Khamis, 16 Februari 2012

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Banjir <b>Di Sarawak</b> | ondscene

Posted: 26 Dec 2011 09:24 PM PST

Banjir Di Sarawak

Kg Simpok, Jalan Padawan,
Kuching, Sarawak
26 Dis 2011
 
Nota: Ondscene 'berehat' sejak beberapa hari lalu, dan kembali bersiaran hari ini.
 

Hujan lebat di beberapa negeri sejak beberapa hari lalu menyebabkan keadaan banjir bertambah buruk, antaranya di Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Di Sarawak, seorang pembaca ondscene, Lina Sin, mengirimkan berita ini.

Sambutan Krismas bagi kira-kira 300 penduduk  di Kampung Simpok, Jalan Padawan cemas apabila rumah mereka tiba-tiba dinaiki banjir.

Post Lain Yang Berkaitan

2 Comments

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


<b>Sibu</b> Jaya pertama <b>di Sarawak</b> dilengkapi &#39;Cloud Computing <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2012 05:25 PM PST

Posted on February 4, 2012, Saturday

Abang Johari

KUCHING: Sibu Jaya bakal menjadi bandar pertama di negeri ini dilengkapi dengan infrastruktur 'Cloud Computing' yang akan membolehkan masyarakat ber-komunikasi tanpa sempadan.

Menteri Perumahan dan Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, instrumen yang seakan-akan astro tetapi lebih kecil itu akan menghasilkan awan dan radar untuk menerima mesej, data, imej dan apa jua jenis komunikasi dari satu tempat ke tempat yang lain.

Menurut beliau, disebabkan projek Sibu Jaya tidak mendapat sambutan sebelum ini, maka kerajaan mengambil keputusan untuk menukar kawasan tersebut kepada perancangan yang moden.

"Saya melihat segelintir teknologi tidak sesuai kepada kita dan disebabkan itu, diperkenalkan 'Cloud Computing' yang akan memudahkan hubungan komunikasi sama seperti Hot Spot.

"Ia bagaimanapun akan menelan kos yang tinggi dan berapa banyak jumlah yang diperlukan, kami akan mengusahakannya untuk menjadikan murah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Ulang Tahun Ke-40 Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dan Majlis Ramah Mesra Gong Xi Fa Cai di Dewan Rafflesia, Wisma Sultan Tengah di sini, semalam.

Abang Johari menambah, sejurus projek ini berjaya kelak, ia akan diperkenalkan di semua kawasan projek perumahan kerajaan di negeri ini.

Penyedia teknologi bagi projek ini akan dibincangkan kemudian dan besar kemungkinan ia akan dilaksanakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi pemasangan dan penyelenggaraan.

Dalam perkembangan ber-        kaitan, sempena Ulang Tahun Ke-40 HDC, perbadanan akan meng-adakan pertandingan skim HDC bagi menggalakkan semangat kejiranan.

Pertandingan yang akan berlangsung sehingga Disember itu akan menawarkan hadiah tunai ber jumlah RM18,000 untuk jawatan-kuasa kejiranan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

ads