Khamis, 8 November 2012

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Kopi O Kaw: Kebakaran <b>Di</b> Rancangan Perumahan Rakyat, <b>Sri Aman</b>,

Posted: 12 Oct 2012 03:18 PM PDT

Kira-kira jam 4.50 petang, siang tadi telah berlaku kebakaran di sebuah kawasan perumahan, di bandar Sri Aman, Sarawak. Dalam kejadian tersebut, sebuah rumah telah musnah sama sekali akibat litar pintas. Pasukan bomba dan penyelamat yang tiba setengah jam kemudian hanya dapat mengawal kebakaran dari merebak ke kediaman lain yang berdekatan. Kebakaran hanya dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira satu jam kemudian.

Menurut Encik Morshidi Mohamad, rumah separuh konkrit yang telah dihuni bersama keluarga selama lebih 32 tahun musnah sama sekali dalam masa satu jam. Beliau hanya dapat menyelamatkan keluarga beliau dengan pertolongan jiran-jiran berdekatan, tambahnya dengan rasa sebak. Kebakaran yang berlaku telah menyebabkan beliau dan keluarga berada dalam keadaan sehelai sepinggang. Harta benda termasuk dokumen-dokumen penting telah musnah sama sekali.

Rata-rata saksi di tempat kejadian, melemparkan nada kekesalan dengan sistem pili bomba yang tidak diselenggara. Keadaan tekan air yang terlalu rendah menyukar usaha pihak bomba dan penyelamat memadam kebakaran dengan lebih cepat. Mereka berpendapat sekiranya tidakan cepat pihak bomba dan penyelamat dibantu dengan keadaan tekanan air yang kuat, bahagian tingkat bawah dapat diselamatkan. 
Walau apa pun rungutan dan kekesalan yang kedengaran pihak bomba dan penyelamat telah bertindak pantas dengan mengawal api merebak ke dua buah rumah yang berdekatan. Syabas kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Polis Diraja Malaysia, yang mengawal keadaan. 
Sesungguhnya, apa yang berlaku itu kehendak Allah jua dan ada hikmah di sebaliknya. Didoakan agar mangsa kebakaran dan keluarga sentiasa sabar dan cekal menghadapi cabaran dan dugaan dari Allah SWT. Amin.

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Kes pecah rumah tertinggi <b>di Sarikei</b> | my <b>Sarawak</b> - News coverage <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 03:48 PM PDT

SERAH TUGAS: Kelihatan Nik (kanan) melakukan penyerahan
tugas secara rasmi kepada Ahamad (kiri) sambil disaksikan oleh
Poniman (tengah).

SARIKEI: Kes pecah rumah mencatat jumlah tertinggi daripada keseluruhan kadar indeks jenayah yang dicatat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei bagi tempoh Januari hingga pertengahan Oktober ini.

Ini terutamanya apabila ia dibandingkan dengan dua jenis kes yang biasa berlaku iaitu kes melibatkan curi kereta dan motosikal, kata Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei DSP Poniman Margiman.

Katanya kes pecah rumah yang membabitkan rumah sewa adalah paling banyak berlaku.

Sehubungan itu beliau mahu orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjadi saksi kejadian agar membuat laporan segera kerana tindakan serupa mampu memberi peluang kepada polis mengambil tindakan segera, terutama dalam membanteras dan mengatasi jenayah tersebut.

"Kadar indeks jenayah yang berlaku pada tahun ini telah menunjukkan penurunan sebanyak 13.75 peratus daripada tahun lepas bagi tempoh yang sama.

"Pada 2011, sebanyak 269 kes jenayah kami terima manakala bagi tahun ini pula kes yang kami terima ialah 232 kes dan daripada jumlah tersebut ia telah menunjukkan penurunan sebanyak 37 kes berbanding tahun lepas.

"Walaupun kes-kes jenayah masih ada berlaku di daerah ini, tetapi keadaannya masih terkawal dan selamat," kata Poniman.

Beliau berkata demikian sewaktu penyerahan tugas melibatkan Pemangku Ketua Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran IPD Sarikei Inspektor Nik Mohd Nazri kepada Ketua Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran IPD Sarikei yang baharu ASP Ahamad Fauzi Sabri, semalam.

Kekosongan jawatan tersebut telah berlaku apabila pemegang jawatan berkenaan iaitu ASP Willie Kikih telah dinaikkan pangkat dan berpindah ke Kuching.

Manakala bagi Ketua Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran IPD Sarikei yang baharu pula, ASP Ahmad Fauzi beliau telah berpindah dari IPD Miri ke IPD Sarikei.

Dalam ucapan alu-aluannya pada majlis tersebut, Poniman menyeru semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar terus memberikan komitmen terhadap tugas yang telah diamanahkan.

"Dalam pihak kita menggiatkan aktiviti Komuniti Policing yang berobjektif merapatkan lagi hubungan pihak polis dengan masyarakat, kita telah menyediakan pelbagai program untuk aktiviti ini.

"Salah satunya pada Ahad ini (21 Oktober) kita bersama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Chan Chuan akan menganjurkan kempen derma darah dan aktiviti pemeriksaan kesihatan.

"Sehubungan itu, kita menyeru kepada masyarakat dan anggota PDRM khasnya, agar turun beramai-ramai pada program ini nanti kerana ia adalah satu daripada tanggungjawab sosial," ujarnya.

Kata Poniman lagi, program ini akan diadakan di Dewan Suarah Sarikei bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari pada hari tersebut.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


Gallery: Pelik : Pisang bertandan 3 <b>di Lundu</b> , <b>Sarawak</b>

Posted: 19 Jul 2012 03:29 AM PDT


Pelik Tapi Terjadi : Namhin Umping iaitu penduduk Kampung Pasir Ulu Biawak , Lundu Sarawak - Memilikki Pisang yang mempunyai 3 Tandan Buah . Kiriman Louis Dennis Laki Ajik . Selanjutnya di Sini

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Jelajah Merdeka Rakyat DS Anwar <b>Di</b> Kabong <b>Saratok</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 02 Nov 2012 09:31 PM PDT

Sabtu, 3 November 2012

Kamek Mauk Berubah !

SIRI JELAJAH MERDEKA RAKYAT DSAI DISARAWAK..!! TANYA SAMA NAJIB.. MENGAPA KAU GOYANG... NANTI JAWAB NAJIB.. SARAWAK NAK HILANGGGGGGGGGG. (DSAI di kabong,seratok srwk)


Sabtu, 3 November 2012

Jelajah Merdeka Rakyat DS Anwar Di Kabong Saratok, Sarawak, Semalam 

Kamek Mauk Berubah !

SIRI JELAJAH MERDEKA RAKYAT DSAI DISARAWAK..!! TANYA SAMA NAJIB.. MENGAPA KAU GOYANG... NANTI JAWAB NAJIB.. SARAWAK NAK HILANGGGGGGGGGG.


Jelajah Merdeka Rakyat DS Anwar Di Kabong Saratok, Sarawak, Semalam 

Kamek Mauk Berubah !

SIRI JELAJAH MERDEKA RAKYAT DSAI DISARAWAK..!! TANYA SAMA NAJIB.. MENGAPA KAU GOYANG... NANTI JAWAB NAJIB.. SARAWAK NAK HILANGGGGGGGGGG.

ads