Rabu, 6 Jun 2012

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Singer Buka Cawangan <b>di Saratok. - Sarawak</b> Update

Posted: 11 Feb 2012 04:59 AM PST



Syarikat Singer (Malaysia) Sdn. Bhd. telah melebarkan sayapnya di Malaysia sejak 106 tahun yang lalu telah membuka dengan rasminya sebuah lagi cawangan yang baru di Saratok.
Cawangan tersebut merupakan yang ke 16 dibuka di Negeri Sarawak yang telah dirasmikan oleh Pengarah urusan, Singer (Malaysia) Sdn. Bhd., Yeap Dein Wah disini hari ini.
Ketika sidang media bersama wartawan, Yeap berkata, Singer yang pada asalnya dikenali dengan jenama untuk mesin jahit telah melebarkan jaringan dengan mempelbagaikan barangan untuk jualan.
Katanya, pada masa sekarang melebihi 650 buah kedai Singer telah beroperasi di Malaysia dan telah membuka peluang pekerjaan kepada usahawan yang berminat untuk menceburi bidang tersebut.
Dalam usaha menaik taraf kehidupan dan tidak membebankan pelanggan Singer juga telah menyediakan Skim Ansuran Bayaran Mudah untuk pelanggan. Berkat sokongan pelanggan yang ramai mengukuhkan pasaran dan jualan barangan jenama tersebut, tambahnya.
"Singer mensasarkan akan membuka 1,000 buah kedai yang beroperasi dalam dua tahun akan datang di seluruh Malaysia, jelasnya.
"Bagi yang berminat untuk menjadi usahawan, dan ingin menceburi bidang jualan langsung, Singer juga mempelawa mereka yang berminat untuk menjadi agen jualan di seluruh Malaysia. Pada masa kini, seramai melebihi 3,000 agen jualan yang aktif, katanya.
Sebagai sebuah syarikat yang telah bertapak lama, Yeap mengharapkan Singer akan menjadi sebuah syarikat tempatan yang boleh membantu menaik taraf kehidupan semua lapisan masyarakat. Dengan barangan yang berkualiti dan kelulusan kredit yang dijamin serta ansuran bayaran yang mudah.
Beliau juga berharap dapat membantu usahawan dalam menjamin kehidupan yang lebih selesa dan membuka jalan untuk perniagaan.
Dalam majlis yang sama, Pengurus Cawangan Singer Saratok, Nancy Kueh Mei Feng mengucapkan penghargaan kepada pelanggan yang telah memberi sokongan dan membeli barangan jenama tersebut.
Dengan kejayaan itu juga, Singer Saratok telah dinaik taraf menjadi Cawangan yang baru dan perasmian majlis itu merupakan kejayaan semua pelanggan.
Nancy turut menyediakan cabutan bertuah untuk pelanggan yang hadir pada majlis tersebut. Sebanyak 20 cabutan telah dibuat untuk pelanggan bertuah.
Turut hadir dalam majlis itu ialah, Pengurus Am, Singer Sarawak, Allan Lee, Pengurus Kawasan Kanan, Chan Seng Poh, Pengurus Pe3rkhidmatan Kredit, Thanapalan K Thigaraju serta Pengurus-pengurus Cawangan Singer seluruh Sarawak.
Pada masa yang sama, Singer turut mengadakan promosi hebat Beli Satu dapat Dua barangan Produk Singer. Dengan pembelian barangan jenama tersebut, pelanggan mendapat percuma satu barangan dan dapat membeli barangan produk yang terpilih dengan harga yang murah dan berpatutan.
Promosi yang bermula 08 Februari sehingga 07 Mei 2012 menawarkan harga yang lebih rendah untuk barangan terpilih termasuk Peti Sejuk, Mesin basuh, TV LED/LCD/Plasma dan perabot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads