Rabu, 25 April 2012

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Gambar Pelangi <b>di Kuching Sarawak</b> | Junaidiey Dot Com

Posted: 01 Apr 2012 11:17 AM PDT

Kategori

Get Connected

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/ss.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Ketua Kaum Diminta Agih BR1M Bagi Pemohon Masalah Logistik <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2012 04:17 PM PST


Richard Riot (depan, dua kiri), Michael Manyin Anak Jawong (depan, tengah), Maclaine (depan, kanan) dan penerima pertama BR1M, Augustine Pilate Anak Mayor (depan, dua kanan) bersama sebahagian 1,212 penerima BR1M pada majlis penyerahan bantuan itu di Dewan Masyarakat Serian, Sarawak, semalam.
SERIAN 10 Feb. - Kerajaan Sarawak akan meminta bantuan ketua kaum bagi mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang layak di semua 180 kampung di daerah Serian.
Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan negeri, Datuk Seri Michael Manyin berkata tindakan itu akan memudahkan penyerahan baucar sebanyak RM500 tersebut kepada pemohon dari pedalaman yang menghadapi kekangan logistik.
"Wang tunai sebanyak RM500 ini adalah untuk meringankan beban keluarga serta perbelanjaan anak sekolah, lebih-lebih lagi kerana harga barangan telah naik dan bukan untuk pergi ke kedai kopi minum stout," katanya ketika merasmikan majlis penyerahan BR1M kepada 1,212 penerima dari daerah Serian di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Luar Negeri yang juga Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot Anak Jaem dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kudup, Maclaine @ Martin Ben .
Manyin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tebedu berkata, penyerahan BR1M kepada rakyat yang layak membuktikan kejujuran kerajaan Barisan Nasional yang berani berjanji kerana mampu menunaikan janji kepada rakyat.
Seramai 21,300 pemohon yang layak akan menerima bantuan BR1M bernilai RM10.6 juta di daerah Serian. — BERNAMA

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


.: Enam buah rumah panjang <b>di</b> Merio, <b>Lubok Antu</b> bakal terima <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2012 10:03 PM PDT


Caption: UNTUKMU….Nyalau (tiga kiri) ketika menerima cenderamata daripada Tr Baie sambil disaksi oleh Dr Rayong (dua kanan) dan Geoffery (kanan sekali)  pada majlis itu.
ENGKILILI, Selasa (27 Mac) – Sejumlah enam buah panjang yang terletak di kawasan perkampungan Merio dalam daerah kecil Engkilili bakal menerima Bekalan Elektrik  Luar Bandar (RES) tidak lama lagi.
Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak mengumumkan perkara itu ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran JKKK Rumah Baie Merio Rembai, Engkilili baru-baru ini.
Katanya enam buah rumah panjang tersebut adalah Rumah Baie Merio Rembai, Rumah Tupie Merio Baong, Rumah Tinggie Merio Tambak, Rumah Melina Merio Sedan, Rumah Jawa Merio Sedan dan Rumah Buda Merio Nanga.
Tanpa menyebut jumlah kos yang diperuntukan bagi tujuan projek itu, Nyalau berkata peruntukan bagi menyediakan projek RES itu sudah diluluskan dan bakal dilaksana tidak lama lagi.
"Saya telah difahamkan bahawa kerja menandakan laluan bagi pembinaan tiang bekalan kuasa elektrik itu sudah dilakukan oleh pihak yang diamanahkan untuk melaksanakan projek tersebut.
"Ia sekaligus menjadi berita baik untuk rumah panjang tersebut," katanya sambil menambah bahawa kesemua enam buah rumah panjang itu hanya menggunakan lampu minyak bagi menerangi rumah mereka pada waktu malam hari.
Selain itu beliau turut berjanji akan terus berusaha gigih bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa untuk terus mencari peruntukan daripada kerajaan menjayakan projek pembangunan di kawasan parlimennya.
Justeru Nyalau berharap agar rakyat khasnya mereka yang tinggal luar bandar tidak cepat melatah sekiranya pembangunan yang bakal disalurkan kepada mereka lambat  dilaksanakan selepas ini.
"Kerajaan perlu mengkaji projek itu terlebih dahulu disamping perlu mengikuti beberapa peraturan tertentu sebelum ia mahu dilaksanakan," katanya peruntukan untuk tujuan itu akan terus dipohon daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat dari masa ke semasa.
Terdahulu beliau menerusi majlis itu mengumumkan peruntukkan bernilai RM10,000 kepada JKKK Rumah Baie, dan biro wanitanya RM3,000, JKKK Tupie (RM7,000) dan biro wanitanya (RM2,000), JKKK Buda (RM7,000) dan biro wanitanya (RM3,000) serta JKKK Tinggie (RM3,000) dan biro wanitanya (RM2000).
Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah ADUN Engkilili, Dr Johnical Rayong, Pegawai JASA Parlimen Lubok Antu, Geoffery Baja Ricky Maba, para pegawai kerajaan dan ketua kaum dari sekitar kawasan Lubok Antu.

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


BHR <b>Padawan</b> sasarkan lebih ramai penyertaan : my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2012 05:57 PM PDT

KUCHING: BHR Padawan Nature Challenge 2012 yang bakal berlangsung pada 1 Julai depan menyasarkan lebih ramai penyertaan terutamanya peserta luar.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang berkata, cabaran BHR Padawan musim kelima itu merupakan program tahunan yang semakin mendapat sambutan hangat.

Justeru, katanya, musim ini pihak penganjur menyasarkan lebih ramai penyertaan terutamanya peserta dari luar negeri ini.

"Tahun lalu (2011) kita menerima sebanyak 216 penyertaan bagi program lasak ini dan sudah tentunya lebih ramai penyertaan untuk tahun ini," katanya pada sidang media di Pejabat MPP, di sini semalam.

Lo berkata, program itu menampilkan dua kategori iaitu cabaran berbasikal dan trekking yang masing-ma-singnya cabaran sejauh 10 kilometer dan 15 kilometer.

Katanya, sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu Piala Pengerusi MPP (terbuka), Cabaran Puncak Penrissen (terbuka), Trekking Batu Panggah (terbuka) dan Trekking Pemandangan Kalimantan (wanita sahaja).

"Hadiah-hadiah pemenang adalah lumayan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,000," katanya sambil memberitahu bahawa juara bagi kategori utama, Piala Pengerusi MPP bakal meraih hadiah wang tunai RM4,000.

Lo yang juga penaung program itu berkata BHR Padawan 2012 merupakan sebahagian daripada aktiviti sempena Festival Padawan tahun ini.

Katanya, program itu juga sebagai mempromosikan tempat-tempat menarik di sekitar Kota Padawan kepada para pelancong dalam dan luar negara.

"Kita percaya cabaran BHR Padawan itu mampu menarik lebih ramai peserta kalangan pelancong asing bagi melihat sendiri keindahan dan kecantikan kawasan semula jadi di sini," katanya.

Beliau menambah, cabaran BHR Padawan kali ini juga menawarkan pakej bermalam bilik cabin hutan dengan kadar RM232 untuk satu bilik dengan empat orang.

Selain itu, katanya, promosi penginapan untuk bukan para peserta juga disediakan dengan kadar RM348 satu bilik untuk empat orang.

"Justeru, orang ramai yang berminat dijemput bersama-sama memeriahkan program ini dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 Jun depan," katanya.

Sehubungan itu, Lo juga memberitahu bahawa Safari Rakit Padawan 2012 bakal diadakan pada 8 Julai depan.

"Kita sepatutnya mengadakan Safari Rakit Padawan pada Oktober, tetapi tahun ini kita ajakan lebih awal pada Julai serentak dengan Festival Padawan," katanya.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

5th BHR <b>Padawan</b> Nature Challenge calling for entries - My <b>Sarawak</b>

Posted: 20 Apr 2012 10:24 AM PDT

NATURE CHALLENGE: Lo (fifth right) with MPP and BHR members during a photo call after the press conference. MPP deputy chairman Mohd Hashim Yap is at third right while BHR's manager (Horticulture) Louis Nyagong Lenjau is at second left.

KUCHING: The Borneo Highland Resort (BHR) Padawan Nature Challenge 2012, which will be held on July 1, is now open for registration.

The closing date for registration is June 22 at 4pm.

This Challenge, which is now into its fifth edition, is jointly organised by Padawan Municipal Council (PMC) and BHR.

"Each year, we see an increase in participation. This is a good thing. This shows that there are many nature lovers and adventurous individuals out there, who are looking forward to such an activity, probably because they love Mother Nature," PMC chairman Lo Khere Chiang told a press conference here yesterday.

The Challenge is a cycling and trekking adventure, and is divided into the amateur and expert categories. Lo said travel agents and tourism players should include this event in their tour packages to woo nature-loving tourists.

"This would enable foreign tourists to experience environmental and adventure tourism in Padawan, especially at Borneo Highlands Resort.

"We welcome tourism players and travel agents to give us suggestions to promote Padawan as a tourist destination. There are many interesting places for tourists in Padawan, such as longhouse visits, jungle trekking, resort, and Semenggoh Wildlife Centre."

On the objectives of the Challenge, he said it was to promote nature, adventure, sports and a healthy lifestyle to the general public.

It is also aimed at promoting Padawan, including BHR, as a place for eco-adventure tourism.

"We also want to encourage collaboration between the public and private sectors to promote eco-tourism in the state."

Lo said holding the Challenge would cost about RM60,000, and MPP would chip in RM10,000.

"The rests are covered by BHR and its sponsors. Of course, we welcome more sponsors as this is a very healthy event, and we have been receiving very good responses every year."

For more information, visit www. nc2012.borneohighlands.com.my.

Meanwhile, Lo also announced that a raft safari would be held on July 8 as part of Padawan Fest.

He said it was earlier slated to be held sometime in October, but was brought forward to July as it coincided with the holiday season in Europe. For more information about the safari, contact Benard Tiang of BHR on 016-886 0139 or Abdul Razak of MPP at 019-859 7083.

Category: Local, Sarawak

ads