Isnin, 3 Disember 2012

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


SK ABANG AING, <b>SRI AMAN</b>, <b>SARAWAK</b>.: Majlis Anugerah <b>...</b>

Posted: 08 Nov 2012 05:27 AM PST

Alhamdudillah.
Akhirnya acara kemuncak bagi SK Abang Aing, Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang Kali Ke 81 telah sempurna dilaksanakan. Majlis yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Encik Bihud ak Apok, Pegawai Pelajaran Daerah dilangsungkan di Dewan Suarah, dihadiri oleh kira-kira 800 orang tetamu termasuk penerima anugerah pencapaian cemerlang akademik dan kokurikulum.
Majlis yang turut dihadiri oleh Encik Zaidi bin Sarkawi, Yang Dipertua PIBG, Penghulu Tuan Haji Mohd Haji Salleh, ketua-ketua agensi kerajaan dan swasta, ketua-ketua masyarakat dan ibubapa merupakan majlis yang termeriah yang pernah diadakan. Dalam ucapan perasmian, Encik Bihud menaruh setinggi harapan agar SK Abang Aing terus menjadi sekolah pilihan masyarakat di Sri Aman. Di akhir ucapan, beliau telah mengumumkan peruntukan kerajaan bernilai RM363,000.00 untuk penyelenggaraan psarana sekolah.

Kemuncak dari aturacara yang disusun adalah, penganugerahan Tokoh Kurikulum, Tokoh Akademik dan Tokoh Murid 2012. Wan Muhd Muazzam bin Wan Abdull Khalid dinobatkan sebagai Tokoh Kokurikulum Lelaki dan An'nissa Ariqah bt Jobli sebagai Tokoh Kurikulum Perempuan. Tokoh Akademik pula disandang oleh Farah Haziqah bt Hamdan. An'nissa Ariqah, sekali l;agi mendapat tepukan gemuruh sidang hadirin apabila dinobatkan Tokoh Murid 2012.
Turut diraikan dalam majlis tersebut adalah murid-murid Tahun 6 dan kanak-kanak Kelas Prasekolah yang masing-masing menerima Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Graduasi Prasekolah. 
Tahniah kepada penerima-penerima anugerah dan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada tetamu-tetamu jemputan dan ibubapa yang hadir. Seiring dengan cogan kata "Together We Strike For The Best", SK Abang Aing memang mengharap bantuan dan sokongan semua pihak untuk menjadi sekolah terbilang negeri Sarawak. 
-  semua gambar adalah sumbngan  Abang Mohd Preudrus 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads