Isnin, 10 Disember 2012

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Jawatankuasa masjid dan surau digesa memiliki <b>...</b> - my <b>Sarawak</b>

Posted: 09 Dec 2012 02:57 PM PST

CARI ILMU: Abu Seman (duduk tiga kiri) bersama jawatankuasa penganjur dan peserta kursus pengurusan jenazah di Masjid Kampung Jemoreng, Matu, kelmarin.

SIBU: Jawatankuasa masjid dan surau di daerah Matu dekat sini digesa supaya memiliki golongan pelapis sebagai persediaan untuk mengambil alih pucuk kepimpi­nan pada masa depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng merang­kap Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abu Seman Jahwie berkata selain itu kumpulan zikir dan hadrah juga mesti memiliki golongan pelapis untuk tujuan yang sama.

"Untuk itu golongan muda harus dididik menimba ilmu agama sebanyak mungkin dan digalak mendekati masjid," katanya pada Majlis Penutupan Kursus Pengurusan Jenazah yang disertai 77 peserta wanita di Masjid Kampung Jemoreng, Matu di sini kelmarin.

"Saya percaya golongan muda yang dididik dan dilengkapi den­gan ilmu agama sebanyak mung­kin mampu menjadi pelapis bagi memimpin dan mengurus masjid atau surau di kampung masing-masing dengan cemerlang," tegas beliau.

Menurut Abu Seman, oleh kerana kebanyakan masjid dan surau di daerah Matu sekarang dipimpin oleh golongan vet­eran maka adalah wajar bagi jawatankuasa masjid mahupun surau mendidik golongan muda sebagai persediaan bagi men­gambil alih kepimpinan masjid atau surau.

"Kebiasaannya untuk men­didik golongan muda benar-be­nar bersedia untuk mengambil alih pengurusan masjid atau surau termasuk jawatan imam mengambil proses (masa) yang lama," tambahnya.

Beliau turut menggesa umat Islam di daerah terbabit supaya mempelajari dan mendalami ilmu agama untuk dijadikan benteng mendepani proses globalisasi yang penuh dengan cabaran.

"Hanya masyarakat yang ber­ilmu pengetahuan dapat berha­dapan dengan pelbagai rintangan akibat ledakan teknologi mak­lumat dewasa ini dan pengaruh dunia luar. Mempelajari cara mengurus jenazah merupakan satu daripada cara menimba ilmu pengetahuan," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan umat Islam supaya mencari ilmu pengetahuan sebanyak yang boleh untuk dijadikan bekalan di dunia dan di akhirat.

Hadir sama Pengerusi Jawa­tankuasa Penganjur, Salvia Amit dan penceramah bagi kursus pengurusan jenazah dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Sabang Dundang.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads