Jumaat, 15 Jun 2012

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


Cikgu Khas Yang Kenit: Cuti - cuti <b>di Lundu</b>, <b>Sarawak</b> (PPISMP <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2012 06:20 PM PDT

Aslmualaikum .
Ae khabar harini ? Cikgu Kenit alhamdulillah chat walafiat . arini saya nak kongsi ckit ttg percutian kami sekelas di Lundu . haa . pernah pegi x ? Kalau yg dok sarawak tu mmg lah pnah kan ? :D ok . Kami g bercuti aritu 28 April 2012 . best giler .. :D . punyalah awal kami bangun .. pkul 6 pagi . sbb dorg ckap nak kena angkt barang kasi masuk dalam bas lagi . spanjang percutian ni saya handle sebagai AJK PERMAINAN . kalau xd permainan mmg boring lah kan . aritu mmg excited sgt kami sekelas nak p sana . sebab dalam otak kami hanya ' Berenang~berenang '. eleh. nak jadi itik lah tu . ha . kami bertolak dari kampus jam 8 . wait2, lupa pulak nak kasitau, tutor kami ada ikut sekali . nak tgok muka dia ? ni diaaaa .

nilah tutor kami . hensem x :)
ha ,nilah keadaan kami dalam bas . carilah yg mana satu saya . carilah ~
haaa . dh nampak sy ? hehehhe . cuba tengok . kami bdua pakai "BAJU PISANG"
ada lagi sorg yg pakai . die xmasuk dlm gambar . maaf ye .
korg tau x . masa kami turun dari hostel .semua org fokus ngn kami . tau x sbb apa ? hahha . sbb pakai baju kuning yg menyerlah sangat tu . hhaha . kat belakang ni ttulis "kami bangga jadi guru"..korg ade ? xkan.. =.=' . ha . cuba korg fokus2 kat bnda yg saya pgang tu . itulah teddy bear sy . saya bawak jugak sebab nak ajar die berenang . takut nanti sy rindu dia :D
masa dlm bas mmg lah bising sgt2 . lebih2 lagi dgan keadaan anak tutor yg nkal . eh, tutor bawak anak dia tau . nakal giler ., nasib baik dia xgggu sy . kalau x abis lah budak tu . ambik pelekat, lekat kat mulut dia. nasib baik anak murid papa ko yg sorg ni baik tau . hahha . pjalanan kmi ke Lundu ambik masa 1 jam  lebih . dkat nak 2 jam . pening la kpala saya dalam bas . 
apabila sampai, kami singgah dulu kat pekan Lundu . makan dulu .. pastu baru g waterfall Gunung Gading. mmg excited la sy sbb lama dah x p berenang .kalau pandai berenang xpelah . 
tengoklah muka bangga saya . time ni dah nak daki gunung nak g waterfall . hikhik .
penat oo naik gunung. tutor time tu ikut daki tapi dah sparuh jalan dia patah balik . xsemua klasmet sy join . sape yg nak berenang, mmg ikut la . tmasuk sy . :) . smpai je kat waterfall sy rasa mcm mau terjun dah . sbb airnye sejuk .. sy ape tggu lagi, bukak kasut, lpas beg pastu terjun . tapi g kat tmpat cetek je sbb xpandai berenang . hehehee . mmg la seronok sgt2 waktu tu . rase nak g lagi je .. 
balik dr waterfall kmi trus ke chalet . n then kmi rehattt.........
ptg tu kmi men bola tampar . dh pnat sgt bmain, kami p berenang kt tepi pantai tu . air laut punyalh masin . sampai air tu masuk lam mata mmg pedih sgt2 . saya berenng mcm org terer je . sampaikan kawan sy tya, "ko pandai berenang ke ctot" . a'aaa . pandailah sangat sbb ade bola . hahahaha ! n then malam tu pulak kami BBQ .. sedapny .. ! terima kasih pak wan (pmandu bas) sbb tlg kami .. selesai semua dorg ad buat unggun api . saya pulak mana join . dah bedengkur dalam bilik . macam lah penat sangat , BBQ pn xnak tlg . tlg makan je . hahaha a . esoknye pulak kami buat aktiviti lagi . iaitu carik gula batu dalam tepung n tiup belon sampai pecah . AMEKAU ! hahaha . saya kan Ajk permainan, so sy slamatlah . :D teheeee . abis r muke dorg . ngn wajah2 yg mcm zombi dh sy tengok . abis semua aktiviti kmi siapkan diri n balik .. :D . tapi , snggah ke Gua Angin dulu .. nasib kami xbaik aritu sbb tmpat tu masih d renovate .. hmm . btw, mmg best giler r . ye la . bsama ngn kengkawan tsayang . i LOVE u all PPISMP PKMP1 :)
balik ostel je sy terus baring n tido sampai besok paginye .. penat tawu ! T.T .. oklah . ni je cerita kembara kami . xbest pon . hahaha! hope u all enjoy mmbaca :) bye ! wasalam .

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


PAS Kawasan <b>Miri</b>: Pelajar Bumiputera <b>Sarawak di</b> Diskriminasi ?

Posted: 11 Jun 2012 04:30 AM PDT

Mengapa Pelajar Bumiputera Sarawak Sukar Diterima Masuk ke UiTM?


Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah universiti kerjasama pendidikan awam dengan kampus utama yang terletak di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Ia adalah institusi utama Sistem Universiti Teknologi MARA, universiti terbesar di Malaysia dari segi saiz dan enrolmen pelajar dan satu-satunya universiti awam yang menjalankan pengambilan dua kali setahun.

Kemasukan universiti adalah terbuka kepada Bumiputera dan pelajar antarabangsa sahaja, kecuali bagi program-program persediaan yang dijalankan di Pusat Pendidikan Antarabangsa (INTEC), Malaysia di mana bukan Bumiputera diterima. Dasar ini dilindungi menurut kuasa Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

Kita ada menerima aduan daripada ibubapa pelajar bumiputera Sarawak yang mengatakan sukar bagi anak mereka untuk masuk ke universiti tersebut disebabkan status bangsa anak mereka terutama sekali ibu mereka bukan bumiputera sedangkan bapa mereka adalah bumiputera asal Sarawak, Kalau mengikut keturunan selalunya ikut daripada keturunan seorang bapa bukannya ibu.

Apakah taraf status sebenar "Bumiputera" yang dibenarkan oleh UiTM dalam pengambilan pelajar bumiputera dari Sarawak?

Adakah kedua ibubapa pelajar mesti bumiputera sepenuhnya? Bagaimana pula sekiranya bapa pelajar bumiputera berkahwin dengan ibu yang bukan bumiputera maka adakah anaknya tidak diiktiraf sebagai bumiputera?

Inilah persoalan yang sering timbul kepada pelajar bumiputera Sarawak yang ingin melanjutkan pelajaran ke UITM dimana masalah akan timbul apabila bapa pelajar bumiputera berkahwin campur dengan orang bukan bumiputera.

Ibubapa pelajar dari Sarawak khususnya amat kesal dengan sikap pengurusan UiTM dalam urusan pengambilan pelajar baru dari Sarawak disebabkan status ibubapa mereka.

Kita mendesak agar pihak kementerian pelajaran dapat menjelaskan dengan segera taraf status Bumiputera yang sebenarnya agar tidak menyusahkan pelajar bumiputera Sarawak dari terus terpinggir dari pelajaran. Kebanyakan perkara ini berlaku kepada pelajar bumiputera Sarawak yang kedua ibubapanya berkahwin campur.

Jangan pinggirkan atau diskriminasi pelajar bumiputera dari Sarawak untuk sama-sama maju kehadapan bersama pelajar dari Semananjung kerana Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia. Berlaku adillah kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik demi masa depan pelajar tersebut nanti.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, SARAWAK

English version
Why Sarawak Bumiputera students Difficult to be accepted into UiTM?

UiTM MARA University of Technology is a co-educational public university with its main campus located in Shah Alam, Selangor, Malaysia. It is the flagship institution of the Universiti Teknologi MARA System, the largest university in Malaysia in terms of size and student enrollment and the only public university carrying out intakes twice a year.

University admission is open to Bumiputeras and international students only, except for preparatory programmed conducted at International Education Centre (INTEC), Malaysia where non-Bumiputeras are admitted. This policy is protected by virtue of Article 153 of the Constitution of Malaysia.

We have received complaints from parents of the Sarawak native's students say it is difficult for their children to go to university because of the racial status of their children especially their non-indigenous mothers while their father was the original natives of Sarawak, if we follow the descent usually follow a descendant of a father rather than mother.

What is the standard of the actual status of "Bumiputera" authorized by UiTM in the recruitment of indigenous students from Sarawak?

Are both parents of the students must be fully native? What if the father of the students is indigenous and married to mothers who are not indigenous, is it not recognized as an indigenous child?

These are questions that often arise by the Sarawak indigenous students to pursue their studies to UiTM where the problem arises when the father of indigenous students intermarried with non-Natives.

Parents of students from Sarawak in particular very disappointed with the attitude of the management of UiTM in the recruitment of new students from Sarawak because of the status of their parents.

We urged the ministry of education can quickly explain the actual standard of Bumiputera status so as not to inconvenience the Sarawak indigenous students from marginalized from education. Most of this is happening to the Sarawak indigenous students who inter-married parents.

Do not confinement or discrimination the indigenous students from Sarawak to move forward together with students from Peninsular because Sarawak is part of Malaysia. Be fair to all regardless of race, religion and political belief for the future of these students later.

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Saya sedia defend kerusi Parlimen <b>Lubok Antu</b> - Utusan <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 16 May 2012 09:12 PM PDT


Caption: ADA BAKAT...Nyalau dan Rayong (belakang) ketika melakukan upacara Ngetas Ranyai bersempena dengan majlis itu di SK Nanga Menjuau kelmarin.
ENGKILILI, Isnin (7 Mei) - Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak tidak gentar untuk berhadapan dengan calon parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
Beliau bersedia berbuat demikian jika diberi kepercayaan untuk mengibar semula bendera Barisan Nasional (BN) untuk berhadapan dengan calon dari Parti Pekerja Sarawak (SWP) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Jentera pilihan raya saya di Parlimen Lubok Antu sudah bersedia untuk PRU13 ini. Dengan kata lain saya tidak gentar berhadapan dengan kehadiran mereka pada pilihan raya itu nanti," katanya.
Nyalau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau (Makan Tengahari) Sekolah Kebangsaan (SK)  Nanga Menjuan 2012, di kawasan Ulu Skrang , Engkilili kelmarin.
Sementara itu Nyalau turut menasihatkan para pelajar di kawasan pedalaman agar melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan secukupnya sebagai bekalan untuk mencari pekerjaan pada masa hadapan.
"Justeru jika ingin bekerja di bandar dan mendapat pekerjaan yang baik maka mereka lengkapkan diri masing-masing dengan ilmu pendidikan dengan secukupnya terlebih dahulu," katanya.
Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Guru Besar SK Nanga Menjuan, Morshidi @Morsidi Haji Serah dan ketua masyarakat di sini.
Nyalau menerusi majlis berkenaan telah pun mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM15,000 kepada Persatuan Ibubapa Dan Guru SK Nanga Menjuau, Ulu Skrang.
SK Menjuau yang mempunyai hanya 47 orang murid pada masa sekarang adalah merupakan sebuah sekolah yang terletak paling hujung dalam kawasan sepanjang sungai Ulu Skrang, Engkilili.

11 di daro sarawak - Google Blog Search

11 di daro sarawak - Google Blog Search


Pembalakan Haram Berleluasa <b>di</b> Kpg. Bruit, <b>Daro</b> | Aduan Rakyat <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2012 05:30 AM PDT

Pembalakan haram semakin berleluasa di Kpg. Bruit, Daro, Mukah, Sarawak. Kayu-kayan ditebang sesuka hati. Mereka adalah pembalak-pembalak haram berbangsa Cina. Tiada satu sen pun hasil daripada pembalakan tersebut diberi kepada penduduk Bruit.

Tetapi, menurut seorang daripada pembalak haram tersebut, mereka ada memberi wang hasil daripada pembalakan haram kepada Penghulu kampung malangnya tiada satu sen pun hasilnya diberi kepada penduduk kampung. Jika benar seperti yang dikata, mesti ada sesuatu di sebalik pembalakan haram tersebut. Yang menjadi mangsanya ialah penduduk Kpg. Bruit, terganggu punca pencarian. Air sungai menjadi keruh. Kawasan hutan yang menjadi Hutan Simpan ditebang sesuka hati oleh pembalak haram dari luar dan dengan sewenang-wenangnya mengaut untung.

Pihak kami menjemput pihak Aduan Rakyat untuk turun padang dalam menyelesaikan pemasalahan ini. Sekian, terima kasih.

By: JAAFAR

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan:

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Kerajaan dengar masalah dihadapi penjaja dan peniaga <b>di</b> negeri <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2012 06:50 PM PDT

KUCHING: Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga akan menganjurkan sesi dialog bersama Persatuan Penjaja dan Peniaga Sarawak dalam masa terdekat ini.

Menterinya Datuk Fatimah Abdullah berkata tujuan dialog itu adalah untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi penjaja dan peniaga di negeri ini.

Tambahnya, ia juga bagi mencari jalan penyelesaian selain mengetahui perkembangan terutama dari segi aspek kebajikan setiap ahli dalam persatuan itu.

"Satu sesi dialog bersama persatuan ini dengan kementerian saya bagi mengetahui masalah dan perkembangan terutama aspek kebajikan ahlinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa menghadiri Majlis Makan Malam Hari Ibu Bapa anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Bahagian Kuching dan Samarahan di Dewan Persatuan Gereja-gereja Sarawak di sini malam kelmarin.

Pada masa yang sama, Fatimah turut memberitahu bahawa kementeriannya bukan untuk Bumiputera sahaja tetapi juga untuk semua kaum termasuk Cina.

"Kamu jangan salah faham mengenai kementerian di bawah tanggungjawab saya ini hanya untuk Bumiputera sahaja kerana ia adalah untuk semua kaum di negeri ini kerana kita 1Malaysia.

"Jadi, jika kamu ada masalah tentang kebajikan atau keluarga boleh merujuk ke kementerian saya," katanya.

Sementera itu, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh menyarankan agar rakyat di negeri ini terus mengekalkan keharmonian walaupun memiliki masyarakat majmuk.

"Semangat 1Malaysia harus dikekalkan dan kerajaan Malaysia juga telah mengikhtiraf 18 November sebagai Hari Penjaja yang dirai setiap tahun bagi mengenang jasa setiap penjaja dan peniaga yang ada di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyumbang RM5,000 bagi membantu persatuan itu mengadakan aktiviti yang bermanfaat kepada ahli-ahlinya.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Daerah Padawan Lo Khere Chiang berkata, rakyat di negeri ini terutama komuniti Cina harus mengekalkan 'jambatan' yang menghubungkan kerajaan dengan mereka.

"Jika jambatan ini roboh maka kerajaan akan sukar membantu kita dalam menghulurkan bantuan dan pembangunan di sesebuah kawasan yang terjejas.

"Justeru, saya menasihatkan pengundi agar memilih dengan bijak pada pilihan raya yang akan datang," ujarnya.

Hadir sama Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil, Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak Datuk Patrick Liew dan tetamu kehormat lain.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Urusan jual beli tetap berjalan walaupun banjir <b>di</b> Jalan <b>Matu</b> - Flickr

Posted: 15 Jan 2012 09:52 AM PST

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

ads