Rabu, 6 Jun 2012

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Penduduk Islam <b>Di</b> Hulu Baram Perlukan Surau <b>...</b> - <b>Sarawak</b> Update

Posted: 21 Feb 2012 08:59 PM PST


BARAM - Long Akah juga dikenali sebagai Long aka adalah penempatan di kawasan pedalaman bahagian Marudi, Sarawak di hulu sungai Baram. Lapangan Terbang Long Akah hanya untuk berlepas dan pendaratan jangka pendek dan menyediakan laluan ke kampung tersebut yang jauh dari Miri dan Marudi. Terdapat sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Datuk Lawai Jau Long San Ulu Baram di situ. Ramai guru dari semananjung dan tempatan yang mengajar di sekolah tersebut.
Baru-baru kita ada menerima aduan tentang masalah guru yang mengajar di SMK Temenggong Datuk Lawai Jau Long San, Ulu Baram yang sangat memerlukan sebuah surau, untuk guru dan penduduk yang beragama Islam solat berjamaah di situ.
Mereka memohon agar pihak berwajib dapat membina sebuah surau di kawasan mereka mengajar, sekurang-kurangnya dapat digunakan manafaat oleh penduduk Islam di situ mengaji Al Quran, belajar Solat dan fardu Ain.
Guru yang bertugas di kawasan pedalaman Sarawak, sepatutnya dilayan dengan baik kerana mereka terpaksa berjauhan dengan keluarga mereka sekian lama dan sudah tentu mereka ini akan terasa terpinggir, lebih-lebih lagi tanpa ada kemudahan asas dan insfrastruktur yang baik di kawasan pedalaman tempat mereka berkhidmat. Namun guru-guru ini tetap menjalankan tugas mereka dengan tekun tanpa rasa jemu dan bosan demi mendidik anak bangsa.
Pihak Kementerian Pelajaran seharusnya memberi perhatian yang sewajarnya terhadap masalah yang dihadapi oleh guru yang beragama Islam dan bukan Islam yang berkhidmat jauh di kawasan pedalaman Sarawak.
Pihak kerajaan perlu membina lebih banyak lagi kemudahan asas untuk penduduk di pedalaman Sarawak agar mereka dapat hidup selesa dan mampu untuk menjana ekonomi sendiri dengan menjual hasil tanaman serta kraftangan mereka ke bandar yang berdekatan.
Kemudahan asas dan infrastruktur ini sangat diperlukan oleh semua penduduk di Ulu Baram tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Kita mendesak pihak kerajaan atau badan yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan rakyat dapat turun padang melihat sendiri, nasib guru dan penduduk di pedalaman tersebut, agar pemintaan mereka untuk mendapat kemudahan asas tersebut dapat ditunaikan dengan segera.
Kepada umat Islam dan para dermawan yang bermurah hati, bolehlah menderma atau memberi sumbangan terus kepada guru dan penduduk Islam di Ulu Baram tersebut yang ingin membina sebuah surau di tempat mereka tinggal agar ianya menjadi kenyataan.
Segala derma boleh disalur ke Jabatan Islam berdekatan untuk mereka salurkan kepada pihak yang berkenaan. Kita harap pihak yang diamanah menjaga kebajikan umat Islam di Sarawak dapat menyalurkan wang derma tersebut terus kepada pihak yang memerlukan.
Pihak kami hanya menyampaikan hasrat,  para guru dan penduduk Islam di Ulu Baram, agar kita sama-sama dapat menyumbang dan menderma untuk pembinaan sebuah surau.   Segala sumbangan ikhlas penderma hanya Allah yang  akan membalaskannya di hari kemudian. 
Muslim population in Upper Baram Need the Surau (place of worship) and Basic Facilities
BARAM - Long Akah (also known as Long Aka) is a settlement in interior of the Marudi division of Sarawak on the upper reaches of the Baram River. Long Akah Airport is a STOL (short take-off and landing) airfield, providing access to this remote village from Miri and Marudi.
There is a National Secondary School Long Temenggong Datuk Lawai Jau San Ulu Baram there.  There are many teachers from the Peninsular and local teaching in the school.
Recently, we have received complaints about the problem of teachers in SMK Datuk Temenggong Lawai Jau Long San, Ulu Baram who are in need of a Surau (prayer place) for teachers and Muslim population for congregational prayers there.
Ministry of Education should give adequate attention to the problems faced by Muslim teachers who serve in rural areas after their trouble and away from their families.
They asked that the relevant authorities can build a prayer house in the area they teach, at least can be used, benefit by the Muslim population there studying the Qur'an, learn Prayer and study obligatory of Islam religion.
Teachers working in remote areas of Sarawak should be treated well as they have to be away with their families for so long, and of course they will feel left out, especially without any basic amenities and good infrastructure in rural areas where they serve.
However, these teachers still carry out their duties diligently without feeling tired and bored to educate the children.
The Ministry of Education should give adequate attention to every problem faced by Muslims and non-Muslims teachers who serve in remote rural areas of Sarawak.
The government should build more basic facilities to people in rural Sarawak so that they can live comfortably and be able to generate their own economies by selling their produce and handicrafts to the nearest town.
Basic facilities and infrastructure are needed by all people in Ulu Baram, regardless of race, religion and political belief
We urge the government or body entrusted with the welfare of the people can go to the ground, see for your-self, the future of teachers and the rural communities, so that their demand for basic facilities can be granted immediately.
To the Muslims and generous benefactors, can donate or contribute directly to the teacher and the Muslim population in Ulu Baram, which wants to build a surau, where they lived, so that it becomes a reality.
All donations can be channelled to the nearby Islamic Department for their distributed to the relevant parties.
We hope the parties entrusted with the welfare of Muslims in Sarawak can channel donations directly to those in need.
They can liaise with Miri education department for managing the construction of the Surau later.
We only deliver the desire of the teachers and the Muslim population in Ulu Baram, so that we all can contribute and donate to the construction of a Surau in their place later.
All donor contributions only God will be rewarded in the hereafter.
PAS Miri Chief cum PAS Sarawak Deputy Commissioner iii

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads