lupa diaplikasikan setiap kali ia diperlukan.
Umum mengetahui bahawa khasiat tumbuh-tumbuhan di hutan banyak menjadikan penduduk di hutan sihat sejahtera. Malah hutan rimba tropika merupakan sebuah farmasi besar dan sentiasa terbuka untuk digunakan dan diterokai pada bila-bila masa saja.
Segala jenis ubatan daripada tumbuhan yang dibawa keluar sejak dulu masih tidak mengurangkan khazanah perubatan dan bekalan tumbuhan berkaitan di hutan sekeliling kampung Orang Asli.
Penggaga, manggis, petai, bunga kantan, halia, kunyit dan lengkuas adalah antara contoh tumbuhan berkhasiat yang banyak dalam hutan dan sentiasa digunakan.
Pengalaman dan sedikit penerangan mengenai Orang Asli ini terkandung di dalam buku kecil tulisan Profesor Hood bertajuk Memartabatkan Penyelidikan Peribumi di Malaysia.
Dua lagi buku beliau yang menjadi rujukan adalah Peoples and Traditions dan Health and Beauty from the Rainforest - Malaysian Traditional Ramuan. Buku mengenai kesihatan itu mensenaraikan ramuan dan campuran tumbuhan boleh dijadikan ubat dan penawar serta senarai pelbagai tumbuhan dan kegunaannya.
Kini Profesor Hood terlibat dalam projek penyelidikan di bawah Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (2010-2015) membabitkan sekali empat universiti lain di Malaysia untuk mengkaji DNA masyarakat peribumi di Semenanjung.

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


ZAKRI ALI: SENARAI HARTA KEKAYAAN TAIB MAHMUD

Posted: 10 Nov 2012 08:30 AM PST

SENARAI HARTA KEKAYAAN TAIB MAHMUD

1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang Srwk Plantations
Entiti perniagaan ini tlh diswastakn, 60%
pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi

(sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

2. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas Celerity Design Sdn Bhd – Abu
Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

3. 9.000 hektar … di Batang, Limbang Future
Atmosphere Sdn Bhd Abu Bekir Taib.

4. 11,000 hektar di Ulu Medamit, Limbang –
Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

5. 3,000 hektar … di Tinjar,Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad
(keluarga Taib yg
berkahwin dgn bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) & CEO kpd
SCORE Wilson Baya Dandot.

6. 750 hektar … di Jalan, Miri.
7. 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan trbang,
Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd & Mesti
Bersatu Sdn Bhd Taib Mahmud & Raziah Mahmud.

8. 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium
Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

9. 5,000 hektar … di Sungai Teru & Batang Baram –
Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

10. 1,100 hektar di Sungai Karap Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

11. 10,000 hektar di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.

12. 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran
Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

13. 4,000 hektar di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak
Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

14. 4,500 hektar di Sungai Tutoh Syarikat Radiant
Lagoon – Abu Bekir Taib.

15. 5,000 hektar di Sungai Karap & Sungai Kulak –
Amgreen Gain Sdn Bhd –
Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

16. 50 hektar … di Sungai
Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu
Taib) & Hasmi b
Hasnan.

17. 31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai –
Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).

18. 2,600 hektar di Jalan Setium – Mega Bumimas
Sdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi
(sepupu Taib).

19. 10,000 hektar di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd –
Mohamid Morshidi bin
Abdul Ghani (Setiausaha
BN Sarawak).

20. 4,500 hektar … di Similajau
– Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin
Abdul Ghani (Setiausaha
BN Sarawak).

21. 15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.

22. 1,600 hektar … di Setuan –
Hasmi Hasan (proksi Taib).

23. 10,000 hektar di Sungai Takan & Ulu Sungai
Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd Elia Geneid (anak saudara
Taib).

24. 8,000 hektar … di Balingian (sebahagian
besar kawasan ini asalnya
adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu
Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd & Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah
Mahmud (adik Taib) & Robert Geneid (ipar Taib).

25. 10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak
Plantations Entiti
perniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki
olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi
b Hasnan.

26. 5,000 hektar … di Mukah –
Delta Padi Sdn Bhd (Taib
Mahmud) & LCD (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

27. 5,000 hektar di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip
Mahmud.

28. 13,000 hektar di Sungai Bawan Golden Star Ace
Sdn Bhd – Taib Mahmud &
Arip Mahmud.

29. 4,000 hektar di Sungai Sikat, Mukah – Bella
Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

30. 5,000 hektar di Kenyana Rajah Mutiara Sdn Bhd
Taib Mahmud & Arip Mahmud.

31. 2,000 hektar di Loba Kabang – Victoria Square
Development Sdn Bhd Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

32. 2,050 hektar di Penasu Igan – Victoria Square
Development Sdn Bhd
Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

33. 5,000 hektar di Antara Batang, Oya & Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn
Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

34. 10,500 hektar di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip
Mahmud.

35. 768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus –
Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd Ibrahim Mahmud(abang/
adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara
Taib) & Mahmud bin Ibrahim (anak saudara
Taib).

36. 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) &
LCD(pengerusinya
ialah Taib Mahmud).

37. 2,000 hektar … di Batang
Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) &
LCDA (pengerusinya
ialah Taib Mahmud).

38. 100 hektar … di Sungai
Lengan, Sibu – Delta Padi
Sdn Bhd (Taib Mahmud) &
LCDA (pengerusinya
ialah Taib Mahmud).

39. 600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong –
Sarawak Plantations –
Entiti perniagaan ini telah
diswastakan, 60%
pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi
(sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

40. 1,113 hektar di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann
Holdings) – Hamid Sepawi
(sepupu Taib).

41. 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm
Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) Hamid
Sepawi (sepupu Taib).

42. 90 hektar … di Kampung
Tebang, Batang Lassa,Daro – Multi Maximum
Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) Hamid
Sepawi (sepupu Taib).

43. 15,000 hektar di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd & Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud
(abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik
Taib) & Azerina Mohd Arip (ipar Taib).

44. 7,700 hektar di Paloh Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA
(pengerusinya ialah Taib
Mahmud).

45. 9,000 hektar di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu
Bekir Taib (anak Taib).

46. 5,000 hektar … di Sungai
Selepong & Sungai Kawasan – Ample Agro
Sdn Bhd – Fatimah Abdul
Rahman (kakak/adik kpd YB Norah binti
Abdul Rahman yg juga sepupu Taib).

47. 70,000 hektar di Bijat Land District, Sri Aman –beberapa buah syarikat yg diuruskan olh
Titanium Management
Sdn Bhd – Abu Bekir Taib
(anak Taib Mahmud).

48. 2,300 hektar di Sungai Klauh & Sungai Dor –
Tabaruk Abadi Sdn Bhd Ali Mahmud (abang/adik
Taib Mahmud).

49. 700 hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak
Plantations Entiti
perniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki
olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi
b Hasnan.

50. 900 hektar … di Melugu,Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan,
60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi
b Hasnan.

51. 7,000 hektar di Simunjan Gedong
Plantation Sdn Bhd –Naroden Majais (ahli
politik BN).

52. 5,000 hektar di Batang
Sadong – Indranika Jaya
Sdn Bhd – Naroden Majais
(ahli politik BN).
53. 5,600 hektar … di Batang
Sadong – Hydroflow Sdn
Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).

54. 700 hektar … di Antara
Sungai Igom – Poliga Sdn
Bhd – Ahmad bin Su'ut
(bomoh Taib Mahmud).

55. 1,000 hektar … Sarawak
Plantations – Entiti perniagaan ini telah
diswastakan, 60%
pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi
(sepupu Taib) d Hasmi b Hasnan.

56. 500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su'ut (bomoh Taib
Mahmud).

57. 354 hektar … tanah NCR
penduduk Kampung
Segenam, di antara Batang Sadong &
Ensengai Road, Serian –diberikan kpd Usaha
Jasamaju Sdn Bhd –pemegang saham Usaha
Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), Ting
Kang Hwa (187,500 unit),
 

Betty Yii Pick Koung (7,500
unit), Wong Kuok Kai
(325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit),
 
Knightswealth Sdn Bhd
(50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit),
 
Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit),
Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) &
Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) – Nota :
 
Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun drpd Ta Ann Holdings & Chai
Min Kian adalah politikus parti komponen BN
Sarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dgn Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yg merupakan Pengerusi
Eksekutif Ta Ann
Holdings.

58. 3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad
Raziah Mahmud (kakak/adik Taib).

59. 10,000 hektar di Sungai Bakong & Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd –
Abu Bekir Taib (anak Taib
Mahmud).

60. 700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA
(pengerusinya ialah Taib
Mahmud) & Lanco Plantations (keluarga Arip
Mahmud – abang/adik
Taib).

61. 1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga Sarawak Plantations –
Entiti perniagaan ini telah diswastakn, 60%
pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi
(sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

Sumber: kingofgoblok
Kekayaan perbadi Taib
ialah AS$ 15 Billion (RM
46 Billion), Harta
keluarga AS$21 bilion
(RM64 bilion).


di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Indahnya Perubatan Islam, Pustaka <b>Negeri Sarawak</b>, Kuching.

Posted: 03 Nov 2012 06:55 PM PDT

Syukur alhamdulillah, pada 13hb Oktober yang lepas, saya dan beberapa orang sahabat telah berpeluang untuk menghadiri seminar "Indahnya Perubatan Islam" bertempat di Pustaka Negeri Sarawak oleh ustaz Sharhan Shafie. Seminar ini adalah anjuran Darussakinah dan Sinar Zamdurrani dalam rangka program kembara dakwah negeri Sarawak.

Setelah sekian lama menunggu guru-guru besar ilmu perawatan Islam dari semenanjung untuk datang ke Sarawak, akhirnya Allah memilih ustaz Sharhan untuk datang dan memncurahkan ilmu beliau kepada penduduk Bumi Kenyalang yang amat memerlukan ilmu ini secara langsung dari batang tubuh yang empunya ilmu itu sendiri. Jika selama ini penduduk Sarawak hanya berkesempatan melihat ustaz dari jauh iaitu menonton televisyen dan mempelajari tips dari sebalik kaca tv, kini kesemua peserta seminar bertuah kerana mendapat ijazah langsung secara talaqi beberapa ayat ruqyah untuk rawatan penyakit zahir dan batin daripada ustaz Sharhan sendiri.

Seminar yang berlangsung selama sehari itu teramat padat sehinggakan ustaz tak menang tangan untuk menjawab soalan yang banyak diutarakan oleh para peserta. Namun ustaz tetap tidak lupa untuk menurunkan ilmu beliau iaitu asas kepada makhluk halus dan alam ghaib, ciri-ciri bomoh dan pawang, asas perubatan Islam, ayat-ayat ruqyah untuk penyakit zahir dan batin, doa untuk anak, ayat untuk penyakit jiwa seperti pemarah dan lain-lain, dan di hujung seminar setelah memberi dan mengajar teknik merawat pesakit histeria, ustaz telah mendapat permintaan pesakit dari Miri untuk dibuang susuknya. Pesakit ini yang dari lagak rupanya mungkin seorang bekas pondan, mengaku telah memasang susuk dengan tujuan untuk kecantikan dan menarik pasangan. Ustaz bersetuju untuk merawat dan pesakit tersebut juga bersetuju untuk dirawat di hadapan peserta seminar sebagai demo untuk membuang susuk.

Sebelum merawat, ustaz melakukan amalan-amalan iaitu zikir dengan tujuan untuk mengeluarkan susuk tersebut. Kami dimaklumkan bahawa ustaz akan melakukan beberapa amalan rohani untuk memudahkan proses mengeluarkan susuk, mungkin juga bertujuan untuk 'menawar' kekuatan jin pada susuk tersebut agar mudah dikeluarkan. Kami melihat si pesakit meletakkan hidung dan mulutnya pada bibir pinggan yang diisi air zam zam. Setelah itu ustaz menepuk-nepuk kepala pesakit sambil menuangkan air zam zam dan membacakan ayat-ayat ruqyah. Dengan izin Allah, susuk tersebut keluar melalui batuk si pesakit dan susuk tersebut merupakan sejenis susuk jarum emas. Susuk itu kemudiannya ditunjukkan kepada semua peserta seminar.

Ustaz Sharhan juga menunjukkan kepada kami demo untuk melemahkan pesakit histeria dan mengijazahkan ayatnya. Selain itu, ada juga beberapa peserta seminar telah diperiksa oleh ustaz dan didapati ada gangguan jin dalam tubuh mereka. Mereka mengakui mereka mengalami gangguan dan sering sakit-sakit. Ketika ayat ruqyah dibacakan, 4 daripada 5 peserta seminar tersebut kerasukan. Ada antaranya yang bertutur dalam bahasa Siam sedangkan peserta tersebut berbangsa Melayu dan tidak pernah belajar bahasa Siam.

Di akhir seminar pada sebelah petangnya ada sesi soal jawab. Inilah sesi yang ditunggu-tunggu dan ustaz menerima banyak soalan seputar makhluk halus dan sihir. Ustaz berusaha untuk menjawab kesemua soalan namun masa tidak mengizinkan kerana beliau terpaksa bergegas untuk bersiap bagi mengisi kuliah Maghrib di Masjid At Taqwa kpg Gita dan merawat pesakit selepas Isyak di lokasi yang sama.

Kami dipesan oleh ustaz Sharhan agar mengamalkan ayat-ayat yang diijazahkan dan merawat orang ramai dengan seikhlas hati tanpa mengenakan caj atau mengharapkan upah. Ayat yang diijazahkan itu selain daripada ayat-ayat rawatan, ada juga ayat pendinding yang bertujuan untuk pelindung diri. Ayat-ayat ini hendaklah diusahakan membacanya setiap kali selesai solat fardhu.

Saya secara peribadi amat berpuas hati dengan seminar ini. Walaupun saya sendiri pernah belajar dan merawat orang, namun banyak juga ilmu baru yang saya perolehi daripada ustaz Sharhan. Ilmu itu bagai lautan luas yang tidak bertepi. Kita fikir yang diri kita sudah berilmu atau cukup ilmu, tetapi jika kita buka minda dan hati kita nescaya kita akan dapati bahawa ada banyak lagi benda yang perlu dipelajari di dunia ini.

Saya juga sudah menggunakan ayat-ayat ruqyah yang diajar dalam seminar tersebut dalam sesi rawatan untuk pesakit saya. Alhamdulillah, berkat ilmu dari ustaz Sharhan dan izin Allah, pesakit tersebut sembuh.

Wallahu 'alam.

ads