Selasa, 7 Ogos 2012

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Lelaki Cuba Terjun Pesawat Air Asia <b>Di Miri Sarawak</b> | melvister.com

Posted: 04 Aug 2012 09:06 PM PDT

Seorang penumpang lelaki cuba terjun dari pesawat Air Asia ketika pesawat tersebut cuba memecut laju untuk memulakan penerbangan dari Miri Sarawak. Lebih mengejutkan lagi lelaki itu adalah pramugara pesawat berkenaan. Menurut sumber, pramugara ini ternampak lembaga aneh sebelum membuka pintu kecemasan.

cuba terjun pesawat air asia

Petikan Akhbar

Kira-kira 200 penumpang sebuah pesawat AirAsia berdepan saat menakutkan apabila pintu kecemasannya tiba-tiba dibuka oleh seorang lelaki sewaktu pesawat itu memecut untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri malam tadi. Lebih mengerikan, dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, lelaki berketurunan Cina yang dikenali sebagai Chong dipercayai berusia 24 tahun bertindak nekad terjun ke landasan sebelum pesawat dihentikan serta merta oleh juruterbang yang dimaklumkan tentang kejadian berkenaan.

Chong bersama teman wanitanya menaiki pesawat tersebut untuk ke Kuala Lumpur. Berikutan kejadian itu, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Miri dihentikan seketika bermula 9 malam. Berdasarkan laporan tidak rasmi, Chong dilaporkan dalam keadaan kritikal. Walau bagaimanapun punca beliau bertindak demikian belum diketahui dan masih dalam siasatan polis

Incoming search terms:

  • airasia miri penumpang
  • kejadian aneh di airport miri
  • lelaki terjun pesawat airasia
  • pesawat air asia terhempas 2012
  • pramugara air asia terjun
  • pramugara terjun pesawat 2012
  • terjun pesawat
  • terjun pesawat airasia di miri

Teruskan Membaca:

  1. Bapa Lee Chong Wei Cuba Bunuh Diri Terjun Jambatan
  2. Pesawat Air Asia Terhempas Di Kuching
  3. Video Gadis Vietnam Serang Penumpang Dalam Pesawat
  4. Gambar Pesawat Air Asia Terbabas Di Kuching
  5. Gambar Ruangan Dalam Pesawat Airbus A380 Malaysia
  6. Gempar Penemuan Buaya Tembaga Di Miri Sarawak

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Hasrat Larry bertanding <b>di Lubok Antu</b> ditolak | Malaysian Daily News

Posted: 11 Jul 2012 04:58 PM PDT

Posted by ladowanie123 on July 11th, 2012

LUBOK ANTU: Hasrat Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng yang berminat bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) William Nyalau Badak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti umpama mencurah air ke daun keladi. Ini berikutan pengundi di Parlimen Lubok Antu bukan sahaja enggan memberi sokongan kepada calon dari luar Lubok Antu malah menolak sama sekali kaum lain mewakili mereka. Larry dikhabarkan akan bertanding di Lubok Antu bagi berhadapan dengan Nyalau dan Andy Jackson menentang Masir Kujat di Sri Aman. Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Engkilili Kaunselor Bangkong Maweng berkata, rakyat di Parlimen Lubok Antu sudah masak dalam politik dan hasrat Larry hendak bertanding di kawasan yang dihuni majoriti kaum Iban itu adalah ditolak sama sekali. Menurutnya, pengundi Parlimen Lubok Antu ingin sekali melihat anak jati dari Lubok Antu yang menjadi wakil rakyat BN mewakili mereka. Tambahan pula Larry mewakili parti SWP yang menentang kerajaan BN dan sudah pasti Larry tidak akan diterima sama sekali oleh mereka nanti, ujarnya. "Kami di sini fobia sama sekali apabila melihat calon luar bertanding di kawasan kami, tambahan pula Larry orang luar dan pembangkang pula dan sudah pasti kami akan menolaknya," katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam. Sehubungan itu Bangkong mengajak pengundi di Parlimen Lubok Antu agar tidak memberi undi sama sekali kepada anak Datuk Sng Chee Hua itu sekiranya hasratnya hendak menentang Nyalau menjadi kenyataan kelak. 'SWP ini bukan parti mesra BN seperti mana yang pemimpin mereka uar-uarkan tetapi ia adalah parti pembangkang yang bertujuan memesongkan fikiran kaum Dayak terutama Iban di kawasan pedalaman," ujarnya. Larry yang berketurunan Cina dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus adalah berasal dari Kapit. Sebelum ini Larry berhasrat hendak bertanding menentang Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun di Selangau. Tetapi hari ini sudah tidak kedengaran lagi apabila dikhabarkan mendapat sambutan dingin daripada kalangan pengundi di Selangau. Sementara itu Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Engkilili Kaunselor Sibat Krutap menasihati pengundi di kawasan Lubok Antu terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili agar bersatu menentang Larry sekiranya dia hendak mencuba nasib bertanding menentang Nyalau di Parlimen Lubok Antu. Menurutnya, pengundi di sini harus menolak Larry yang bukan asal orang Lubok Antu. "Kami bukan takut dengan Larry tetapi enggan orang luar menjadi wakil rakyat kami di sini. "Cukuplah yang kami alami di DUN Engkilili yang menyokong bekas wakil rakyat Toh Heng San dari Song sebelum ini.

See original article:
Hasrat Larry bertanding di Lubok Antu ditolak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

ads