Selasa, 18 September 2012

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di samarahan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jul 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ahmad Ibrahim sedia bertanding <b>di</b> Kota <b>Samarahan</b> : my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2012 11:14 AM PDT

KUCHING: Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Batu Kawah Datuk Ahmad Ibrahim bersedia mempertimbangkan untuk bertanding di Kota Samarahan, sekiranya diberikan peluang dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

"Tiada yang melobi untuk saya bertanding di Kota Samarahan tetapi terdapat rakyat di sana yang menjadikan saya dekat di hati mereka.

"Namun jika diberikan peluang, saya akan mengambilnya," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Bagaimanapun, Ahmad berkata beliau tidak mengutamakan peluangnya untuk dicalonkan di situ, sebaliknya menumpukan kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan menyokong sesiapa sahaja calon yang diletakkan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa beliau sendiri serta ahli-ahli cawangannya akan memberi sokongan padu kepada calon BN di Kota Samarahan.

"Sokongan saya tidak akan berbelah bahagi kepada BN.

"Saya meletakkan BN dan PBB sebagai keutamaan sebelum memikirkan kepentingan peribadi.

"Jika kita tidak bersatu dalam BN, ini akan menyukarkan kita menghadapi PRU13 nanti," katanya.

Ahmad menjelaskan, kesediaannya bertanding di Kota Samarahan kerana rakyat di sana telah meletakkan beliau dekat di hati mereka.

"Sebabnya ialah ayah saya dahulu pernah berkhidmat di sana dan mereka tahu caranya serta karakternya sehingga membuatkan mereka mempertimbangkan bahawa saya seperti beliau, iaitu begitu rapat dengan rakyat," kata Ahmad menjelaskan mengenai ayahnya, Datuk Seri Ibrahim Mahmud yang pada suatu ketika dulu pernah berkhidmat sebagai superintenden polis di Serian – Samarahan.

Terdahulu, Ahmad menerima kunjungan hormat daripada ahli-ahli jawatankuasa Malam Wayang 1Malaysia di pejabatnya di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads