Jumaat, 6 Julai 2012

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


BUAYA <b>SARAWAK</b> BUNUH ORANG 2012

Posted: 05 Jul 2012 04:40 PM PDT

Buaya Sarawak kembali bunuh orang di Sungai Meruang Batang Saribas

7bcEF buaya sarawak kembali bunuh orang

Belum reda kisah buaya Bujang Sebelak mengganas di Sungai Anak, Roban baru-baru ini, satu lagi siri keganasan reptilia tersebut berlaku di Sungai Meruang, Batang Saribas pagi semalam

Kali ini mangsa terbaharu ialah seorang penduduk Kampung Hulu Beladin, Drahman Chali yang dibaham ketika mahu mencuci tangan pada pukul 8 pagi

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Sarifuddin Mustafa berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya, Mohammad Nor Bujang sedang mengikat dan membuat rakit batang rumbia untuk dibawa ke kilang

Menurutnya, mangsa kemudian mengajak Mohammad Nor makan terlebih dahulu sebelum menyambung kerja mereka dan dia pergi ke bahagian rakit batang rumbia untuk mencuci tangan sementara rakannya itu berada di daratan

yialW buaya sarawak kembali bunuh orang

Inilah lokasi Drahman dilibas buaya ketika dia mencangkung di atas rakit untuk mencuci tangan di Sungai Meruang, Batang Saribas dekat Betong, Sarawak

Bagaimanapun, tiba-tiba seekor buaya telah melibas Drahman sebelum menarik mangsa ke dasar sungai lalu hilang sebelum timbul seketika di permukaan dalam jarak 50 meter daripada pandangan rakannya

Mohammad Nor yang terkejut dengan kejadian itu telah cuba menyelamatkan mangsa dengan terjun ke sungai itu namun buaya berkenaan semakin jauh ke tengah sungai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads